Mencari diriku. Mencari kemana arah hidupku.
Adakalanya, aku lemah. Adakalanya aku rebah. Dan, adakalanya aku hampir sahaja berputus asa. Terasa lemahnya diri ini. Andai tiada iman di hati.
Betapa sukarnya untuk dilalui liku hidup ini.
Namun, Allah masih sayang. Dikurniakan aku dengan keluarga, sahabat.
Tika diuji, kita pasti hilang arah. Merasa hidup ini tidak adil.
Ya. Itu yang aku rasakan. Saat melihat seorang sahabat ini berjaya sedangkan aku tidak, aku merasakan tidak adil. Pernah aku soalkan, kenapa aku harus disini sedangkan dia tidak. Bukankah dia juga harus berada disini.
Tapi. Aku tahu. Ada sebabnya kenapa aku disini.
Mungkin kalau dia disini, dia tidak mampu harungi ujian ini. Atau, mungkin itu kemudahan untuk dia dan akan ada ujian lain untuk dia. Aku tak pasti.
Tapi, di sini, aku kerap teruji. Tohmahan manusia. Kata-kata nista manusia. Umpat keji manusia. Pandangan manusia. Adakalanya aku rebah kerana semua itu.
Pandangan siapakah yang lebih utama? Pandangan Allah atau pandangan manusia?Itu kata-kata yang sering aku ucapkan pada diri dahulu. Saat aku sering menjadi bahan umpatan, kejian dan menjadi bualan mulut manusia. Lantas, kenapa aku harus peduli apa yang orang lain katakan? Kenapa harus peduli dengan pandangna manusia? Bukankah Allah yang menilai kita? Bukankah dia juga hamba sepertiku?
Usah dipeduli kata-kata manusia. Usah dilayan pandangan manusia. Sampai bila harus kau peduli pandangan mereka? Tiba saat, mereka kan pergi. Yang kekal Allah. Dia yang setia disisi. Selamanya.


No comments:
Post a Comment