CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 29, 2013

The hardest thing

What I hate the most is "Making decision."
It hard for me to make a decision and even more harder to make decision for others' benefits. 
Rather than making decision in life, I always goes with the flow. Almost all the time, the decision was made by my family. I did made decision, but for a few reasons and a few occasion only.

And, that's me. I knew, it such a pity thing but what can I do? I should start make a change in my life and be a more brave in making decision. Be such a risk-taking people and surely, it will change me. Hopefully, it will be done by me soon.

Sunday, May 12, 2013

Definisi Cinta Sejati

Kata orang, 
"Cinta sejati datang tak diduga."
Kata orang,
"Cinta sejati datang sekali seumur hidup."
Dan, kata orang lagi,
"Cinta sejati cinta yang kekal abadi hingga ke akhir hayat."
Tapi, bagi saya, 
"Cinta sejati, cinta yang menyatukan saya dan dia kerana ALLAH. Cinta sejati ialah apabila mencintai dia menambah rasa cinta saya pada ALLAH. Cinta sejati adalah apabila bersama dia mengingatkan saya pada ALLAH dan Rasul-NYA. Cinta sejati ialah apabila memandangnya dengan penuh rasa cinta padanya kerana ALLAH dan memandangnya menambah rasa cinta dan rindu pada ALLAH dan Rasul-NYA. Cinta sejati apabila dia membimbing saya dan membawa saya bersama ke syurga ALLAH."  
Kata Mak, 
"Cinta sejati bila Mak dan Ayah terus bersama hingga akhir hayat walaupun kadang-kadang selalu ja Ayah bebel-bebel, suruh Mak buat itu ini, selalu gaduh-gaduh dan selalu marah-marah." 
Dan, itulah cinta sejati bagi saya. Cinta yang melahirkan kami, membesarkan kami, bersama-sama kami walau adakalanya ada ombak yang melanda.

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu.

Selamat Hari Ibu, Mak. Terima kasih kerana melahirkan cheq, membesarkan cheq, menyusukan cheq, bagi pakaian, didikan, pelajaran dan sentiasa bagi semangat untuk cheq terus belajar walau kadang kala perjalanan ini terasa susah dan memeritkan. Terima kasih Mak sebab tak pernah penat bagi semangat, dorongan dan doakan yang terbaik untuk cheq. Terima kasih ya ALLAH atas kurniaan-MU. Terima kasih ya ALLAH menjadikan aku anak kepada Mak. :)

Friday, May 10, 2013

Nilailah dari hati

"Don't judge a book by its cover. Don't judge a person by his appearance."
Sikap manusia, tak lari daripada memilih yang indah-indah sahaja. Tetapi, adakalanya, ia terlalu keterlaluan. Memilih yang cantik, kemas, indah dari luaran hingga terlupa isi di dalamnya.

Situasi 1
Saya keluar bersama-sama dua orang anak buah saya. Tujuannya untuk membeli buku rujukan untuk mereka memandangkan kedua-duanya berada di tahun yang penting. Seorang baru sahaja memasuki tingkatan 4 (baru ke? Dah 4 bulan dah pun) dan seorang lagi akan menghadapi peperiksaan PMR hujung tahun ini. Tapi, saya rasa itu pengalaman paling teruk yang saya alami. Salahkah saya bawa diorang shopping? Salahkah saya guna baucar buku untuk beli buku diorang? Salahkah kalau pakaian saya itu nampak selekeh di mata orang lain tetapi menutup aurat? 
Saya tak hina sesiapa, saya tak pandang rendah pada pakaian apa yang orang lain pakai. Mungkin salah saya sebab tak menunjukkan saya ni seorang pelajar perubatan agaknya. Pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Selepas memilih buku, hampir penuh satu bakul yang saya bawa, saya dengan anak buah saya beratur di kaunter bayaran. Dua orang gadis, berdiri di sebelah kaunter, yang saya yakin pekerja kedai buku itu, tanya kawannya, yang jaga kaunter, "Dia ada duit ke nak bayar?" Terkejut? Ya, sangat-sangat. Balas kawan dia, "Dia dah selalu datang beli dekat sini la." Bila dua orang gadis ni nampak saya keluarkan baucar buku, terus salah sorang tu cakap, "Ooooo, dia nak guna baucar buku rupanya." dengan nada dan riak wajah yang sangat sinis. Saya terkelu di situ, terfikir untuk keluarkan not kertas dan bayar guna duit bukan baucar tapi saya rasa rugi pulak tak guna baucar yang dah nak tamat tempoh tu. 
Ya, saya kecewa, terkilan, rasa terhina, marah, geram dan berbagai lagi. Semua rasa itu bercampur baur dalam hati saya. Menilik pakaian saya, saya tertanya, salahkah dengan apa yang saya pakai? Dimana saya nampak hina di mata mereka? Apakah mereka terlalu kaya dan tinggi darjatnya di sisi ALLAH hingga dengan mudahnya bagi mereka menghina makhluk ALLAH yang lain? 

Situasi 2
Di satu kaki lima, berkumpul sekumpulan remaja. Melintas seorang perempuan, cantik, bergaya, kemas, dan teratur langkahnya. Apa yang terlintas di fikiran setiap daripada remaja itu?

  1. Cantiknya baju dia.
  2. Eh, tudung dia senget la.
  3. Laaa, apsal baju dia tak matching dengan kasut dia?
  4. Kasut dia tak cantik la.
  5. Nampak tak kerongsang dia besar sangat, tak padan dengan tudung dia?
  6. Baju dia kedut la.
Di situ kita dapat lihat, betapa sempurnanya seseorang itu pasti yang dipandang dan dicari oleh orang lain kelemahan yang kadang-kadang tak beri apa-apa kesan pada dirinya. 

Dalam kita menilai diri seseorang, kita kadang kala terlupa untuk menutup aib seseorang itu. Kita lebih ghairah untuk membuka aib seseorang itu dan mencari kesalahan dia sedangkan kita tahu bahawa setiap insan itu bukan maksum, pasti ada cacat celanya, pasti ada lemahnya, pasti ada keburukkannya, pasti ada silapnya. 

Nilailah seseorang itu pada tempatnya. Nilailah sesorang itu melalui kebaikan nya. Jangan terlalu di kaburi oleh kelemahannya yang sampai membutakan mata kita dalam menilai dirinya. Apa yang dinilai oleh kita mencermin siapa diri kita.
"Sesiapa yang membuat dosa di malam hari dan menutup aibnya di siang hari, pasti AKU akan menutup aibnya selamanya." 
ALLAH juga akan menutup aib kita seandainya kita tidak membocorkannya. 
"Dan barang siapa menutup aib seorang muslim,nescaya Allah menutup aibnya di dunia dan akhirat."
Sabda Rasulullah SAW
"Setiap umatku (boleh) diampun kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya). Ada di kalangan kamu yang melakukan dosa dimalam hari sedang ALLAH menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba di pagi hari dia mendedahkannya dengan berkata, 'Wahai si polan, semalam aku melakukan itu dan ini', maka terhapuslah tutupan ALLAH dan jadilah dia pembuka rahmat ALLAH yang sebelum in menutup keaibannya.- Riwayat al-Bukhari dan Muslim