CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 25, 2012

this is what a friend for

"This is what a friend for"
Saya selalu hampir-hampir menangis bila ada kawan-kawan yang cakap macam tu. Maaf, tapi ini kenyataan. Saya tidak punya ramai kawan. Maksud saya, kawan yang betul-betul baik dan ikhlas berkawan dengan saya. Ramai cakap saya sombong, tetapi mereka tak tahu kenapa saya jadi macam tu. Pengalaman banyak mengajar saya,
"Jangan terlalu baik dengan seseorang yang baru kenal dan jangan terlalu baik dengan sesiapa sahaja. Sebab akibatnya sangat menyakitkan."  
Ketika saya sangat-sangat dalam kesempitan untuk buat sesuatu dan ada kawan yang sudi temankan saya, saya sangat rasa bersalah. Dan tiap kali kalau saya cakap "Maaf sebab dah susahkan korang" tiap kali itu juga ada yang cakap "Kita kan kawan. Kalau kawan tak tolong kawan, sapa nak tolong. Ni masa Fazzira susah, nanti kalau kami susah Fazzira tolong pulak". 

Sepanjang 23 tahun ini, saya tak ramai kawan. Yang betul-betul jadi kawan saya boleh dikira. Yang lain, kawan satu kelas, kawan satu matrik, kawan satu sekolah yang akhirnya pisah bila dah habis semua tu dan tak jumpa dah. Memang, ramai yang cakap saya anti-sosial, introvert, sombong, dan macam-macam lagi. Tapi, saya senang dengan cara ini selagi saya tak akcau orang lain. :)

*peace, no war* XD  

Sunday, December 23, 2012

exam mood activated

"Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang-Ku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka beroleh kebenaran."- Surah al-Baqarah, ayat 186
Exam dalam masa seminggu. Tanpa study week, tanpa cuti dengan kelas penuh sepanjang minggu, dengan case write up, presentations saya rasa sangat stress. Sampaikan setiap kali exam, saya merasakan yang hidup ini tidak adil dan takdir saya ini terlalu susah untuk saya. *astaghfirullah hal azim* Setiap kali, saya akan menangis mengenangkan betapa susahnya untuk bergelar seorang DOKTOR dan betapa susahnya memenuhi permintaan Mak Ayah. Tapi, di setiap kali, ucapan dan kata-kata semangat dari Mak membuatkan saya tegar mengharungi dugaan ini. Setiap kali saya merasakan sukarnya hidup ini, Mak tak pernah putus-putus utuskan kata-kata semangat dan sokongan. Doa Mak setiap menemani perjalanan saya dan menemani saya ketika exam saat saya hanya ada Allah ketika itu. 

Di fikiran saya, apa yang saya buat ini semata-mata kerana Allah dan semata-mata untuk berbakti kepada agama, dan masyarakat. Impian saya untuk menjadi sukarelawan menjadi azimat sangat saya dalam kekusutan mengharungi hari-hari sebelum exam.
"MERCY WAIT FOR ME"  
hehe.. *peace, no war*
"Apakah kamu mengatakan kamu sudah layak untuk masuk syurga sedangkan belum dtg ujian kepadamu sebagaimana kaum terdahulu dari kamu?"

Monday, December 10, 2012

mencari pelangi dalam remang senja

aku mencari di mana salahku,
ku temui penawar hati yang luka..

aku mencari redhaMu,
ku  temui senyum bahagia...

ku mencari apa itu cinta,
Kau hadiahkan ku dengan cahaya..

tak pernah ku percaya,
kan temui bahagia dalam derita
kan temui senyum dalam airmata
kan temui pelangi dalam remang senja
kerna semua itu terlindung di balik hatiku yang lara..

Sunday, December 9, 2012

ku pasrah dengan segalanya

dugaan,
datang pelbagai bentuk..

dugaan, 
datangnya tak berpetunjuk..

dugaan, 
datangnya kekadang buatku tertunduk..

ya Allah, 
aku redha ini ketentuanMu...

ya Allah, 
aku mencari mana salahku..

ya Allah,
ku pohon keampunanMu..

ya Allah, 
aku mohon belas kasihanMu..

kasihanilah diri kami yang hina ini ya Allah
di mana mampu kami gapai bahagia tanpa redhaMu ya Allah..
ya Allah, satukanlah hati-hati kami kembali ya Allah..
kerana aku terlalu sayangkan diri mereka ya Allah..

ya Allah, 
diri ini tidak terdaya ya Allah..

ya Allah, 
bertapa kerdilnya aku ya Allah..

tabahkan hati ku, tabahkan hati kami dalam menempuhi ujian ini..
hanya padaMu ku berserah..
moga esok hari, mentari kan bersinar lagi.. 

Wednesday, December 5, 2012

one in a year event

Assalamualaikum wbt. :)

Dah lama tak menjengah blog ni..berhabuk dah..hehe..

Alkisahnya saya nak cerita pasal trip pergi Langkawi cuti Deepavali dan Maal Hijrah hari tu tapi disebabkan menglaghakan diri dengan benda tak berfaedah makanya tak tertulis la.. Sahabat semua sihat? Bagaimana iman hari ini?Bertambah baik? :)

Alkisahnya, pada suatu hari, hehe, Abg Pun memulakan cadangannya untuk pergi family holiday dan memilih Langkawi sebagai destinasi pilihan. *ayat mau skema* :D Alhamdulillah, rezeki lebih sikit so dia nak bawa satu family jalan-jalan. Actually, family holiday ni dah jadi acara tahunan family saya. Ni la masa semua nak kumpul selain dari Hari Raya *even kadang-kadang tak semua pun ada time raya* So, this is the only opportunity for us to gather. We do talk, make joke, laugh, ask others well being and get close to each other. We actually really close to each other and I would feel awkward if we did fought. Tarikh yang dipilih adalah 14-16 November 2012. Sebab cuti seminggu dan insyaAllah semua dapat cuti. Luckily I had my semester break on that week which is a week of holiday. Its very tiring for me to have only one week leave and get half of it traveling but I enjoyed it most of the time.

Disebabkan nak bertolak dari rumah ke jeti Kuala Kedah memakan masa lebih kurang 2 jam so kitorang plan nak keluar awal; by mean at 5 am; but of course lah cannot..hihi..Akhirnya kitorang bertolak pukul 7 pagi which is 2 jam lewat. Actually, tunggu my abang ipar balik kerja dulu pukul 6.30 am. Dan yang bestnya saya bangun pukul 4 pagi, then pusing tengok semua sedap tido lagi so pukul 5 baru betul-betul sedar. Me, my kakaks and abg ipar; kitorang borak malam tu sampai pukul 2 pagi sebelum saya tido tapi diorang sambung borak sampai pukul 3 pagi. And by 5 o'clock when I wake up they already boil the water for "kids" untuk mandi.. And they did prepared a jar of tea for us too.

For a family of 19 person, which are 4 not coming, we depart at 7 am using 4 cars and reached Kuala Kedah at 10 am. Breakfast di R&R Gurun sebab tak sempat pun nak breakfast dekat rumah. Feri pukul 11.30 am but of course it always not on time. So, pukul 12.30 baru feri gerak and by 2 pm kitorang sampai Jeti Kuah. Lambat sangat. We spend half of the day on the way





. 
muka-muka excited nak g Langkawi, while waiting the ferry. XD

Di Langkawi, kitorang sewa sebuah kereta (Mitshubishi Lancer) dan 2 MPV (Avanza). Sewa dia murah walaupun time tu cuti sekolah dan festive week. Sangat puas hati. Memang lapang sangat-sangat kereta dan selesa untuk 3 hari di Langkawi. Dan kitorang stay dekat Langgura Baron Resort. Okay lah.. And our first move on first day was check in and jalan-jalan, mandi-manda di pantai. 


who's that girl??!!


Welcome to Langkawi Island, Permata Kedah :) *i'm touch with these words*

Lepas ni saya nak biarkan gambar yang berbicara. hehe.. *dah penat nak karang ayat sebenarnya*


Aleesya, mula-mula nangis takut air..tapi jangan percaya tau yang dia dah ready nak naik pantai..




because here, dia dah ready nak patah balik..hehe XD such a naughty girl, like her Maksu 


Aidil is ready to meet his friends, Nemo and the rest :)



my handsome boy aka my little brother :)


ayah bagi belakang aja untuk picture ni.. @_@ frustrated..hehe..mak is nowhere to be detected..


my first nephew..some missunderstood him as my boyfriend..hehe :) some said we look a like.. of course la kan.. 


mak is taking picture with Abang Pun and his wife..none with me alone *sedih..hukhukhuk T_T*


Kak Tie's family..her three kids and the eldest is growing bigger than me XD no more little girl that use to sleep with me and ask me about this and that..how's fast time flies..


two families join together plus one from another family, my little brother and my nephew..nyibuk ja kan..


 we were planning to take picture of ladies in the family but Abang Pun and Aidil insist to join us..


"Hey, we want picture of three of us only. Jangan kacau la"-say Ayah to me *maybe..hehe*


model of the family, Farish.. his candid picture always the best. :D


"Ikan pakai lipstick"-said Aidil to his Mama and we burst into laugh..


 Again, Aidil's joke, "Mama mana mama?" said Aidil to this little friend of him..



Never doubt my skill in photography..hehe


another unique picture capture by me-as said by my family XD proud



finish with Underwaterworld walk by picture of Kak Eda and handsome boy, Aliff..



 masa berdiscusi nak pergi mana pulak sambil tunggu nak makan..


Of course, mesti ada gambar saya kat mana aja pergi..berehat sekejap di Pantai Tanjung Rhu sebelum sambung boating petang hari kedua..sangat cantik pantai ni..nak pergi lagi!!








boating..dua bot for 19 people. hehe.. I was in ther first boat and this is he second boat..only got their picture on the boat while has nothing of us..hehe 
but it was a great experience 


feeding the eagles
the most special moment in boating :)




saya sebagai second photographer and this is the real photographer.. selalu cakap takda gambar dia tapi banyak gambar saya..and here it is.. :))




love this picture so much!!candid by Abang Pun while i'm experiencing the beauty of nature XD  never realized that I smile almost the time on the boat..



everyone in a good mood.. "Ni barulah namanya bercuti.."-Kak Ct 
"Selalu tengok dalam TV aja orang p tempat macam ni, tak sangka kita pun dah sampai tempat ni."-Kak Na


Laut dalam. Dah tak jauh dah dengan Thailand. "nak p Thailand pun boleh ni, tak jauh dah."-Abang driver boat 




matahari petang dari atas bot dari laut Tanjung Rhu XD



selalu tengok dalam gambar aja kan, sekarang ada peluang tangkap sendiri gambar ni..



Habiskan hari terakhir dengan aktiviti pantai... 


balik ke chalet, untuk sarapan, then main air lagi..hehe..



they say, tak lengkap pergi Langkawi kalau takda gambar dengan helang ni.. :D