CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 26, 2012

Orang timur, penuh adap sopan ke?

Assalamualaikum wbt. 

Bertemu kembali.. :)

Topik hangat pagi tadi di Hot.fm ialah tahap kesopanan rakyat Malaysia di ranking ke-34 daripada 36 negara. *pergh, sentap beb.apsal tak 36 terus ja* :D


ihsan from facebook

Ramai yang berkongsi pendapat dan rata-rata setuju dengan statement itu. Antara ketidaksopanan rakyat Malaysia adalah di jalan raya, di shopping complex, ketika menggunakan lif atau pintu, ketika dalam pengangkutan awam dan ketika berada di tempat awam. Jujur saya katakan, kadang kala saya juga rasa rakyat Malaysia ni tak sopan. Antaranya bila di tempat awam dan dalam pengangkutan awam. Saya selalu nampak yang golongan muda dan berkemampuan ini buat tak tahu saja bila ada makcik-makcik dan ibu-ibu mengandung berdiri dalam train, LRT, atau bas awam, seolah-olah mereka lebih memerlukan tempat duduk itu berbanding golongan ini. Pernah saya naik LRT, ada tourist yang duduk dalam LRT. Bila sampai satu stesen, ada satu family masuk with one uncle, very old, and that girl gave her seat to that uncle when other Malaysian ignore that uncle. Dan, saya terfikir, sebagai foreigner, that girl tahu hormat orang yang lebih tua tapi kita rakyat Malaysia, orang timur yang kononnya penuh dengan adap dan sopan santun mengendahkan golongan itu. Jadi, soapankah kita? *sila jawab sendiri ye*

Kadang kala, di hospital, klinik kerajaan, saya selalu nampak ketidaksopanan rakyat Malaysia dalam menangani isu "Menunggu giliran". Semua sedia maklum, kita kekurangan doktor dan juga staff dalam bidang kesihatan dan hospital atau klinik kita bukan canggih dan fleksible seperti luar negara, tapi ada kalangan kita yang tidak sabar dengan servis itu. Memang, kadang kala bila sakit dan terpaksa menunggu rawatan memang memeritkan tetapi semua Health Care Provider already know the level of your illnesses and given you turn according to severity and priority. They know their job, and they want to help your but some times, Malaysian are too impatient that make things worse. Bukan saya bercakap kerana saya dalam bidang ini, tapi ini adalah apa yang saya kesalkan. Tak perlu marah kalau terpaksa menunggu sebab ramai lagi yang menunggu, tak perlu marah kalau pesakit lain dapat jumpa doktor dulu walaupun dia datang lewat dari kamu kerana ada sebab kenapa dia didahulukan. *patient will get angry if we don't spend time with them and if we did, patients will angry too*

Monday, July 23, 2012

perjalanan seorang hamba

perjalanan seorang hamba,
mencari-cari di mana pelita hidupnya..

perjalanan seorang hamba,
mencari-cari dimana kebebasannya..

perjalanan seorang hamba,
mencari apa itu erti bahagia..

perjalanan seorang hamba,
mencari kehidupan yang abadi..

kini,
dia temui jalan yang dicari..

kini,
dia didekati yang Maha Abadi..

kini,
dia diselimuti cahaya Rabbi..

kini,
dia bahagia dengan mengenaliNya yang Maha Agung..

perjalanan seorang hamba, 
ibarat perjalanan hidup kita
terkadang mencari apa erti hidup bahagia,
terkadang mencari makna setia,
terkadang tertanya-tanya dimana Dia,
terkadang mempersoal kewujudan Dia..

perjalanan seorang hamba, 
Dia ada dekat di hatinya
Dia beri bahagia dibalik derita
Dia ada tiap masa
Dia yang Maha Kuasa...

syukur padaMu,
perjalanan seorang hambaMu kini bukan sia-sia..

syukur padaMu,
perjalanan seorang hamba kini temui bahagia..
perjalanan seorang hamba kini temui ketenangan yang hakiki..
perjalananku kini lebih bererti..
kerna ku tahu Kau ada dekat dihati..

~~nukilan: Nur Fazzira Ismail~~
ilham dari Dia Yang Satu   :)

12:17 am (3 Ramadhan 1433/ 23 Julai 2012)

Sunday, July 22, 2012

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan :)

Assalamualaikum wbt. 

Syukur, hari ini dah masuk 2 Ramadhan 1433 H. Alhamdulillah, puasa hari pertama dah selesai, tarawikh dah selesai dan insyaAllah berjaya habiskan 1 juzuk al-Quran hari ni. Tekad dan semangat serta istiqamah sangat penting sekarang, lebih-lebih lagi bila saya terkadang sengaja menyibukkan diri dengan urusan dunia yang tak pernah selesai ini. Kesibukkan dunia di jadikan alasan untuk melupakan atau meninggalkan sebentar urusan akhirat. Astagfirullahalazim, minta dijauhkan dan mohon kekuatan untuk terus istiqamah. Ameen. :)

Suka saya nak bercakap pasal Ramadhan kali ini kerana saya merasakan diri saya sebagai orang baru menyambut Ramadhan kali ini, malah lebih bersemangat sebenarnya. hehe. (Erk, orang baru tu jangan salah anggap pulak ye. Yelah, orang tua-tua selalu istilah orang baru dengan pengantin baru, tapi saya bukan ye. Masih bujang lagi. :D ) Kali ini, syahdunya terasa bila saya menyambut Ramadhan dengan diri saya yang baru. Sedang berusaha menjadi Muslimah sejati, berusaha menjadi Muslimah yang baik dan memperbaiki diri sendiri. Alhamdulillah, syukur sangat dengan nikmat hidayah Allah yang diberikan. Tanpa hidayah dariNya, mungkin hari ini saya menyambut Ramadhan sebagai satu bulan yang dimana saya perlu berpuasa selama sebulan tanpa menghayati erti sebenar Ramadhan. Kali ini azam saya untuk bertarawikh setiap hari, insyaAllah, dan berjaya khatam al-Quran apabila Ramadhan menutup tirainya. Jujurnya, saya tidak berjaya khatam al-Quran dalam bulan Ramadhan sebelum ini walau saya cuba. Sighhhh. *Betapa teruknya aku dulu* Mungkin ini yang saya katakan, leka dengan urusan duniawi dan meninggalkan akhirat serta sikap saya yang tak mampu untuk terus istiqamah dalam setiap yang saya kerjakan.

Ramadhan, awalnya adalah rahmat, pertengahannya pengampun dosa dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka. Jadi, jom kita sama-sama rebut kelebihan Ramadhan bulan di mana al-Quran diturunkan dan diantara 10 malam terakhirnya tersembunyi Lailatulqadar yang malamnya lebih baik dari 1000 bulan. :)

Subhanallah, indahnya Ramadhan.

Ramadhan diibaratkan satu persinggahan dalam kita mengembara. Kiranya digambarkan kita sebagai pengembara, pastinya ada penghujungnya dan ada permulaannya. Dan di pertengahannya ada satu persinggahan. Begitulah dapat kita gambarkan dengan Ramdhan yang mana 11 bulan itu adalah pengembaraan kita dan Ramadhan satu-satunya tempat persinggahan dan disinilah kita memperbaiki diri kita, menyucikan diri kita, memperindahkan diri kita dan mempersiapkan diri kita sebelum meneruskan perjalanan kita. Disepanjang perjalanan itu, banyak yang kita lalui. Dan banyak juga kekotoran terpalit di tubuh kita,di hati kita dan pastinya kita kehausan. Saya menganggap Ramdhan sebagai titik permulaan semula perjalanan hidup di mana disini akan dapat kita sucikan diri dan sucikan hati yang selama ini terpalit kekotoran. Malah, selama 11 bulan kita dahagakan ilmu, dahagakan tarbiah, dahagakan Qiamulail, dahagakan tadarus yang berpanjangan, dan dahagakan rahmat Allah yang berpanjangan. Walahualam.

Monday, July 16, 2012

Fever center

Assalamualaikum wbt. Selamat malam. :)

Seminggu dah sejak daftar masuk Tahun 4. Macam-macam yang berlaku. Demam masih tak lega-lega lagi, bila call mak aja, macam-macam alasan bagi bila mak tanya kenapa suara lain. hehe. Maaf la mak, bukan sengaja tapi taknak mak risau aja. :)

Seminggu di A&E, yang paling banyak saya dapat buat adalah ECG. hehe. Dah terer sikit la buat ECG. Dulu orang buat kat saya, sekarang giliran saya buat dekat orang pulak.

ihsan dari En Google

Dua hari berturut-turut on-call, esoknya terus demam. huhu. Lemah betul badan ni. Dan, Jumaat malam, cuba nak ambil darah patient dekat fever center but end up with fail trial. Dua orang patients, dua-dua gagal. Sedih jugak la. Balik dengan putus harapan dan kecewa tapi still kena cuba lagi. InsyaAllah, akan buat sampai berjaya. And, practice make perfect kan. :)

Setakat ni, kerja satu dah selesai. Alhamdulillah, tadi dah present seminar, tinggal case discussion ja belum. Dan, kena penuhkan log book dengan cepat. Adusss, malasnya. Nak study pun malas sangat. Kepala macam tak betul, baca pun tak masuk. Ya Allah, cepatlah sembuh demam ini. (Erk, patut bersyukur sebab demam. Itukan tanda Allah sayang dan Dia nak uji saya. Dia nak bagi pahala lebih tu. Sakit kan kifarah dosa) 

Baiklah, dah lewat ni. Masa untuk tidur. (Sekarang ni asyik tidur awal ja tapi mak cakap tak pa, persediaan untuk bulan Ramadhan nanti.. InsyaAllah :)  )

Tuesday, July 10, 2012

Year 4, here I come

Assalamualaikum wbt.. Jumpa lagi di blog ini. Alhamdulillah, masih di beri ruang dan peluang untuk terus menulis dan bercerita dan masih diberi peluang untuk bernafas di atas bumi Allah ini. :)

Alhamdulillah, hari ini adalah hari kedua sebagai pelajar tahun 4 Fakulti Perubatan UiTM di Kampus Selayang. Sedar tak sedar, dah berjaya mengharungi 3 tahun sebagai pelajar perubatan dan insyaAllah, masih berbaki 2 tahun sebelum bergelar House Officer atau doktor pelatih. Semakin jauh melangkah, semakin banyak beban yang perlu ditanggung dan semakin banyak yang perlu dipelajari. Cabaran sebagai seorang doktor semakin berat sekarang.


Fakulti Perubatan UiTM Kampus Selayang :)

Mulakan tahun 4 dengan posting A&E (Accident & Emergency), memang tak percaya dan masih dalam denial state lagi. A&E memerlukan saya untuk banyak buat prosedur dan banyak observe procedure di A&E. huhu.. It is something that I always avoid to be done. How come a medical student afraid of doing procedure but that's me. :p

Saya juga masih tak puas berehat di rumah yang hanya seminggu saja. Huhuhu. Rasa nak balik membuak-buak sekarang ni. Hari-hari telefon mak 2, 3 kali. Homesick??!! Maybe.  :D (dah besar gajah pun nak homesick lagi :p )

 Okay, mungkin bukan homesick tapi takut untuk hadapi cabaran yang semakin besar dan berat dan juga beban yang semakin bertambah. Ataupun, takut untuk ambil Pro 2 dan Pro 3. (Awalnya aku kena exam fever) Oh yeah, I'm having fever currently. Then, I wish my mom was here to ask me to take medicine and eat properly and ask my brother to bring me to clinic, also, feed me with my favourite food. Why I'm not having this fever during one week of so call semester break? huhu. Now, I miss my mom even more. :'(


Okay, I need to stop here and continue study and then take the medication and sleep. Good night and have a nice day, dear friends. :)



my mom with my so mengada-ngada niece.. hehe.. :p

rusuk kiri



Ketika aku remaja
selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau tidak

Puas aku cuba membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.




p/s : copy and paste