CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 23, 2013

Sabar itu manis dibibir tapi pahit dihati.

ALLAH.
Tak terdaya aku dengan ujian-Mu, berikanlah aku kekuatan jua kesabaran. 
Pernah alami seperti ini? 
Terasa hidup ini terlalu sukar. 
Terasa sudah tak terdaya dengan ujian ALLAH. 
Terasa berat beban yang perlu dipikul?

Sabarlah.

Ujian itu payah kerana ganjarannya terlalu mahal. Syurga ALLAH itu mahal harganya.

 Ya. Sering kali bibir mengucap kata "Sabar", "Bertabahlah", "Tetap bergantung pada-NYA dan yakin hanya pada DIA". Tapi, berapa banyak kali diri tersasar dan terlupa lalu menyalahkan takdir atas ujian? Kerana kita manusia. Perlu disedarkan. Perlu diingatkan selalu. Perlu sentiasa ditarbiah.

Bibir mudah mengucap kata sabar tetapi hati selalu lemah. Sering kali hati akan tersasar. Sering kali air mata menitis saat diri diuji. Kerana sabar di bibir mudah diucap tetapi hati terlalu sukar menerima.

Ya. Saat mendengar dan melihat sahabat ditimpa ujian, bibir mudah mengucap, "Bersabar ye. ALLAH sedang menguji awak. Tetap dengan janji DIA, jangan putus asa." Tetapi, saat diri teruji, berapa ramai yang mampu untuk kembali membalikkan kata-kata itu semula ke diri masing-masing?

Sukar bukan?
Kerana apa?
Kerana bibir lebih mudah mengucap dari hati untuk menerima.

Jadi, sahabat, ayuh. Di saat sahabatmu diuji, pegang erat tangannya, duduk disampingnya, ajak dia tetap di jalan ALLAH. Kerana saat teruji, hati ini mudah goyah. Hati ini rapuh. Hati ini lemah. Lalu, mudahlah syaitan menyusup dan meracuni diri dan akhirnya melalaikan diri. 

Ucapkan sabar padanya, dan tetaplah membimbing dia di sepanjang jalan itu. Agar, sabar, redha dan pasrah itu kembali menyusup masuk ke dalam hatinya. Agar dia kembali yakin dan percaya pada janji ALLAH. Bukan kerana dia tidak yakin, tapi manusia adakalanya terlupa dan perlu diingatkan.

Itulah erti sahabat.

Dan, terima kasih buat sahabat yang sentiasa di sisi saat diuji, saat diri ini lemah, saat ku perlukan teman bicara teman pendorong, saat ku terjatuh dan kau sedia menyambutku. Terima kasih. :)

Hanya ALLAH mampu membalas apa yang kau lakukan saat itu. Moga ALLAH redha dan moga ALLAH panjangkan persahabatan kita.  Hingga ke syurga.  :)

Saturday, December 7, 2013

Organ donation.

To all Malaysians, do you know how bad it is our organ transplant? According to my lecturer, this year we just manage to do 2 liver transplant only. It is worse as there are lots of patients waiting for organ transplant.

Please, let us register as organ donor. Let's save other people live.

If your family member had registered as organ donor and they died, but their organ in a good shape, please Malaysians, don't stop the doctor from having their organs. That will be their last things to do as human. That might be their good deeds, to keep other alive and save life.

There are so many patients die before they get new organs. They die while waiting for heart, liver, lungs and etc.

Tuesday, December 3, 2013

Saat di uji.

Lama tak menjengah blog. Bukan kerana sibuk. Bukan kerana terlupa. Bukan kerana tiada idea untuk menulis. Tetapi kerana banyaknya ujian yang mendatang. 

Satu demi satu ujian melanda. Satu demi satu diri ini diuji ALLAH.

Lalu, terfikir
Dosa apakah yang telah aku lakukan hingga diuji sebegini?
Tetapi, kita sedar, dalam diuji itu ALLAH sebenarnya mengasihi kita.

Diturunkan ujian itu sebagai tanda kasih, sebagai peringatan buat hamba-NYA. Agar tidak terus terleka, lalai dan hanyut dalam keseronokan.
Kerana, di saat diuji, semakin dekat kita dengan ALLAH.
Kerana, semakin diuji, moga semakin bertambah iman kita. 
InsyaALLAH.  :)

"Ya ALLAH, beri kami kekuatan. Ya ALLAH, beri kami kesabaran. Ya ALLAH, beri kami ketabahan. Dalam mengharungi ujian-MU ini. Ya ALLAH, moga kami kuat. Ya ALLAH, moga iman kami tidak kurang saat diuji. Ya ALLAH, moga kami tidak berpaling dari-MU saat ujian ini melanda. Kerana kami hamba-MU yang hina, yang sentiasa mengharap kasih-MU, yang sentiasa menagih rahmat dan kasih sayang-MU." 

Monday, October 28, 2013

Air mata itu bukan bererti lemah..

Menangislah jika terasa tidak kuat dengan ujian. Menangislah jika kau merasakan berat beban yang perlu kau pikulkan. Menangislah andai hatimu terluka. Menangislah andai kau kecewa. 
Kerana air mata itu dicipta untuk ditangisi. 

Air mata itu di cipta untuk melegakan hati. 

Seperti mana Allah menciptakan hujan untuk menghapuskan debu-debu dan menghadirkan pelangi, jadikan air mata itu penghapus kesedihanmu. Jadikan air mata itu sumber kekuatanmu. Jadikan air mata itu senjata untuk kau melawan ujian, beban hidupmu. Dan, jadikan air mata itu batu loncatan untuk kejayaan dan kebahagiaanmu. 

Dan, teruskan kehidupan bersama-sama keringnya air mata di pipi mu. 

Benar. Saat terluka, saat kau sedih, saat kau terasa beratnya ujian, saat kau merasakan lemahnya dirimu, air mata mampu menjadi penguat semangat. Air mata mampu menjadi kekuatan. Air mata mampu menjadi penghapus duka. 

Jangan terus lemah. Jangan terus kecewa. Jangan terus berputus asa. Jangan terus jatuh dan rebah. Bersama jatuhnya air mata di pipimu. 

Tetapi, bangunlah. Teruskan berjalan. Teruskan berusaha. 

Menangis bukan kerana kita lemah. Menangis bukan kerana menyesali takdir hidup. Menangis bukan hanya kerana kau lemah. Dan, menangis bukan kerana kau mempersoalkan takdir Allah. Tapi, kerana ingin teruskan hidup. Kerana ingin mencari kekuatan. Kerana ingin meluahkan isi hati kepada Kekasih yang agung, Dia yang satu.



Gambar di ambil dari page Rusydee Artz

168 hari

168 days left till Pro exam.
Sekejap ja masa. 5 tahun, sekarang dah tinggal 168 hari ja lagi. Scary. Bak kata Prof tadi, "Without you even realized it, it will be your revision weeks. Let's started with this 168 days and start focus."

Yes. Definitely. 

Baru ja rasa dok countdown hari yang banyaknya 200 lebih-lebih tu. Tiba-tiba aja dah jadi 168 hari.

Perjuangan sebagai pelajar perubatan berbaki 168 hari, InsyaAllah, tapi perjuangan sebagai bakal doktor adalah seumur hidup. Itu masa depan. Itu tanggungjawab. Itu amanah.

Dan, semestinya, perjuangan sebagai hamba Allah, sebagai khalifah di bumi Allah, sebagai da'ie itu akan berterusan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

Moga Allah permudahkan semua urusan, Allah lapangkan jalan, dan Allah redhai perjuangan itu. :)
Target 3 jam belajar sehari. :) InsyaAllah. 

Tuesday, October 22, 2013

Kerana DIA sentiasa ada.

"Kenapa sombong dengan ALLAH sedangkan wujudnya kita kerana DIA."
Terasa macam ditampar dengan sangat kuat dan lepastu baru terjaga dari mengelamun. Peringatan ALLAH tu datang sekejap aja. Kadang-kadang dalam keadaan kita tak sedar pun.
 Hebatkah kita berbanding kuasa ALLAH?
Terkadang tu, tersedar diri ini banyak dosa. Lalu, terasa malu untuk meminta-minta pada ALLAH. Sedangkan kita tahu, ALLAH suka akan hamba-NYA yang meminta-minta dan berdoa. Kerana doa dan perasaan meminta-minta adalah jiwa seorang hamba.

Terlihat status yang ditulis oleh seorang sahabat, 
Tanya pada jasad, kenapa hanya lama di tempat sujud bila dalam kesusahan?Tanya pada ruh, kenapa hanya mencari Allah bila dalam kesusahan?
Tanya pada jasad, kenapa menuju dunia ketika dalam gembira?Tanya pada ruh, kenapa mencintai dunia dalam gembira?
Teman, bibirmu lancar menyebut kalam Allah bila dikau benar2 memerlukan pertolonganNYA. Tapi, bila DIA sudah mengurniakan pertolonganNYA, di manakah suaramu itu? Kitab itu kau tinggalkan ia di meja, disapa debu2 jalanan. Kau sambut pula tawaran dunia yang hanya permainan semata.
Sungguh, Allah menyukai satu amalan yang istiqamah walaupun sedikit.
Buat aku tersedar,
Apakah ALLAH hanya wujud saat kesusahan?
Apakah ALLAH hanya diperlukan saat terluka?
Apakah ALLAH hanya di ingatan saat sendirian?
Apakah al-Quran itu peneman hanya di kala kesunyian?
Apakah al-Quran itu diturunkan hanya untuk penenang hati di kala kesedihan?
Apakah airmata merintih itu hanya mengalir di saat hati terluka?
Lalu, satu persoalan muncul,
Kemana hilangnya kita saat gembira?
Kemana perginya kita saat dihadiahkan kejayaan?
Kemanakah kita melangkah saat kita dikelilingi insan yang kita sayang?
Kemanakah kita saat ALLAH gantikan semua ujian dengan kemanisan dan kebahagiaan?
Sedangkan, DIA tak pernah jauh. DIA tak pernah lupakan kita. Sedangkan DIA wujud di setiap saat.

Pintalah pada-NYA. Serulah nama-NYA. Merintihlah pada-NYA. Di setiap saat. Di setiap masa. Di waktu suka mahupun duka. Kerana DIA sentiasa ada, sentiasa tak pernah jauh, dan DIA sentiasa mendengar dan melihat. Kerana DIA, ALLAH yang mencintai hamba-NYA.

Peringatan ini buat diriku, kerana aku juga seperti itu. Lamanya sujud di sejadah saat terluka, kecewa dan mengharapkan pertolongan-NYA. Al-Quran jadi peneman hanya di saat memerlukan. Kalam ALLAH di bibir hanya apabila ujian ditimpakan. Zikrullah hanya meniti di bibir saat terasa hati ini sesak dengan masalah dunia. Nama-NYA hanya di bibir saat ketakutan.
Kejam. 
Ya, memang kejam. Mencari DIA hanya apabila memerlukan. Dilupakan saat bahagia. Lalu, DIA sering hadirkan kita dengan kelukaan, ujian, musibah dan ketakutan di saat kita sedang berbahagia. Kerana, DIA mahu kita kembali mendongak kepada-NYA, bukan terus melupakan-NYA. 


Sunday, October 20, 2013

Bukan Saja-saja

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?

~~ tetapkan iman ku ~~

*copy & paste*
Ya, bukan saja-saja ALLAH tetapkan sesuatu. Bukan saja-saja kita dicipta dan diletakkan di suatu tempat. Dan, bukan saja-saja apa yang ALLAH berikan pada kita.
Saat diuji, bukan saja-saja ALLAH uji
melainkan sebagai sebab untuk ALLAH mendidik kita menjadi kuat dan melihat dimana tahap keimanan kita.

Saat terluka,bukan saja-saja ALLAH biarkan kita berduka 
melainkan kerana DIA rindu akan suara rintihan kita 
melainkan kerana ALLAH ingin kita terus bangkit dan terus berusaha

Saat gembira,bukan saja-saja ALLAH biar kita tersenyum
melainkan untuk menggembirakan kita dan menjadikan kita hamba yang bersyukur atas nikmatnya

Saat keseorangan, bukan saja-saja ALLAH biarkan kita kesunyian
melainkan kerana ALLAH nak kita tahu DIA ada dan kita masih punya DIA saat tiada siapa di sisi
kerana DIA tak pernah jauh...

Saturday, October 19, 2013

Ini amanah.

Ini amanah. 
Bila rasa malas tu datang, tiba-tiba teringat ayat ini. Belajar ini satu amanah. Berat tanggungjawab tu. Lebih-lebih lagi bila belajar ni ditanggung biasiswa. Amanah Mak, Ayah, keluarga dan rakyat Malaysia. Mampu ke nak tanggung dosa kalau belajar main-main?

Besar tanggungjawab tu.

Bila rasa nak curi-curi masa buat benda lagha, teringat "ALLAH nampak walaupun orang lain tak tahu."

Bila malas aja, tengok gambar Mak Ayah kat atas meja ni dan akan rasa, "Stop main-main. Mak Ayah dok tengok tu."
Ini amanah.
Amanah yang dipegang, untuk membantu semua orang. InsyaALLAH.

Bukan mudah nak dapat apa yang kita dapat hari ini. Bayangkan, usaha belajar selama 11 tahun, akhirnya baru dapat kemudahan ini. Takkan nak sia-siakan?

Ini jadi semangat dan nasihat untuk diri sendiri. Sekarang bukan masa untuk fikir,
"Betul ke apa yang aku buat?
"Betul ke ini yang aku nak?"
"Kenapa aku disini?"
 
Tapi ini masa untuk nilai,
Kenapa aku dipilih untuk berada disini?
Aku dah dipilih berada disini, pastinya kerana ini yang terbaik yang mampu aku buat.
Aku diberi tugas ini, jadi aku kena buat dengan baik. 

Tuesday, October 8, 2013

Ask if you are not sure

If you are not sure or you know nothing about something, just ask. Don't simply goes into burst without good explanation.
I might be wrong, but, you should listen to what we are talking first. Don't rush into things halfway. It irritating.

Sunday, October 6, 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran

Alhamdulillah, masih diberi nikmat untuk terus bernafas dan melihat alam ciptaan ALLAH. Hari ini, alhamdulillah, genap 24 tahun usia saya. Satu angka yang besar. Satu tempoh yang cukup lama. Satu jangka masa yang panjang. 24 tahun, apakah itu sudah cukup mendewasakan saya?
Pada usia 24 tahun, apakah jasaku pada agamaku? Apakah yang mampu aku banggakan dengan diri aku? Apakah yang telah aku lakukan untuk agamaku?
Pada usia ini, saya berasa tersangat kerdil. Saat sahabat yang lain sudah mampu berkerjaya, membantu keluarga, mampu meringankan beban ibu dan ayah, saya masih di sini. Berperang dengan buku. Melihat adik menjadi salah seorang yang membantu Mak dan Ayah, sayu rasanya.
Adakalanya bila dia mesej bertanyakan cukup ke duit?
Ada ke duit makan?
Duit dah masuk ke, nak tambah ke? 
Kerdil rasanya masa itu. Tapi, insyaALLAH, tahun depan akan mampu menggalas tanggungjawab itu pula.

24 tahun. Pada usia 40 tahun, Mak mengandungkan saya, melahirkan saya. Tak terbalas jasa Mak. Tak terbalas jasa Ayah. Keduanya, sangat bermakna kehadirannya dalam kehidupan saya.

They are my strength, they are my inspiration and they are my pillar of support. 
Kerana hadirnya mereka, lahirnya saya. Kerana mereka, alhamdulillah, saya mampu ke sini. Dan, kerana mereka, dengan izin ALLAH, saya lahir, saya membesar, saya mampu melihat dunia, saya mampu belajar dan saya punyai apa yang saya miliki hari ini.
Ya ALLAH, aku bersyukur dengan hadirnya kedua-dua ibu bapaku. Aku bersyukur lahir dari keduanya. Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki. Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa mereka, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil.
Mak, seorang ibu yang sangat lembut. Dialah tulang belakang kami. Dialah guru, dialah tukang masa, dialah doktor, dialah segala-galanya. Mak, sentiasa ada untuk anak-anaknya. Mak, kasih sayangnya tak terbelah bahagi. Mak, pendorong semangat kami untuk terus belajar dan berjaya.

Ayah, dalam tegasnya, dalam garangnya, dialah yang paling mudah tersentuh. Ayah, dialah driver kami, dialah buruh, dialah manager, dialah planner, dialah segalanya. Saat kakak kahwin, Ayah yang lebih sayu. Saat kami sakit, Ayahlah yang terlebih dahulu risau dan tak senang duduk. Saat kami berjaya, dialah yang paling gembira. Seakan-akan satu dunia dia ingin canangkan kejayaan kami. Betapa bangganya Ayah dengan anak-anak. Ada kalanya, Ayah garang, kuat bebel, marah tapi jauh di sana Ayah terlalu lembut hatinya. Ayah, kerja kerasnya selama ini terbayar. Kini, Ayah mampu bangga dengan apa yang ada. Ke mana sahaja Ayah nak pergi, bukan lagi suatu yang mustahil. Apa sahaja yang Ayah inginkan, bukan lagi suatu yang mustahil. Kerana, anak-anak Ayah kini sudah besar. Sudah mampu sediakan apa yang tak mampu Ayah miliki dan inginkan dahulu. 
Kini, airmata ini pasti mengalir saat mengenang keduanya. Jika dahulu aku khilaf, jahil dalam menilai Ayah, kini aku sedar. Berdosa menjadi begitu. Dahulu, akulah yang paling kuat memberontak, kini tidak lagi. Kerana kini aku sedar, dialah Ayah, dialah hero, dialah segalanya. 


Terima kasih Mak Ayah. Tanpa Mak dan Ayah, tak mampu cheq ada kat sini. Terima kasih Mak Ayah, selama ini besaqkan cheq, sekolahkan cheq, bagi makan pakai tempat tinggal. Walau adakalanya orang cakap cheq ni anak pungut.hehe. 



Saturday, October 5, 2013

Dari sahabat buat sahabat

Bercinta sebelum bernikah, di mana manisnya perkahwinan itu?
Di mana kemanisan berumah tangga kalau ianya dicemari dengan berkapel sebelum menjadi yang halal?

Satu kisah untuk renungan untuk semua. Perkongsian dari seorang sahabat. 

"Saya bukanlah seorang yang hebat. Bukan juga seorang wanita yang baik. Bukan juga seorang yang "alim". Bukan juga seorang yang solehah. Saya hanya gadis biasa. Kadang terleka dengan dunia. Terhanyut dengan nafsu. Tergoda dengan hasutan syaitan. Dan, terpesong dek kehendak hati remaja. Usia remaja, banyak yang ingin dicuba, banyak yang ingin dicari, banyak yang ingin diterokai.

Sebagai seorang gadis yang dilahirkan dalam keluarga yang besar, kehidupan saya sentiasa dipantau oleh ahli keluarga saya terlebih lagi abang-abang. Dengan siapa saya berkawan, dengan siapa saya bersama, dengan siapa saya keluar pastinya diketahui. menginjak usia remaja, saat saya mula keluar dari rumah, belajar jauh keluarga, disitulah segalanya bermula.

Entah bagaimana, pertemuan semula dengan seorang senior sekolah lama saya mula mengubah prinsip hidup saya iaitu, "Cinta aku untuk lelaki yang bergelar suami aku." Melihat kehidupan saya yang sentiasa diawasi oleh ahli keluarga menjadikan saya gadis kampung yang introvert. Tapi, saya bahagia dengan cara hidup itu.

Dari perkenalan yang biasa, dia mula bercerita soal keluarga dan kerja dia. Sehinggalah kami mula bercerita tentang soal masa depan dan perkahwinan. Berkali-kali saya tegaskan yang saya tak nak berkawan dengan mana-mana lelaki lebih dari seorang kawan, dan tak akan sesekali terjebak dalam kapel. Saya seorang yang hendakkan hubungan yang halal dalam percintaan. Tapi, mulut manis lelaki, akhirnya kami berkapel. Mungkin salah saya juga sebab tak kuat mempertahankan prinsip saya. Walau berkali-kali saya cakap yang saya hanya mahukan seseorang yang serius dalam sebuah perhubungan, dia berkali-kali berjanji yang dia akan menjadi lelaki yang setia dan serius dalam hubungan kami.

Berkali juga saya tanya dia, "Apakah dia benar-benar bersedia untuk terima saya, terima semua kekurangan saya, terima semua sikap saya?"

Perhubungan ini terlalu banyak dugaannya.

Terkadang, saya merasakan yang dia hanya mementingkan diri dia. Dia bukan lelaki yang mampu terima kekurangan saya, terima semua sikap baik buruk saya. Dia bagaikan menerima diri saya dengan bersyarat. Tapi, dia meminta saya menerimanya tanpa syarat.

Dia, dengan kedegilan dan egonya. Saya, dengan ketegasan saya.

Kami pernah keluar bersama, berkali-kali. Tak terkira dengan jari. Dia pernah berjumpa keluarga saya. Walau berkali-kali saya larang andai dia tidak benar-benar serius dalam hubungan kami, jangan jumpa keluarga saya. Itu seolah-olah memberi harapan kepada keluarga saya.

Bertahun berlalu. Akhirnya, hubungan ini tiba ke penghujungnya. Halangan dari pihak keluarga dia terlalu besar untuk ditempuh. Dan, dia seolah-olah redha dengan itu dan tidak berminat untuk mempertahankan hubungan kami, tidak berusaha mempertahankan saya. Sedih? Saya sedikit pun tak rasa. Tapi, kecewa. Ya, saya kecewa. Kecewa kerana janji yang dibuatnya. Kecewa kerana sikapnya. Kecewa kerana keegoannya.

Kerana status saya, keluarganya menolak saya sebelum mereka kenal saya.

Tapi, disebalik semua itu pasti ada hikmahnya. Saya temui siapa diri saya. Saya temui kasih sayang keluarga saya. Saya temui cinta yang saya cari selama ini iaitu cinta yang lebih hebat dari semua cinta di dunia ini, CINTA HAKIKI, cinta pada DIA YANG SATU.

Hari ini, saya mampu tersenyum dengan gelaran yang saya bawa. Hari ini saya mampu tersenyum dengan CINTA yang saya miliki. Hari ini saya bangga dengan apa yang saya milik. Dan, hari ini, saya bangga dengan kehidupan saya. InsyaALLAH, bakal suami saya sedang menunggu saya dengan cinta yang halal, hanya menati saat diijabkabulkan.

Benar, tiada cinta yang lebih hebat dari cinta ALLAH. Benar, tiada cinta yang lebih manis dari menanti dicintai dia yang halal buatmu.
Berkahwin dengan orang yang kamu cintai itu satu kelebihan tapi mencintai orang yang kamu kahwini itu satu kewajipan. 
Andai kata kita habiskan masa bercinta dan berkapel, apakah kita akan pasti dia yang kita cintai itu akan menjadi suami/isteri kita?
Andai ya, di manakah kemanisan rumah tangga itu setelah semuanya dicurah sebelum berkahwin? 
Jika tidak, rugilah kita sebab mensia-siakan cinta yang suci itu buat insan yang tidak layak untuk miliki cinta yang suci itu. 
Cukuplah saya mensia-siakan cinta saya. Janganlah ada sahabat saya yang terleka dan terus mensia-siakan cinta itu.

Kejarlah cinta ALLAH kerana itu cinta hakiki, pastinya nanti, cinta yang kita cari akan kita temui."


p/s: Perkongsian dari seorang sahabat saya. Katanya, dia sudah merasa ruginya bercinta dan berkapel. Cukuplah dia sahaja yang mengalaminya. Kini, dia sedang menanti untuk mencurahkan cintanya buat yang halal baginya, bakal zaujnya. Setelah cinta DIA yang hakiki telah dia temui. 


Gambar di ambil dari En Google. Pemilik sebenar tidak di ketahui. Maaf, ambil tanpa izin. 

Wednesday, October 2, 2013

Kuliah Bulanan: From The Eyes of Undertaker

Semalam, syukur, ALLAH berikan saya kekuatan untuk turun bersama-sama di taman-taman syurga dalam majlis ilmu yang dah lama menghilang; Kuliah Bulanan: From The Eyes of Undertaker.



Alhamdulillah, punya kekuatan untuk bersama-sama rakan-rakan mengisi makanan rohani. Tajuk yang berat, bak kata Ustaz Haji Ahmad Dasuki, penceramah pada hari itu. Topik yang dikupas adalah mengenai kematian. Topik yang dekat dengan kita, yang pasti suatu masa pasti akan tiba buat kita bakal-bakal jenazah. Bak kata pengerusi majlis pada malam itu. Gelaran doktor belum tentu lagi akan dapat, tapi gelaran "bakal jenazah" pastinya akan dimiliki.

Mungkin agak kasar, tapi itulah hakikatnya. Kita semua adalah bakal-bakal jenazah.
Betapa, kematian itu pasti akan tiba, tapi apakah persiapan yang telah kita lakukan untuk menghadapi kematian itu? 
Jika ajal menjemputmu hari ini atau esok, apakah kau sudah bersedia, wahai insan? 
Teringat akan satu soalan daripada seorang pensyarah,
Jika kamu diberitahu bahawa kamu hanya ada masa selama sebulan lagi untuk hidup, apakah kamu akan mengubah cara hidup kamu atau teruskan hidup seperti biasa?
Dan, seisi kelas terdiam, berfikir. Kemudian, beberapa orang berbisik-bisik. Ada yang mengatakan;
Ya, saya akan ubah cara saya hidup ke arah yang lebih baik.
Ada yang terus terdiam.

Ada yang hanya mampu berfikir.

Dan, saya, hanya satu yang mampu saya katakan, "Teruskan hidup."

Kemudian, pensyarah tu berkata,
Imam Ghazali pernah ditanya soalan itu lalu beliau menjawab, aku akan terus hidup dengan cara hidup aku yang sama dan tidak akan mengubah cara hidupku kerana aku hidup selama ini seolah-olah merasakan ajalku akan tiba esok hari. Jadi, aku telah mempersiapkan diri aku menghadapi kematian itu. 
Jadi, jika jawapan kita;
Ya, aku akan berubah.Pastinya kerana kita merasakan cara hidup kita pada hari ini bukan cara hidup yang sebenar. Dan, kita masih ada peluang untuk berubah.
Jika jawapan kita,
Tidak. Aku takkan sesekali berubah. Berbanggalah kerana kau sedang menjalani kehidupanmu dengan cara yang sebenar selayaknya yang Islam kehendaki. Pastinya, jika ajal menjemputmu hari ini, kau pastinya sudah tidak ada sesuatu untuk dikesali.  
Dan. Saya, berkata yang saya akan teruskan hidup, bukan kerana merasakan saya sudah menjalani kehidupan selayaknya seorang Muslim patut hidup tetapi kerana saya ingin teruskan hidup dengan apa yang saya ada. Kerana, saya berasa, tidak ada perlunya menukar diri menjadi insan lain. Tetapi, pastinya, saya akan mengubah cara hidup ke arah yang lebih baik, menjadi insan yang lebih baik. Pastinya, dosa-dosa yang telah saya lakukan, akan saya mohon sepenuh keampunan dari ALLAH. Pastinya, hidup saya akan berubah. Tetapi, saya tetap diri saya, belajar, bekerja dan terus menjadi insan yang sama tetapi berubah ke arah yang lebih baik.
 

Saturday, September 21, 2013

Bidadari




SubhanaAllah, betapa hebatnya wanita. 
"Apabila wanita itu telah melakukan Solat 5 waktu, PUASA pada bulannya, TAAT pada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepadanya ; masuklah kamu ke dalam SYURGA daripada mana-mana pintu yang kamu sukai. " (Riwayat Ibn Majah)
Lihatlah, betapa besarnya ganjaran yang ALLAH berikan kepada wanita/Muslimah. Hebatnya ALLAH, kasihnya ALLAH, sayangnya ALLAH kepada kita.

Berulang kali menonton video yang sama, saya tak pernah jemu. Ya ALLAH, betapa berharapnya saya dapat menjadi seperti wanita-wanita di dalam video itu. Betapa inginnya saya menjadi wanita yang menjadi sayap kiri perjuangan suami. Betapa saya terlalu meniginkan suami sebaik itu.

Tetapi, sebelum mendapat yang soleh, saya perlu mensolehahkan diri saya sendiri. Ya ALLAH, betapa kerdilnya saya rasakan bila membandingkan saya dengan Muslimah yang lain. Kagumnya saya dengan mereka. Cemburunya saya dengan mereka. Hebatnya mereka di mata saya. Betapa istiqamahnya mereka ini, betapa tawaduknya mereka ini, betapa sucinya hati mereka ini. Mereka adalah teman-teman yang saya lihat setiap masa tertunduk pandangannya. Setiap masa, bersih wajahnya. Setiap masa, memandang wajah mereka, terasa tenang di hati.
Ya ALLAH, betapa aku terlalu cemburukan kehebatan mereka. Solat malam mereka. Zikrullah di bibir mereka. Usrah mereka. Persaudaraan mereka. Dan, cemburunya aku pada mereka saat lihat mereka dipimpin oleh zauj yang indah akhlaknya, pastinya Imam yang tercipta buat makmumnya. Lelaki yang menjadi idaman setiap wanita bukan kerana paras rupanya, bukan kerana hartanya, bukan kerana kedudukannya tapi kerana keperibadiannya, kerana imannya, kerana akhlaknya, kerana agamanya. 
 Jujur, dalam setiap doa, ku mohon diriku terus istiqamah dalam menjadi yang solehah sebelum DIA hadirkan dia yang selayaknya. InsyaALLAH.

p/s: Sangat cemburu dengan seorang sahabat ini, dikurniakan jodoh dengan cara yang paling indah. Pertemuan dan jodoh di atur sang keluarga. Dirisik oleh kakak ipar si suami. Bertemu hanya dengan hadirnya 2 buah keluarga. Mengenali hanya melalui keluarga kedua-dua belah pihak. Akhirnya, ijab dan qabul yang memncambah rasa cinta 2 insan yang tak pernah kenal. Semoga jodoh mereka diberkati ALLAH dan berkekalan hingga ke syurga. InsyaALLAH, amiin.. :)

Friday, September 20, 2013

Kenapa?

Kita selalu bertanya,
"Mengapa aku selalu tak dapat apa yang aku inginkan?"
"Mengapa hidup ini tidak adil bagi aku?"
"Boleh ke aku berjaya?"
"Kenapa orang lain boleh hidup senang dengan usaha yang sedikit tetapi bukan kita?"
"Kenapa orang yang aku sayang selalu pergi dari aku?Kenapa ALLAH ambil mereka?"
"Aku sayangkan dia, tapi kenapa dia pilih orang lain?"
Dan bermacam lagi.

Saya selalu pesan pada diri,
ALLAH bukan tidak mendengar doa saya tapi ALLAH menjawab dengan 3 cara. 
1) Ya: ALLAH beri apa yang saya minta pada masanya.
2) Tidak: ALLAH tidak beri apa yang saya pinta tapi ALLAH gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
3) Tunggu: ALLAH memberi apa yang saya perlukan pada masa yang sesuai.
Dulu, saya selalu pertikai apa yang terjadi. Menyesali atas apa yang saya tidak miliki dan meratapi apa yang dirampas dari saya. Ya, kebahagiaan bagi saya adalah bila saya gembira, bila Mak gembira. Itu yang saya mahu. Tetapi, untuk buat Mak gembira, saya terpaksa korbankan kegembiraan saya, keseronokan saya dan cita-cita saya.

Di situ, saya mula hilang arah. Tertanya, kenapa aku yang dipilih berada di sini? Apa fungsi aku di sini? Hingga saya temui jawapannya dalam perjalanan ini.
"ALLAH tidak memberi apa yang kita mahu tapi ALLAH memberi apa yang kita perlukan."
Itu menjadi kekuatan dan azimat saya.

Walau, adakalanya, sering saya terjatuh, sering saya menyesali tetapi di pengakhirannya hanya kepada ALLAH kita kembali. DIA sebaik-baik penolong, sebaik-baik pendengar, sebaik-baik tempat mengadu.


Monday, September 16, 2013

Things that run in my head.

I am a final year Medical student of UiTM. It was not my choice neither my decision to be in this faculty but ALLAH had put me into this. And, surely, HE has a reason for it.

It was very difficult for me. And, life was really terrible back then. I was totally in messy. I had be rebelled few times, failed few times, asked to change into another course and etc. But, all had been rejected. And, my family really insisted me to be a DOCTOR, something that I had back when I was a child and teenager. And, I still be actually. I found that life was unfair, life had treated me badly and life is miserable. I really hate it.

In the first 2 years, I had been struggle with lectures, tutorials, laboratory sessions, exams and life as medical student. I had put 200% concentration but I still couldn't make it. I was really frustrated, sad, feeling hopeless and useless. I had talked to my brother, my mother and my family. But they just don't understand me. My family didn't give me the support that I wish for. They just asked me to be in this field and be a DOCTOR. Such a difficult thing to do. I am their hope and they really want me to make it into a DOCTOR. 

I feel lonely. I really want to do things that I wish to do. I had a lots of wishlist. But, I couldn't achieve none of them. 

Sometimes, I do feel hopeless. I still rebel. Sometimes, I still crying. Sometimes, I still feel stress. But, each time, I had nobody with me. I want to talk to my family, but I knew that I can't. I want to talk to my friends or best friend, but I knew that they wouldn't be a good listener as I don't have so many of close friends. I want to talk to somebody, but I had none. I only had ALLAH.

Today, I am a final year student. I still believe in doing something I wish for. I just can't accept the fact that I will be a HO next year, InsyaALLAH. I can't believe that I had walk this far. I just can't believe in what I'm doing. And, I still feel that I know nothing about Medicine and thinking of "Will I be a good doctor?", "Will I be a safe doctor?", "Can I save life?", "Am I competence to be a doctor?" and lots more. I am afraid with the fact that I am a final year medical student. I felt that I might not be a good doctor.

Being a final year student, the pressure is higher. I do feel being push. The study had pressure me to the extend that I can't bear it anymore. I love weekend so much because that's the only time that I could free myself from medical things. 

I'm not writing this with the purpose of whining. It just my thought and my feeling. 

Tuesday, September 10, 2013

Lonely

Loneliness Knows Me By Name - Westlife

Loneliness is always looking for a friend
It found me once and it has been around since then
Loneliness is never waiting by the door
It sweeps right through and it will never be ignored
Why, why was I chosen?
Why am I left without?

Chorus:
The love of my life, the love that I need
The love that they say is in life for free
The love of my dreams, the love that I want
Loneliness knows me by name

Loneliness knows everything I keep inside
My endless thought in the silence of the night
Loneliness is the one who made me see
Ain't nobody else who can make a change but me
Why, why was I chosen?
Why am I left without?

Chorus

Life is more and that would be 


The vacant space
The cried out tears and a 
Never ending maze
I have found what only loneliness provides
A strength within knowing I will find




Sunday, August 18, 2013

Teruslah merintih, wahai kau yang dilanda derita.

Ketenangan pada wajah bukan bererti dia tidak menanggung derita. Senyuman yang dilemparkan bukan bermakna dia tidak dilanda hiba. Kesabaran yang ditunjukkan bukan bererti dia manusia sempurna. 

Jangan dinilai manusia dari paras rupa. Jangan menjadi hakim, menilai manusia dari apa yang terlihat. Kerana terkadang apa yang terzahir mengandungi beribu cerita yang tersirat yang tak mampu dizahirkan dari kaca mata manusia. 

Adakala ketenangan pada wajah itu tanda hatinya sedang menanggung ujian yang maha hebat. Terkadang, senyuman yang terukir, tersirat satu cerita duka. Terkadang kesabaran yang diberi tanda dia menanggung derita.

Teruslah melangkah, saat kau dirundung hiba. Teruslah tersenyum, agar tiada yang menabur simpati. Dan, teruslah bersabar agar setiap yang melihat tidak merasa deritamu. Kerana, itu ujian dari ALLAH buat dirimu hamba-Nya yang DIA kasihi. Itu tanda kasih-Nya pada hamba-Nya. 

Teruslah merintih di sepertiga malam, DIA pasti mendengar. Teruslah keseorangan, DIA pasti bersamamu. Teruslah menanggung derita itu sendirian, ganjarannya telah DIA janjikan. Kerana, DIA-lah TUHAN semesta alam. DIA-lah KEKASIH TERAGUNG. DIA-lah sebaik penolong dan DIA-lah sebaik tempat bergantung. 

Tuesday, August 13, 2013

Inilah hidup

Kadang-kadang kita perlu lupakan kebahagiaan sendiri demi untuk melihat kebahagiaan orang lain.

Kadang-kadang, perlunya melupakan impian sendiri demi mencapai impian orang lain.

Kadang-kadang, perlunya mengorbankan diri sendiri demi melihat kebahagiaan dan kegembiraan orang lain. 

Hidup ini bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang-orang disekeliling kita. Hidup ini perlunya berkongsi dan bertolak ansur. Hidup ini ada cabarannya, ada ujiannya, ada dukanya, ada bahagianya. Dan, hidup ini tak seperti mimpi yang mana kita akan perolehi apa yang kita inginkan. Hidup ini, aturan dari ALLAH. 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"-Surah al-Baqarah ayat 216

Sunday, August 11, 2013

Saya bukan orang senang

Saya bukan anak orang senang atau berada tapi saya sayangkan Mak Ayah dan keluarga saya. Rumah saya rumah kampung, kami tak ada banyak harta tapi saya suka rumah saya. Kampung saya jauh di utara, perjalanan balik berjam-jam tapi saya tetap suka balik rumah. Saya bukan orang senang tapi saya tetap akan belanjakan duit saya yang tak banyak tu untuk balik kampung. Sebab, di situ kebahagiaan dan kehidupan saya. Di rumah saya, bersama Mak Ayah dan adik beradik saya. Sebab itulah harta yang saya ada. Sebab saya bukan orang senang.

Wednesday, July 10, 2013

HE, THE ONE & ONLY

There is no more turning point at this moment. Get something secure in your hand. Medical is too broad. Finish this 5 years, and get into whatever you prefer is dealing with patients is not your main interest. 
That the most motivated quote i got on day 2 of this Final year.

I have to get this one year finish and then i can think of something else. After housemanship, maybe i could find my main interest in the field. InsyaALLAH.

HE choose me to do this job, surely, HE will arrange something BIG for me. And, HE will guide me through this. HE always there for me. HE, the ONE and ONLY, ALLAH.

HE gave me these words, through HIS servant, and HE knows what best for me. :)

Syukur ya ALLAH. :)

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan yang berlalu dan bakal ditempuhi

Alhamdulillah, dah masuk Ramadhan. Terasa baru saja Ramadhan tapi dah masuk bulan Ramadhan lagi. Ya ALLAH cepatnya masa berlalu. Tak terasa. 

Ramadhan kali ini hadir di hari ketiga Tahun 5, Tahun Akhir di Fakulti Perubatan UiTM, insyaALLAH. Moga di Ramadhan kali ini dapat kutip pahal sebanyak yang mungkin, dan dapat kutip ilmu perubatan sebanyak yang mungkin. Perbetulkan niat belajar, jadikan pelajaran dunia itu satu ibadah di bulan yang mulia ini. Dan, terus memperbanyakkan amalan untuk bekalan di akhirat sana.

Ramadhan yang lepas, saya diuji. Diuji dengan dugaan sakit. ALLAH tarik nikmat sihat yang dipinjamkan-NYA selama 23 tahun itu selama hampir sebulan. Begitu besar dugaan itu, ditambah dengan berpuasa. Terasa sangat betapa nikmatnya hidup sihat selama ini. Tapi, ada hikmahnya yang tersembunyi, yang tidak kita ketahui. Dan, dugaan itu sebenarnya menguatkan lagi diri saya dan mengajar saya bahawa kasih sayang keluarga itu tak terbelah bahagi. Dimanja dan dibelai sepanjang tempoh sakit itu, saya merasakan betapa setiap orang di dalam keluarga saya rupanya sangat mengambil berat akan saya. Padahal, selama ini saya selalu fikir yang diorang tak peduli tentang saya. Ayah, sangat-sangat risau bila saya sakit. Terlebih lagi bila satu malam tu, lepas buka puasa, Mak pergi tarawikh, tinggal saya dan kakak, abang dan anak buah saya. Tiba-tiba saya jadi sesak nafas, tak mampu bernafas, seakan-akan terasa masa dah sampai. Dan, Ayah, dengan penuh kekalutan pergi panggil Mak dekat surau. Terlalu risau sampai tak mampu nak cakap apa-apa bila semua orang tanya kenapa. Masa itu, saya tahu, Ayah sangat sayangkan saya dan risau tentang saya. Begitu juga dengan abang dan kakak saya yang lain.

Bertuah dilahirkan dalam keluarga itu. Ini yang saya rasakan. 

Baiklah. Taknak cakap perkara lepas.

Ramdhan kali ini, berharap lebih baik dari Ramadhan yang lalu dan semoga menjadikan saya insan yang lebih baik. InsyaALLAH.

Banyak lagi yang nak tulis, tapi terpaksa berhenti dulu. Kena siapkan kerja, seminar hari Khamis. Moga dengan berkat bulan Ramadhan, urusan itu akan dipermudahkan. Dan, dengan berkat bulan Ramadhan, semua akan berjalan lancar. Doakan saya sebab ini ada presentation yang menakutkan bagi saya. 

Sunday, July 7, 2013

Doa

You know what is the sweetest time of the day?
It is when you pray.
Why?
Because you are talking to the One who love you the most.
Jadi untuk berbahagia, teruslah berdoa. ALLAH tahu apa yang tersirat dihatimu. Kerana doa dan perasaan meminta-minta adalah jiwa seorang hamba. Teruslah berdoa...Berdoa..Berdoa

Final year, here i come!!

I am officially a final year student. Proud? Happy? Excited? None of it. Why? Because i'm too scare, too nervous and i'm really worry. Above all, little bit of sad.

A step a head of becoming a doctor. A lot of responsible. Getting older. One year before i start work as a houseman. And, i know that will get me into so much of responsible. Getting married? hehe

I also had so much of dreams and that include travelling all around the world. My abang would say that i get into wrong course. I said, i want to work hard and had lots of money. Then, i could travel and visit all the place that i had listed since teen. Japan, Korea, Perth, Dubai (honeymoon), Venice, Switzerland, Deutschland, Tahiti, and recently, Krabi Island. And, of course, Makkah. :)

Mak said, study rajin-rajin. Belajaq elok-elok, dah masuk tahun last. And, i can just smile and promise to her that i will. :) InsyaAllah.

My dreams, hope it will come true. :)


One of my list and first on the list. :) Japan and sakura. 

Tuesday, July 2, 2013

Takdir Cinta Saya

Dan apabila orang yg kamu sukai tidak dapat kamu miliki, maka yakinlah bahawa ada yang lebih baik darinya yang telah dipersiapkan ALLAH untukmu.
Terjumpa ini semasa baca cerpen dekat internet. Dan, jalan cerita cerpen tu pun lebih kurang sama dengan situasi saya tapi bezanya, saya masih mencari-cari dia yang ALLAH siapkan untuk saya.  Bertahun saya menuggu hadirnya, mencari cinta manusia, berusaha menjadi yang dia suka tapi hakikatnya cinta bukan begitu. Takdir tak seindah itu. Mimpi hanyalah sebuah fantasi.

Beza saya dan heroin cerpen itu, saya berubah menjadi lebih baik kerana dia. Saya menagih cinta dia dari ALLAH. Tapi benar, takdir ALLAH itu indah. Tidak DIA hadirkan sesuatu itu bukan pada tempatnya dan ternyata tempat saya bukan disisinya. Mengetahui dia menjadi milik seseorang yang sejak azali ditakdirkan untuk dia, untuk menjadi sayap kiri dalam perjuangan dia, berbaur rasa dalam hati

Redha dan pasrah. Mungkin itu setepatnya buat saya. Saya pasrah, namun hati ini masih tidak mampu untuk redha atas segalanya.

Kini, satu yang mampu saya lakukan, meminta pada-NYA diberi saya kekuatan untuk melupakan dia dan mencari cinta KEKASIH YANG AGUNG.

Thursday, June 27, 2013

Who's behind all these?

I WONDER
By: Jeannie Kirby

I wonder why the grass is green,
And why the wind is never seen?

Who taught the birds to build a nest,
And told the trees to take a rest?

O, when the moon is not quite round,
Where can the missing bit be found?

Who lights the stars, when they blow out,
And makes the lightning flash about?

Who paints the rainbow in the sky,
And hangs the fluffy clouds so high?

Why is it now, do you suppose,
That Dad won’t tell me, if he knows?

Pandang ke atas sana, kau masih punya segalanya

Saya suka tengok langit. Saat saya sedih. Saat saya gembira. Saat saya kecewa dengan diri saya. Saat saya rasakan hidup saya membebankan. Saat saya rasakan tak punya sesiapa di dunia ini. Saat saya rasa ditinggalkan. Saat saya rasa tiada yang memahami. Saat saya memerlukan seseorang. Saya pasti lihat langit. Ia sangat menenangkan. Ia selalu menggembirakan diri saya. Ia selalu menghiburkan saya. Ia selalu buat rasa rasa disayangi. Dan, ia selalu buat saya rasa yang saya masih punya segalanya.


Gumpalan awan, siapa yang menjadikannya bergantungan tak bertali?

Saat malam menjelma, saya selalu pandang ke langit. Mengira bintang, menilik sang bulan. Ya ALLAH, tenangnya saat tu. Saya rasakan, cukuplah apa yang ALLAH berikan pada saya ini. Ia semua kepunyaan ALLAH . 


Siapa yang mewarna langit berwarna biru?

Kadang kala, bila saya rasakan hidup ini terlalu sulit untuk saya, pasti saya akan melihat langit. Di situ saya tahu, ALLAH sedang memerhatikan saya. ALLAH sedang menguji saya. ALLAH menanti rintihan saya, kerana DIA rindu akan rintihan hamba-NYA dalam sujud, dalam setiap solatnya, dalam setiap titis air matanya. ALLAH rindu akan solat malam hamba-NYA, lantas dia diuji. 

Kadang kala, saat saya merasakan diri ini tak punya sesiapa, pastinya saya memandang ke langit. Kerana saya tahu, di situ saya ada ALLAH. DIA pasti ada bersama hamba-NYA dan DIA tak pernah jauh dari hamba-NYA selagi mana hamba-NYA terus bersama-NYA. 


Dan, siapa yang menukar warna biru langit menjadi oren jingga di senja hari? 

Kadang kala, saat saya terluka dengan fitnah manusia, dengan cercaan manusia, dengan umpat keji manusia, pastinya saya tahu, ALLAH sedang melihat sejauh mana kesabaran saya. ALLAH sedang melihat ketabahan saya. Dan, DIA pastinya tidak akan bebankan saya dengan apa yang tak mampu saya pikul. Kerana DIA lebih tahu apa di dalam hati saya, DIA lebih tahu apa yang saya mampu lakukan dan DIA lebih mengetahui diri hamba-NYA. Kerana DIA Maha Pencipta. 

Wahai sahabat, saat dirimu terluka dengan ujian, saat dirimu kehilangan, saat dirimu kesunyian, saat dirimu merindui seseorang, pandanglah ke langit. Pasti disitu akan kau temui ketenangan. Kerana disitu kita akan merasakan luasnya alam ciptaan ALLAH. Seluas mata memandang. 

Tuesday, June 25, 2013

third party

A person's heart beats twice in ONE cardiac cycle. Figuratively, it beats for itself and for another person. 
Maybe that's why doctors claim a third beat as abnormal. 
It is called Cardiac Dysrhythmia. 
See? No space for third party...

that's why i love CARDIOLOGY so much ♥

*copy and paste from my friend*

Monday, June 24, 2013

Bisikku....

" Bisikku pada Allah yang satu...
Lindungilah orang2 yang ku sayangi
disetiap langkah mereka,
disetiap hela nafas mereka,
disetiap kelip matanya mereka,
disetiap degup jantung mereka...
Banyak yang ingin ku pohon & ku harapkan,
tetapi andai satu sahaja yang dimakbulkan oleh MU,
cukuplah pintaku lindungi IMAN dihati mereka kerana dengan IMAN yang ada, mereka pasti selamat di dunia & akhirat... "
InsyaAllah...  

Sunday, June 23, 2013

Nisfu Syaaban

Alhamdulillah, dengan ini tamatlah tahun 4, insyaALLAH. Esok exam semester. InsyaALLAH, dua minggu lagi masuk tahun 5, tahun akhir Fakulti Perubatan UiTM. Takut, gementar, tak yakin, berdebar, semua bercampur aduk. Bak kata kawan saya, "I fell dragon in my stomach." 
Medicine is all about emergency. That's why, we have no study week in clinical year. Because, in emergency, we have to do what we have learn leave us no choice. 
Kononnyalah kan.

Apa-apa pun, doakan kami semua, insyaALLAH, bakal-bakal Doktor Muslim dan Doktor Muslimah. Moga kami diberi kemudahan dan kejayaan dalam peperiksaan kali ini dan peperiksaan seterusnya. Moga kami menjadi Doktor yang baik, yang terus tekad berbakti pada masyarakat. Amiin. InsyaALLAH.

Sempena Nisfu Syaaban malam ni, moga kekuatan itu datang untuk kami, moga ketabahan itu kami perolehi dan moga kejayaan milik kami.


Saturday, June 22, 2013

Ubat mata.

Walaupun hakikatnya saya ni ada masalah myopic dan astigmatism, saya tetap degil taknak pakai spek. Macam orang sakit yang tak mau makan ubat, itulah ibaratnya saya ni. Penyudahnya, saya selalu kena marah.

Friday, June 21, 2013

Jangan memberi harapan andai diri sendiri tak pasti. Jangan mainkan perasan orang kalau tak ikhlas. Terlalu berharap, jangan sampai terluka diri. 
Move on. Don't let your past haunted you. Don't let your future keep you static. And, don't let other stop you from moving. Live your life till fullest. 

Musim kehidupan

Kadang kala ALLAH hadirkan panas yang berpanjangan di awal permulaan kehidupan kita bukan untuk membebankan kita, sebaliknya itulah rencana ALLAH untuk menghadirkan musim bunga yang penuh dengan keindahan. 
Terkadang ALLAH hadirkan mentari dan ALLAH hadirkan hujan berpanjangan dipertengahan kehidupan bukan sebagai tanda ALLAH benci tetapi untuk DIA hadirkan pelangi indah. 
Terkadang, ALLAH warnai kehidupan kita dengan warna-warna indah, lalu DIA turunkan awan gelap bukan untuk menghukum sebaliknya mengajar kita lebih menghargai apa yang kita miliki.

Really want to see and feel this by my bare hand. :)

Dan, kita sering kali berprasangka dengan apa yang kita miliki. Disebalik musim kehidupan kita, ALLAH jua yang mengetahui apa yang DIA rencanakan untuk kita di masa hadapan. Jangan pernah putus asa dengan hidup. Jangan pernah bersangka buruk dengan takdir-NYA. Jangan pernah mempersoal apa yang terjadi. Sebaliknya, muhasabah apa yang kita milik, tiliki apa yang diberi, bersyukur dengan nikmat dan ujian, dan hadirkan rasa tawakal dan redha atas kurniaan-NYA. Pasti ada ganjaran yang menanti, di dunia ataupun di akhirat sana. DIA lebih mengetahui sedangkan kita tidak. Kita hanya mampu merancang yang terbaik, memberi yang terbaik, menjadi yang terbaik tapi DIA lah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. InsyaALLAH. :)

*Muhasabah untuk diri sendiri*

p/s: Selamat menduduki exam semeter dan selamat memasuki tahun akhir, tahun 5 Fakulti Perubatan. 

Thursday, June 13, 2013

The eyes and yourself

Eye Clinic.

Some may seen it as simple as eyes. But, many don't know that it is difficult. But, yet, you can get pahala by just sitting in one of the room and talk to you patient. Even, you can dakwah after seing your patients for few minutes only.

That's what I learn in Ophthalmology posting. It just 2 weeks of posting, but I learn a lot. And, the DOctor is so inspiring. I love the way she look at things and love the way she treats the patients and love the way she doing dakwah.

I never imagine that I could do that. Why bother with what Specialist we will be but think of what kind of specialist we will be. The one that take it as an opportunity to dakwah, or the one that think of making money only?

You are what you're doing. Think if you can answer to ALLAH of what you do. Then, do what you think you should.

Berhenti berharap

Jangan mengharap pada yang tak pasti, kelak takut merana diri. Jangan memberi harapan andai tahu tak mampu penuhi kelak takut merana hati. 
Berharap, berharap, berharap dan terus berharap. Akhirnya membawa padah bila tahu harapan yang dinanti itu sebenarnya sudah terbang jauh ke sana. Mana mungkin layang-layang yang kini sudah terbang tinggi akan kembali andai talinya sudah diputuskan. Mana mungkin rama-rama yang bebas dari kepompongnya akan kembali mencari asalnya setelah terleka menjamah indahnya alam.
Jangan berharap andai yang diharap itu tidak pasti. 

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa…
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo…
Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita
Haa…
Haa…
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat 

Wednesday, May 29, 2013

The hardest thing

What I hate the most is "Making decision."
It hard for me to make a decision and even more harder to make decision for others' benefits. 
Rather than making decision in life, I always goes with the flow. Almost all the time, the decision was made by my family. I did made decision, but for a few reasons and a few occasion only.

And, that's me. I knew, it such a pity thing but what can I do? I should start make a change in my life and be a more brave in making decision. Be such a risk-taking people and surely, it will change me. Hopefully, it will be done by me soon.

Sunday, May 12, 2013

Definisi Cinta Sejati

Kata orang, 
"Cinta sejati datang tak diduga."
Kata orang,
"Cinta sejati datang sekali seumur hidup."
Dan, kata orang lagi,
"Cinta sejati cinta yang kekal abadi hingga ke akhir hayat."
Tapi, bagi saya, 
"Cinta sejati, cinta yang menyatukan saya dan dia kerana ALLAH. Cinta sejati ialah apabila mencintai dia menambah rasa cinta saya pada ALLAH. Cinta sejati adalah apabila bersama dia mengingatkan saya pada ALLAH dan Rasul-NYA. Cinta sejati ialah apabila memandangnya dengan penuh rasa cinta padanya kerana ALLAH dan memandangnya menambah rasa cinta dan rindu pada ALLAH dan Rasul-NYA. Cinta sejati apabila dia membimbing saya dan membawa saya bersama ke syurga ALLAH."  
Kata Mak, 
"Cinta sejati bila Mak dan Ayah terus bersama hingga akhir hayat walaupun kadang-kadang selalu ja Ayah bebel-bebel, suruh Mak buat itu ini, selalu gaduh-gaduh dan selalu marah-marah." 
Dan, itulah cinta sejati bagi saya. Cinta yang melahirkan kami, membesarkan kami, bersama-sama kami walau adakalanya ada ombak yang melanda.

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu.

Selamat Hari Ibu, Mak. Terima kasih kerana melahirkan cheq, membesarkan cheq, menyusukan cheq, bagi pakaian, didikan, pelajaran dan sentiasa bagi semangat untuk cheq terus belajar walau kadang kala perjalanan ini terasa susah dan memeritkan. Terima kasih Mak sebab tak pernah penat bagi semangat, dorongan dan doakan yang terbaik untuk cheq. Terima kasih ya ALLAH atas kurniaan-MU. Terima kasih ya ALLAH menjadikan aku anak kepada Mak. :)

Friday, May 10, 2013

Nilailah dari hati

"Don't judge a book by its cover. Don't judge a person by his appearance."
Sikap manusia, tak lari daripada memilih yang indah-indah sahaja. Tetapi, adakalanya, ia terlalu keterlaluan. Memilih yang cantik, kemas, indah dari luaran hingga terlupa isi di dalamnya.

Situasi 1
Saya keluar bersama-sama dua orang anak buah saya. Tujuannya untuk membeli buku rujukan untuk mereka memandangkan kedua-duanya berada di tahun yang penting. Seorang baru sahaja memasuki tingkatan 4 (baru ke? Dah 4 bulan dah pun) dan seorang lagi akan menghadapi peperiksaan PMR hujung tahun ini. Tapi, saya rasa itu pengalaman paling teruk yang saya alami. Salahkah saya bawa diorang shopping? Salahkah saya guna baucar buku untuk beli buku diorang? Salahkah kalau pakaian saya itu nampak selekeh di mata orang lain tetapi menutup aurat? 
Saya tak hina sesiapa, saya tak pandang rendah pada pakaian apa yang orang lain pakai. Mungkin salah saya sebab tak menunjukkan saya ni seorang pelajar perubatan agaknya. Pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Selepas memilih buku, hampir penuh satu bakul yang saya bawa, saya dengan anak buah saya beratur di kaunter bayaran. Dua orang gadis, berdiri di sebelah kaunter, yang saya yakin pekerja kedai buku itu, tanya kawannya, yang jaga kaunter, "Dia ada duit ke nak bayar?" Terkejut? Ya, sangat-sangat. Balas kawan dia, "Dia dah selalu datang beli dekat sini la." Bila dua orang gadis ni nampak saya keluarkan baucar buku, terus salah sorang tu cakap, "Ooooo, dia nak guna baucar buku rupanya." dengan nada dan riak wajah yang sangat sinis. Saya terkelu di situ, terfikir untuk keluarkan not kertas dan bayar guna duit bukan baucar tapi saya rasa rugi pulak tak guna baucar yang dah nak tamat tempoh tu. 
Ya, saya kecewa, terkilan, rasa terhina, marah, geram dan berbagai lagi. Semua rasa itu bercampur baur dalam hati saya. Menilik pakaian saya, saya tertanya, salahkah dengan apa yang saya pakai? Dimana saya nampak hina di mata mereka? Apakah mereka terlalu kaya dan tinggi darjatnya di sisi ALLAH hingga dengan mudahnya bagi mereka menghina makhluk ALLAH yang lain? 

Situasi 2
Di satu kaki lima, berkumpul sekumpulan remaja. Melintas seorang perempuan, cantik, bergaya, kemas, dan teratur langkahnya. Apa yang terlintas di fikiran setiap daripada remaja itu?

  1. Cantiknya baju dia.
  2. Eh, tudung dia senget la.
  3. Laaa, apsal baju dia tak matching dengan kasut dia?
  4. Kasut dia tak cantik la.
  5. Nampak tak kerongsang dia besar sangat, tak padan dengan tudung dia?
  6. Baju dia kedut la.
Di situ kita dapat lihat, betapa sempurnanya seseorang itu pasti yang dipandang dan dicari oleh orang lain kelemahan yang kadang-kadang tak beri apa-apa kesan pada dirinya. 

Dalam kita menilai diri seseorang, kita kadang kala terlupa untuk menutup aib seseorang itu. Kita lebih ghairah untuk membuka aib seseorang itu dan mencari kesalahan dia sedangkan kita tahu bahawa setiap insan itu bukan maksum, pasti ada cacat celanya, pasti ada lemahnya, pasti ada keburukkannya, pasti ada silapnya. 

Nilailah seseorang itu pada tempatnya. Nilailah sesorang itu melalui kebaikan nya. Jangan terlalu di kaburi oleh kelemahannya yang sampai membutakan mata kita dalam menilai dirinya. Apa yang dinilai oleh kita mencermin siapa diri kita.
"Sesiapa yang membuat dosa di malam hari dan menutup aibnya di siang hari, pasti AKU akan menutup aibnya selamanya." 
ALLAH juga akan menutup aib kita seandainya kita tidak membocorkannya. 
"Dan barang siapa menutup aib seorang muslim,nescaya Allah menutup aibnya di dunia dan akhirat."
Sabda Rasulullah SAW
"Setiap umatku (boleh) diampun kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya). Ada di kalangan kamu yang melakukan dosa dimalam hari sedang ALLAH menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba di pagi hari dia mendedahkannya dengan berkata, 'Wahai si polan, semalam aku melakukan itu dan ini', maka terhapuslah tutupan ALLAH dan jadilah dia pembuka rahmat ALLAH yang sebelum in menutup keaibannya.- Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Saturday, April 27, 2013

Sayonara, seniors

"The final year exam will be the most difficult and the most unfair exam in the world."- Dean
Since we first step our foot in this faculty, that what our Dean told us and he keep on repeating the same things each time we had assemble.

Last week, senior of year 5 had started their 2 weeks of Pro-exam, and yesterday, they got their result. 

Bak kata, tak hilang lagi panic attack dan kena tachycardia balik. Alhamdulillah, for those yang dapat A+ dan A, you are the best among the best. Others that got PASS, still you are still the best. To those who has to struggle for another 6 months, don't give up. The time will come. You will make a good future Muslim doctor in a way you are. *its easier talk than done*

Akhirnya, 5 tahun perjuangan di Faculty of Medicine, UiTM membuahkan hasil. Seniors, you are a DOCTOR now. Setahun saja lagi masa yang membezakan saya dan rakan-rakan dengan dunia sebenar doktor. 
"Tak sangka kan, dah 4 tahun dah. Tinggal setahun ja lagi nak habis belajaq. Tak lama dah. Kakak mesti boleh buat. Dari dulu yang asyik cakap tak boleh, tak boleh. Nak keluaq Medic, tengok-tengok dah tinggal setahun ja lagi. Mesti boleh. Buat bagi boleh juga. Doa banyak-banyak, buat sembahyang hajat, sembahyang isthikarah. Mak doa, semua pun doa"- Mak
And, I'm speechless. 

Betul! Dulu, saya sangat-sangat lah pesimis. Yakin yang diri tak boleh pergi jauh dalam bidang Perubatan sebab tak minat, tak pandai dan susah nak belajar. Tapi, doa Mak Ayah dan keluarga, cikgu, pensyarah, dan kawan-kawan; mungkin sebab itu saya masih di sini.
Kadang kala bukan doa kita yang dimakbulkan ALLAH atas apa yang kita dapat, tapi mungkin doa orang lain
InsyaAllah, dengan doa semua orang, saya akan teruskan perjuangan ini. 

Sebenarnya, bukan mudah jadi pelajar Perubatan di sini. Dari tahun 1, kami dah terbiasa dengan kelas 8-5, Isnin sampai Khamis, setiap modul ada exam. Kadang-kadang, 2 bulan modul atau 2 minggu modul, exam nya tetap sama. Sejam atau 45 minit atau 30 minit untuk satu modul pembelajaran. Dan, habis ja exam, jawapan akan diberi dan kita akan tahu sama ada A*, A+, A, B, C atau gagal. Kekuatan mental sangat lah perlu. Dan keputusan sangatlah tak ada privasi. Semua orang boleh tengok Grade yang kita dapat asalkan tahu nombor matrik yang sememangnya sangatlah senang nak dapat.

Kadang-kadang, ya, exam memang tak adil. 
"Mungkin awak belajar 20 topik dari satu subjek dan kawan awak belajar 1 topik dari satu subjek, tapi awak gagal sebab soalan yang keluar adalah dari satu topik yang awak tertinggal dan kawan awak lulus sebab satu topik saja yang dia baca keluar. Dan, memang kadang-kadang itu tidak adil bagi awak."- Doktor O
*Peace, No War* :)