CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 12, 2013

Definisi Cinta Sejati

Kata orang, 
"Cinta sejati datang tak diduga."
Kata orang,
"Cinta sejati datang sekali seumur hidup."
Dan, kata orang lagi,
"Cinta sejati cinta yang kekal abadi hingga ke akhir hayat."
Tapi, bagi saya, 
"Cinta sejati, cinta yang menyatukan saya dan dia kerana ALLAH. Cinta sejati ialah apabila mencintai dia menambah rasa cinta saya pada ALLAH. Cinta sejati adalah apabila bersama dia mengingatkan saya pada ALLAH dan Rasul-NYA. Cinta sejati ialah apabila memandangnya dengan penuh rasa cinta padanya kerana ALLAH dan memandangnya menambah rasa cinta dan rindu pada ALLAH dan Rasul-NYA. Cinta sejati apabila dia membimbing saya dan membawa saya bersama ke syurga ALLAH."  
Kata Mak, 
"Cinta sejati bila Mak dan Ayah terus bersama hingga akhir hayat walaupun kadang-kadang selalu ja Ayah bebel-bebel, suruh Mak buat itu ini, selalu gaduh-gaduh dan selalu marah-marah." 
Dan, itulah cinta sejati bagi saya. Cinta yang melahirkan kami, membesarkan kami, bersama-sama kami walau adakalanya ada ombak yang melanda.

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu.

Selamat Hari Ibu, Mak. Terima kasih kerana melahirkan cheq, membesarkan cheq, menyusukan cheq, bagi pakaian, didikan, pelajaran dan sentiasa bagi semangat untuk cheq terus belajar walau kadang kala perjalanan ini terasa susah dan memeritkan. Terima kasih Mak sebab tak pernah penat bagi semangat, dorongan dan doakan yang terbaik untuk cheq. Terima kasih ya ALLAH atas kurniaan-MU. Terima kasih ya ALLAH menjadikan aku anak kepada Mak. :)

No comments: