perjalanan seorang hamba,
mencari-cari di mana pelita hidupnya..
perjalanan seorang hamba,
mencari-cari dimana kebebasannya..
perjalanan seorang hamba,
mencari apa itu erti bahagia..
perjalanan seorang hamba,
mencari kehidupan yang abadi..
kini,
dia temui jalan yang dicari..
kini,
dia didekati yang Maha Abadi..
kini,
dia diselimuti cahaya Rabbi..
kini,
dia bahagia dengan mengenaliNya yang Maha Agung..
perjalanan seorang hamba,
ibarat perjalanan hidup kita
terkadang mencari apa erti hidup bahagia,
terkadang mencari makna setia,
terkadang tertanya-tanya dimana Dia,
terkadang mempersoal kewujudan Dia..
perjalanan seorang hamba,
Dia ada dekat di hatinya
Dia beri bahagia dibalik derita
Dia ada tiap masa
Dia yang Maha Kuasa...
syukur padaMu,
perjalanan seorang hambaMu kini bukan sia-sia..
syukur padaMu,
perjalanan seorang hamba kini temui bahagia..
perjalanan seorang hamba kini temui ketenangan yang hakiki..
perjalananku kini lebih bererti..
kerna ku tahu Kau ada dekat dihati..
~~nukilan: Nur Fazzira Ismail~~
ilham dari Dia Yang Satu :)
12:17 am (3 Ramadhan 1433/ 23 Julai 2012)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
dah lama tak melawat..bagus2..keep it up !!
wah, cikgu BI kita melawat lah..hehe.. kemana menghilang, lama sangat x menjenguk?
Post a Comment