Seminggu dah sejak daftar masuk Tahun 4. Macam-macam yang berlaku. Demam masih tak lega-lega lagi, bila call mak aja, macam-macam alasan bagi bila mak tanya kenapa suara lain. hehe. Maaf la mak, bukan sengaja tapi taknak mak risau aja. :)
Seminggu di A&E, yang paling banyak saya dapat buat adalah ECG. hehe. Dah terer sikit la buat ECG. Dulu orang buat kat saya, sekarang giliran saya buat dekat orang pulak.
ihsan dari En Google
Dua hari berturut-turut on-call, esoknya terus demam. huhu. Lemah betul badan ni. Dan, Jumaat malam, cuba nak ambil darah patient dekat fever center but end up with fail trial. Dua orang patients, dua-dua gagal. Sedih jugak la. Balik dengan putus harapan dan kecewa tapi still kena cuba lagi. InsyaAllah, akan buat sampai berjaya. And, practice make perfect kan. :)
Setakat ni, kerja satu dah selesai. Alhamdulillah, tadi dah present seminar, tinggal case discussion ja belum. Dan, kena penuhkan log book dengan cepat. Adusss, malasnya. Nak study pun malas sangat. Kepala macam tak betul, baca pun tak masuk. Ya Allah, cepatlah sembuh demam ini. (Erk, patut bersyukur sebab demam. Itukan tanda Allah sayang dan Dia nak uji saya. Dia nak bagi pahala lebih tu. Sakit kan kifarah dosa)
Baiklah, dah lewat ni. Masa untuk tidur. (Sekarang ni asyik tidur awal ja tapi mak cakap tak pa, persediaan untuk bulan Ramadhan nanti.. InsyaAllah :) )



1 comment:
Salam Ramadhan al-Mubarak.. Semoga cepat sembuh..
Nice blog.. jemput dtg ziarah blog saye (^_^)
Post a Comment