CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 24, 2015

Pandangan siapa yang lebih utama?

Banyak yang berlaku dalam setahun yang lepas. 2014 bukan sesuatu yang indah untuk dikenang. Banyak pahit dari manisnya. Tapi, semua itu datang dari Allah. Pahit atau manis sebuah kehidupan itu, semuanya dari Allah. Dan, aku tetap bersyukur atas nikmat-Nya walau adakalanya aku sendiri rasa lemah dan rebah.

Mencari diriku. Mencari kemana arah hidupku. 

Adakalanya, aku lemah. Adakalanya aku rebah. Dan, adakalanya aku hampir sahaja berputus asa. Terasa lemahnya diri ini. Andai tiada iman di hati.

Betapa sukarnya untuk dilalui liku hidup ini. 

Namun, Allah masih sayang. Dikurniakan aku dengan keluarga, sahabat.

Tika diuji, kita pasti hilang arah. Merasa hidup ini tidak adil.
Ya. Itu yang aku rasakan. Saat melihat seorang sahabat ini berjaya sedangkan aku tidak, aku merasakan tidak adil. Pernah aku soalkan, kenapa aku harus disini sedangkan dia tidak. Bukankah dia juga harus berada disini.

Tapi. Aku tahu. Ada sebabnya kenapa aku disini. 

Mungkin kalau dia disini, dia tidak mampu harungi ujian ini. Atau, mungkin itu kemudahan  untuk dia dan akan ada ujian lain untuk dia. Aku tak pasti.

Tapi, di sini, aku kerap teruji. Tohmahan manusia. Kata-kata nista manusia. Umpat keji manusia. Pandangan manusia. Adakalanya aku rebah kerana semua itu.
Pandangan siapakah yang lebih utama? Pandangan Allah atau pandangan manusia?
Itu kata-kata yang sering aku ucapkan pada diri dahulu. Saat aku sering menjadi bahan umpatan, kejian dan menjadi bualan mulut manusia. Lantas, kenapa aku harus peduli apa yang orang lain katakan? Kenapa harus peduli dengan pandangna manusia? Bukankah Allah yang menilai kita? Bukankah dia juga hamba sepertiku?

Usah dipeduli kata-kata manusia. Usah dilayan pandangan manusia. Sampai bila harus kau peduli pandangan mereka? Tiba saat, mereka kan pergi. Yang kekal Allah. Dia yang setia disisi. Selamanya.

Sunday, January 18, 2015

When you want to give up, remember why you started.

Patient. They usually teach us something that we can't even get in the textbooks.
"Don't give up."
I don't know how many times I had heard this 3 words. Me, once, was holding on this 3 words whenever I faced any difficulty in my life. But, not when I first stepped into this Faculty.

I had forgot this 3 words for long. I think, its time for me to keep telling myself this 3 words again.
Don't give up.
Never in your life. Because Allah is there for you. Why should you give up when you know that someone up there is watching you every second, every minute, every hour, everyday. HE will never leave you alone. HE always there for you. Then, don't give up.

Even when life gave you thousands reason to give up, fight it back with thousands reason of not giving up.
When you want to give up remember why you started.

Saturday, January 17, 2015

Musibah. Ujian atau kafarah dosa?

Ada sahabat bertanya, "Musibah atau benda buruk yang terjadi atas sebab kita sendiri yang cari pasal, tu pun musibah juga ke? Akan ada hikmah? 
Jujur. Aku terkedu bila disoal begitu. Tak tahu jawapan apa yang harus aku berikan. Bimbang andai jawapan yang diberi adalah jawapan yang salah atau tidak sesuai dengan fitrah.
Takdir hidup kita memang telah Allah tetapkan. Tapi, kita tetap boleh berusaha untuk ubah nasib atau takdir itu. 
Itu yang sering diingatkan kepada aku. Sejak dahulu. Dengan doa, inshaAllah, kita mampu mengubah sesuatu. Kepada perkara yang lebih baik. Dan usaha juga.

Sesungguhnya, kita pasti akan dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan kita.
"Dan jika Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (sahaja), tetapi Dia menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Tapi kamu pasti akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan"- Surah an-Nahl, ayat 93
Nah. Disitu, Allah telah berfirman, yang bahawasanya Dia memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan sebaliknya. Tetapi, kita pasti akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang telah kita perlakukan.

Musibah yang dilakukan oleh tangan kita sendiri, itu adalah kerana kekejaman kita kepada diri sendiri, Sama juga seperti maksiat, dosa, perkara yang dilarang dan lain lagi. Andai apa yang kita kerjakan itu memberi musibah kepada kita, itu adalah kekejaman kita kepada diri sendiri. Allah mengurniakan manusia ini dengan akal dan nafsu. Berbanding malaikat dan haiwan yang mana Allah mengurniakan malaikat dengan akal dna haiwan dengan nafsu semata. Andai nafsu menguasai diri lebih dari akal, maka darjat kita lebih hina dari haiwan. Kita diberikan akal menilai baik buruk sesuatu. 

Namun, disetiap musibah, pasti ada rahsianya, pasti ada hikmahnya yang Allah sembunyikan untuk kita. Kerana, Allah tidak kejam. Allah tidak akan mengsia-siakan hamba-Nya. Allah sentaisa ada dengan hamba-Nya.

Tiliki diri sendiri. Renung jalan yang telah kita lalui. Pernahkah kita dilanda musibah, dan tidak menemui jalan keluar. Sekalipun pada tika itu kita derhaka pada suruhan-Nya? Pernahkah kita lalai dengan dunia, dan Allah meninggalkan kita tanpa memberi kita peluang untuk berubah? Pastinya, Dia hadir bukan seperti yang kita harapkan. Pastinya pertolongan Allah itu tidak selalunya hadir dalam gembira. Adakalanya Allah menolong kita dengan memberi kita ujian dan kesusahan. Tapi, adakah itu kerana Allah benci kita? Tidak! Sesekali tidak! Semua itu kerana Allah sayang dan cintakan kita. Dia hadirkan ujian untuk kita kembali pada-Nya, mengadu pada-Nya, berharap hanya pada-Nya dan bergantung hanya pada-Nya. Kerana adakalanya, kita terlalu asyik dengan dunia. Terlalu bergantung pada ciptaan-Nya hingga melupakan-Nya. Manusia datang dan pergi. Tetapi, Dia tetap disisi.  

Mengadulah pada-Nya.
Merintihlah kepada-Nya. 
Menangislah kepada-Nya.
Andai hilang bahu untuk bersandar, selalu ada lantai untuk bersujud. 
Dia sebaik-baik tempat mengadu.

Wednesday, January 7, 2015

DIA Pemilik Cinta...

Bila sedih, kembali pada Allah..
Bila gembira, kembali pada Allah..
Bila senang, kembali pada Allah..
Bila susah, kembali pada Allah..
Dalam apa jua keadaan, kembalilah pada Allah..
Mengadulah dgn Allah. Ceritalah segalanya pd Dia. Mohonlah pertolongan dari Dia. Cari kekuatan melalui Dia.
Dia sentiasa ada. Selalu..
Andai merasakan manusia berlaku kejam pada dirimu, ketahuilah, Allah sentiasa ada.
Andai manusia meninggalkanmu, ketahuilah, Allah tak pernah tinggalkan dirimu.
Andai manusia membencimu, ketahuilah, Allah sentiasa cinta pada dirimu.
Andai merasakan manusia tidak adil dengan dirimu, ketahuilah, Allah tempat mengadu..

Ketahuilah, Dia Pemilik Cinta. 
Dialah penguat..
Dialah kekuatan..
Dialah yang Maha Mengetahui..