CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 11, 2015

Dia..

Dia selalu tersenyum, ketawa dan menggembirakan orang di sekeliling. Tapi, tanda ada siapa ketahui, dialah yang menangis tika sendirian, dialah yang menangis di malam hari, dialah yang sering mengalirkan air mata dalam lena.

Dia yang semua nampak tabah dan kuat menghadapi ujian, rupanya dialah yang paling lemah. Adakalanya dia ingin berputus asa. Adakalanya dia rebah. Adakalanya dia menangis hiba kerana terlalu kecewa.

Dia yang sering menjadi tempat meluahkan rasa, tanpa ada yang sedari memerlukan seseorang untuk bercerita, meluah rasa. Dia yang sering memberikan kata-kata semangat dan dorongan, rupanya dia lebih banyak membalikkan kata-kata itu kepada dirinya. Ketika dia menyokong insan lain, rupanya dia sendiri sedang berusaha menjadi tiang tempat bergantung kepada dirinya sendiri.

Jangan dilihat senyumannya yang kelihatan bahagia, jangan dilihat luarannya yang terlihat kuat, jangan dilihat tabahnya dia berjalan harungi ujian kerana dia lebih dulu menanggung derita. Dan, mungkin, saat dia menjadi tempat kau bersandar, tika itu dia sendiri sedang mencari tempat bersandar.

Hebatnya hati dia kerana Allah. 
Teguhnya dia berdiri kerana Allah.
Tabahnya dia hadapi dugaan hidup kerana Allah.
Terukir senyum dibibirnya tika dirundung duka kerana Allah. 
Terlontar kata-kata pemberi semangat dari bibirnya kerana Allah. 
Dan, dia masih berjalan juga kerana Allah.
Kerana dia sandarkan semuanya pada Allah. Kerana telah dia serahkan hatinya dan hidupnya pada Allah. Kerana dia bergantung hanya pada Allah. Kerana dia percaya Allah berikan yang terbaik buatnya. :)

Hidup baik-baik...

Awak,
hidup baik-baik. Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman.

Awak,
semoga Allah mudahkan urusan awak. Semoga sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah. Semoga diberkati hidup. Semoga iman awak sentiasa terjaga.

Awak,
mungkin dalam takdir yang Allah tuliskan untuk awak dan saya, kita takkan pernah bertemu, tapi saya sentiasa doakan awak. Saya doakan kebahagiaan awak selalu. Di dunia dan akhirat. Semoga si dia yang menjadi sebahagian dari takdir hidup awak mencari wanita yang paling istimewa di sisi awak dan membantu awak mencari syurga Allah. Menjadi sayap kiri perjuangan awak.

Awak,
andai hari ini awak teruji, terluka, kecewa, dalam kesusahan; jangan putus asa. Jangan jauh dari Allah. Jangan tinggalkan Dia. Jangan terlalu kecewa. InshaAllah, saya akan sentiasa doakan awak semoga kehidupan awak dipermudahkan oleh Allah.

Awak,
nama awak sentiasa dalam doa saya. Kerana tiada daya saya selain dari doa. Berharap awak sentiasa bahagia dalam jagaan Allah walau saya tahu kita tak mungkin bertemu.

Awak,
sampai masanya, pasti saya akan berhenti lakukan semua ini. Tapi, sehingga detik itu, tanpa awak sedari ada insan yang sentiasa mendoakan awak. Kerana hanya pada-Nya saya serahkan segalanya.

Hidup baik-baik. Jaga diri. Jaga iman. Jaga hati. Jaga pandangan.

Tuesday, July 7, 2015

Being a doctor

I could still remember this one day, while we were looking cases prepared for bedside teaching in the afternoon. We went from one ward to another, from one cubicle to other cubicles, looking cases with good physical finding when we just enter this one cubicle. There were 4 patients in that cubicle, and one of it was a new case. Fresh case. Just admitted night before. This pakcik, the father of that patient, he was the one that approached us. "Tu kes baru. Fresh lagi. Dia tengah tidur, letih sangat. Semalam sakit tak boleh tidur." And, we were "Ooooo.. Masuk sebab apa encik?" That pakcik was just gave us the diagnosis, CRPS. When we asked what is it, before we really don't know what its stand for. Tried our best to figure it out but we just went blank. That pakcik was just saying, "Pergi lah google cari tengok. Kes tu rare. Saya pun baru tau lepas anak saya sakit. Doktor pun cakap kes ni rare. Google aja lah. Balik baca."

We were picking up our phone, trying to google it out when he continue, "Jumpa tak? Doktor sekarang ni senang aja. Semua google aja. Semua ada dalam internet. Tak payah susah-susah baca buku. Buka ja internet, google semua ada. Senang kan jadi doktor?"

I was speechless. If being a doctor is that easy, we wouldn't be here in front of you. If everything about medicine, diseases, treatment can be obtained from internet only, we don't need doctors to teach the medical students. If that was easier, i am a doctor today.

But. Its not. Its not about getting info from internet only. Its not about making diagnosis based on symptoms you read from textbooks, internet or whatever sources you have.

Please. Please. Please. Understand us. We are human being. We are not robot.

Tuesday, June 9, 2015

Manisnya ukhuwah kerana Allah. :)


Kerana manisnya sebuah persahabatan. Ukhuwah yang terbina sejak dari pertemuan pertama, tidak berakhir disitu, sebaliknya benih yang tersemai itu terus berkembang dan bercambah menjadi sepohon bunga yang mekar dan kian harum baunya. 

Tak pernah terimpi, pertemuan pertama 8 tahun dahulu akan terus terjalin hingga kini. Saat pertemuan akhir 6 tahun dahulu, sebelum masing-masing melangkah pulang ke rumah untuk terus menyambung perjuangan dalam menggenggam segulung ijazah, terfikir aku yang itu mungkin pertemuan terakhir. Hubungan akrab itu pasti akan terputus saat masing-masing bertemu rakan baru. Tapi. Ternyata jodoh itu panjang. Allah panjangkan jodoh kami hingga ke detik ini. 

Syukur. Terima kasih ya Allah. Walaupun masing-masing sibuk, ada komitmen tersendiri, tak mampu berjumpa dan bertentang mata tapi ukhuwah itu tetap ada. Tetap terjalin. Moga akan terus bercambah dan berkembang. 

Ana uhibbuki fillah hatta fil jannah abadan abada. :)


Monday, June 8, 2015

They are the fighters.

I just hate the paediatrics posting. Not because I hate kids or the environment, but because I can't bear seeing those little kids suffering from chronic diseases. Every time, when I went to wards, clerking or examining these patients, somehow, I will cry when I was home. Seeing these little kids, suffering from chronic diseases or born with a disease will hurt me. Seeing them being poke for blood taking, biopsy, dialysis, undergone every invasive procedure just to make the diagnosis and treat them was unbearable. They are so cute, adorable, pretty and clever. When they are in pain, they could still smile, allow us to examine them.

But, then, it made me realized. Allah is greater. He test us in different way. These little kids, they are being tested since they were born. Because Allah knew they are strong to face this and their parents are strong to face this too.

It made me realized that everything is in His plan. His plan is greater than us.

These kids, they had to be admitted for days, weeks or even months. There are those who's does not even know how it feel to walk or run, play football, taste the sweet of ice-cream or candy, or have fun with their friends.
There are those whose are clever but got bad result in exam as they have to keep on skip classes due to hospital admission.
They are some whose have to being home as their condition does not allow them to go out except to the hospital.
There are those whose have to take long-term medication and suffer from side effect of the medication.

But, these kids. They are strong. They are brave. They are a true fighter.

T_T

Wednesday, May 20, 2015

Pesan mak.

Dulu, 
Mak pernah pesan. 
Suatu masa nanti Allah akan panggil mak kembali. Mak takkan selalu ada. Suatu masa mak akan tinggalkan anak-anak mak.
Mak pesan. 
Jangan tinggal solat. 
Belajaq rajin-rajin. 
Kalau tak tahu nak buat keputusan, buat sembahyang istikharah, minta petunjuk dari Allah. 
Selalu doa. Doakan mak, ayah. Doakan untuk keluarga. Doakan untuk sesiapa yang tak punya keluarga tapi dah dijemput Allah.
Mak pesan. 
Jangan putus asa. 
Jangan sedih-sedih. 
Kerja elok-elok, nanti jadi doktor yang berjaya. 
Macam-macam yang mak pesan.
Tapi. 
Satu ja yang mak tak pesan. 
Macam mana nak teruskan hidup lepas mak pergi.
T_T

Kuat?

Kuat?

Aku tidak kuat. 
Kalau aku kuat, air mata ini takkan menitis.
Kalau aku kuat, kaki ini takkan lemah menampung tubuhku.
Kalau aku kuat, hati ini tidak akan merintih.
Kalau aku kuat, jiwa ini takkan memberontak.

Tapi, aku tidak kuat. 
Usah ditanya dari mana datangnya kekuatan aku.
Usah ditanya bagaimana aku mampu tersenyum di kala diuji.
Usah ditanya bagaimana aku masih mampu terus berjalan saat aku teruji.
Tapi, teruslah berdoa. 
Berdoa agar aku akan terus kuat.

Berdoa agar aku terus tersenyum walau diduga.
Berdoa agar aku masih mampu untuk terus berjalan.

Kekuatan itu datangnya dari rintihan di sepertiga malam.
Kekuatan itu datang dari doa.
Kekuatan itu datang dari jiwa seorang hamba. 
Kekuatan itu datang dari pengharapan pada-Nya.
Kekuatan itu kerana sandaran pada-Nya

Yang merintih, merayu, mengharap. Hanya pada Dia.
Yang menyerah segala pada-Nya. 
Aku lemah. 
Aku tidak kuat. 
Terus berdoa, duhai sahabat. Agar dipinjamkan kekuatan itu.

Tuesday, May 12, 2015

Allah tetap bersamamu. Bertabahlah.

Percayalah, walaupun kita diuji dengan ujian yang sama, namun rasanya tak sama. 
Sebab hati kita lain-lain. Tiada yang faham apa yang kita rasa melainkan diri kita sendiri dan Allah. 
Sabarlah. Allah ada. Sentiasa ada. Hanya Dia yang tahu apa yang kita rasa. Walaupun aku pernah lalui apa yang kau lalui hari ini, aku tahu aku tak mampu nak selami apa yang kau rasa hari ini. Tapi, ingatlah, Allah itu dekat. Allah itu ada. Allah akan bantu kita harungi semua ujian ini. 
Jangan putus asa duhai sahabat. Jangan mengeluh. Jangan berpaling dari Allah. Jangan jauh dari-Nya. 
Jadikan ujian ini sebagai asbab untuk kita lebih dekat dengan Allah bukan menjauh. Jadikan ujian ini sebagai kekuatan. 
Ingatlah, andai tiada yang mampu bersamamu mengharungi ujian ini, Allah pasti ada.  

Kerana dia juga sepertimu

Dia yang kau tengok kuat tu kadang kala rebah berguling-guling tanpa siapa pun tahu. 
Dia yang selalu ada masa kau perlukannya tu ada masanya  menangis sendirian.
Dia yang sentiasa memujukmu itu adakalanya terpaksa memujuk diri sendiri.
Dia yang selalu tersenyum dihadapan semua orang, menangis tanpa mengeluarkan suara dan air mata. 
Dia yang kau katakan tabah mengharungi ujian itu seringkali berteman sendu dimalam hari. 
Dia yang menyembunyikan rahsia hati itu, terus kuat dihadapanmu. 
Tanpa kau sedari, dia yang selalu ada untukmu itu tetap memerlukanmu tanpa kau ketahui. 

Saturday, April 4, 2015

Tersenyum melihat langit

Aku suka berjalan dalam hujan. Walaupun aku tahu esoknya pasti aku akan jatuh sakit, demam dan selsema. 
Kenapa?
Sebab aku tahu, andai aku menangis dalam hujan, tiada siapa yang tahu. 
Hujan. 
Ibarat air mata. Yang datang untuk menghilangkan duka dan kesedihan. Menghapus debu. Membasuh luka dihati. 
Dan.
Aku tahu, tiap kali hilangnya hujan, pasti Allah hadiahkan pelangi indah. Lalu aku pasti tersenyum lagi melihat langit. 

Keep moving. Even if its hard.

Your journey might be longer and tougher than others. But, please keep moving. No body knows what will be at the end of it. No body knows what will happen tomorrow.
Only Allah knows.
Believe in His plan.
The moment you want to give up, always remember what you had done yesterday that keep you moving today.
Every time you fall, always remember the hands that keep reaching you out.
Believe in yourself.
Have faith in Allah.
Keep moving.
Stay positive.

Tuesday, February 24, 2015

Tudung labuh. Is it just for ustazah?

Being call as “ustazah”, “budak baik”, “geng tudung labuh” and etc.
These what’s people call me nowadays. Deep inside, i was sad, frustrated, guilty. Why? Because people just labeled others by their appearances only.
Yes. 
I did wear tudung labuh. Not really tudung labuh actually. How should i describe it. I just wear square tudung with bidang 50.
But, since then, just because my tudung is a little bit big than others, people keep calling me ustazah and etc.
Being labeled as ustazah, geng tudung labuh, budak baik was quite akward for me the “budak jahat” type of person.
But. Since i decided to move on, to change into a better life, to start new life and hijrah, that’s what i faced. I knew. The moment i changed, my life wouldn’t be as sweet as before. I knew, this path will welcoming me with lots of hardship, with lost of sad, with lots of tears, with lots of tests. I’m well prepared for that.
I could still remember, one day when i went back to my kampung on hari raya celebration, i met my close friend that i havn’t meet for long. The first question she asked me “Hang ni p sana belajaq jadi doktor ka ustazah?” 
I was shocked. Speechless.
My aunt once told me “Pakai tudung besaq-besaq buat apa? Dah macam kain buruk aja meleret-leret.”
Someone i know, once told me “Pakai stokin dah macam orang lepas bersalin ja aku tengok. Hang ni pasai pa?”
One friend said to me, just after i started to change “Kau ni kenapa tetiba jadi baik hari ni?” One kind of “compliment” that came from someone that i won’t expect to be. His words made me flattered.
But, still, i have those that believe in me. Support me. And have faith in me. They even compliment me. They even brought tudung for me. They guide me.
This path, won’t be easy. Its full of tests. Hardship. Sometime, i do flattered. I do waver. I do want to give up. And even more, i had even think of going back to the old me.
To you. Those still struggling, please stay strong. 
To you. Those think of hijrah, do it today. 
To you. Those who had been a better Muslim, stay istiqamah. 
To you. Whatever you want to do, have faith in Allah
.
If you ever waver. If you ever doubt Allah. If you ever feel lonely. If you ever think life is over. If you ever say you have no one. If you ever have empty heart. Always know, Allah is there. He watch over us. Always and forever. He is near. He never leave us. He had a better plan for us. And, He loves us more than any other human being do.
:)

When i was young...

At one moment, i really hope that i can achieve everything that i dream of. I want my life to be an easy, fun, and hapy journey.
But. As i grew up, i realized things doesn’t go the way we hope. We might face lots of difficulties, sad, heartbroken, tearing, being tired, lazy, and etc. We might be push down to ground to the extend that we can’t even get up a bit. To the extend that we feel very tired of trying, tired of being a human.
In such a difficult days, we learn. Allah will never ever leave us. He is there. Watching over us. Sending good people to help us. He loves us. Very much that He reallu wants us to become stronger that we ever imagine by getting through these rough days. He knew what inside our heart. He knew the tears that we never shred. He knew the sorrow that we hide inside. He knew the prays that we never spoke out. He knew everything.
In those difficult days, never ever letting your iman go away. Hold it back to you. 
In those difficult days, always remember, Allah is there for you even if your love one leave you, even if your family leave you, even if your friend leave you. Because, Allah is there for you. He more than enough for you to gain back strength to face the world.
That’s what i learned. 
For all my family, my friends, my love one whose always there with me in those difficult days in my life, thank uou very much. There’s no words i can say to express how grateful i am.
Thank you very much.

Saturday, January 24, 2015

Pandangan siapa yang lebih utama?

Banyak yang berlaku dalam setahun yang lepas. 2014 bukan sesuatu yang indah untuk dikenang. Banyak pahit dari manisnya. Tapi, semua itu datang dari Allah. Pahit atau manis sebuah kehidupan itu, semuanya dari Allah. Dan, aku tetap bersyukur atas nikmat-Nya walau adakalanya aku sendiri rasa lemah dan rebah.

Mencari diriku. Mencari kemana arah hidupku. 

Adakalanya, aku lemah. Adakalanya aku rebah. Dan, adakalanya aku hampir sahaja berputus asa. Terasa lemahnya diri ini. Andai tiada iman di hati.

Betapa sukarnya untuk dilalui liku hidup ini. 

Namun, Allah masih sayang. Dikurniakan aku dengan keluarga, sahabat.

Tika diuji, kita pasti hilang arah. Merasa hidup ini tidak adil.
Ya. Itu yang aku rasakan. Saat melihat seorang sahabat ini berjaya sedangkan aku tidak, aku merasakan tidak adil. Pernah aku soalkan, kenapa aku harus disini sedangkan dia tidak. Bukankah dia juga harus berada disini.

Tapi. Aku tahu. Ada sebabnya kenapa aku disini. 

Mungkin kalau dia disini, dia tidak mampu harungi ujian ini. Atau, mungkin itu kemudahan  untuk dia dan akan ada ujian lain untuk dia. Aku tak pasti.

Tapi, di sini, aku kerap teruji. Tohmahan manusia. Kata-kata nista manusia. Umpat keji manusia. Pandangan manusia. Adakalanya aku rebah kerana semua itu.
Pandangan siapakah yang lebih utama? Pandangan Allah atau pandangan manusia?
Itu kata-kata yang sering aku ucapkan pada diri dahulu. Saat aku sering menjadi bahan umpatan, kejian dan menjadi bualan mulut manusia. Lantas, kenapa aku harus peduli apa yang orang lain katakan? Kenapa harus peduli dengan pandangna manusia? Bukankah Allah yang menilai kita? Bukankah dia juga hamba sepertiku?

Usah dipeduli kata-kata manusia. Usah dilayan pandangan manusia. Sampai bila harus kau peduli pandangan mereka? Tiba saat, mereka kan pergi. Yang kekal Allah. Dia yang setia disisi. Selamanya.

Sunday, January 18, 2015

When you want to give up, remember why you started.

Patient. They usually teach us something that we can't even get in the textbooks.
"Don't give up."
I don't know how many times I had heard this 3 words. Me, once, was holding on this 3 words whenever I faced any difficulty in my life. But, not when I first stepped into this Faculty.

I had forgot this 3 words for long. I think, its time for me to keep telling myself this 3 words again.
Don't give up.
Never in your life. Because Allah is there for you. Why should you give up when you know that someone up there is watching you every second, every minute, every hour, everyday. HE will never leave you alone. HE always there for you. Then, don't give up.

Even when life gave you thousands reason to give up, fight it back with thousands reason of not giving up.
When you want to give up remember why you started.

Saturday, January 17, 2015

Musibah. Ujian atau kafarah dosa?

Ada sahabat bertanya, "Musibah atau benda buruk yang terjadi atas sebab kita sendiri yang cari pasal, tu pun musibah juga ke? Akan ada hikmah? 
Jujur. Aku terkedu bila disoal begitu. Tak tahu jawapan apa yang harus aku berikan. Bimbang andai jawapan yang diberi adalah jawapan yang salah atau tidak sesuai dengan fitrah.
Takdir hidup kita memang telah Allah tetapkan. Tapi, kita tetap boleh berusaha untuk ubah nasib atau takdir itu. 
Itu yang sering diingatkan kepada aku. Sejak dahulu. Dengan doa, inshaAllah, kita mampu mengubah sesuatu. Kepada perkara yang lebih baik. Dan usaha juga.

Sesungguhnya, kita pasti akan dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan kita.
"Dan jika Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (sahaja), tetapi Dia menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Tapi kamu pasti akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan"- Surah an-Nahl, ayat 93
Nah. Disitu, Allah telah berfirman, yang bahawasanya Dia memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan sebaliknya. Tetapi, kita pasti akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang telah kita perlakukan.

Musibah yang dilakukan oleh tangan kita sendiri, itu adalah kerana kekejaman kita kepada diri sendiri, Sama juga seperti maksiat, dosa, perkara yang dilarang dan lain lagi. Andai apa yang kita kerjakan itu memberi musibah kepada kita, itu adalah kekejaman kita kepada diri sendiri. Allah mengurniakan manusia ini dengan akal dan nafsu. Berbanding malaikat dan haiwan yang mana Allah mengurniakan malaikat dengan akal dna haiwan dengan nafsu semata. Andai nafsu menguasai diri lebih dari akal, maka darjat kita lebih hina dari haiwan. Kita diberikan akal menilai baik buruk sesuatu. 

Namun, disetiap musibah, pasti ada rahsianya, pasti ada hikmahnya yang Allah sembunyikan untuk kita. Kerana, Allah tidak kejam. Allah tidak akan mengsia-siakan hamba-Nya. Allah sentaisa ada dengan hamba-Nya.

Tiliki diri sendiri. Renung jalan yang telah kita lalui. Pernahkah kita dilanda musibah, dan tidak menemui jalan keluar. Sekalipun pada tika itu kita derhaka pada suruhan-Nya? Pernahkah kita lalai dengan dunia, dan Allah meninggalkan kita tanpa memberi kita peluang untuk berubah? Pastinya, Dia hadir bukan seperti yang kita harapkan. Pastinya pertolongan Allah itu tidak selalunya hadir dalam gembira. Adakalanya Allah menolong kita dengan memberi kita ujian dan kesusahan. Tapi, adakah itu kerana Allah benci kita? Tidak! Sesekali tidak! Semua itu kerana Allah sayang dan cintakan kita. Dia hadirkan ujian untuk kita kembali pada-Nya, mengadu pada-Nya, berharap hanya pada-Nya dan bergantung hanya pada-Nya. Kerana adakalanya, kita terlalu asyik dengan dunia. Terlalu bergantung pada ciptaan-Nya hingga melupakan-Nya. Manusia datang dan pergi. Tetapi, Dia tetap disisi.  

Mengadulah pada-Nya.
Merintihlah kepada-Nya. 
Menangislah kepada-Nya.
Andai hilang bahu untuk bersandar, selalu ada lantai untuk bersujud. 
Dia sebaik-baik tempat mengadu.

Wednesday, January 7, 2015

DIA Pemilik Cinta...

Bila sedih, kembali pada Allah..
Bila gembira, kembali pada Allah..
Bila senang, kembali pada Allah..
Bila susah, kembali pada Allah..
Dalam apa jua keadaan, kembalilah pada Allah..
Mengadulah dgn Allah. Ceritalah segalanya pd Dia. Mohonlah pertolongan dari Dia. Cari kekuatan melalui Dia.
Dia sentiasa ada. Selalu..
Andai merasakan manusia berlaku kejam pada dirimu, ketahuilah, Allah sentiasa ada.
Andai manusia meninggalkanmu, ketahuilah, Allah tak pernah tinggalkan dirimu.
Andai manusia membencimu, ketahuilah, Allah sentiasa cinta pada dirimu.
Andai merasakan manusia tidak adil dengan dirimu, ketahuilah, Allah tempat mengadu..

Ketahuilah, Dia Pemilik Cinta. 
Dialah penguat..
Dialah kekuatan..
Dialah yang Maha Mengetahui..