CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 17, 2015

Musibah. Ujian atau kafarah dosa?

Ada sahabat bertanya, "Musibah atau benda buruk yang terjadi atas sebab kita sendiri yang cari pasal, tu pun musibah juga ke? Akan ada hikmah? 
Jujur. Aku terkedu bila disoal begitu. Tak tahu jawapan apa yang harus aku berikan. Bimbang andai jawapan yang diberi adalah jawapan yang salah atau tidak sesuai dengan fitrah.
Takdir hidup kita memang telah Allah tetapkan. Tapi, kita tetap boleh berusaha untuk ubah nasib atau takdir itu. 
Itu yang sering diingatkan kepada aku. Sejak dahulu. Dengan doa, inshaAllah, kita mampu mengubah sesuatu. Kepada perkara yang lebih baik. Dan usaha juga.

Sesungguhnya, kita pasti akan dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan kita.
"Dan jika Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (sahaja), tetapi Dia menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Tapi kamu pasti akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan"- Surah an-Nahl, ayat 93
Nah. Disitu, Allah telah berfirman, yang bahawasanya Dia memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan sebaliknya. Tetapi, kita pasti akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang telah kita perlakukan.

Musibah yang dilakukan oleh tangan kita sendiri, itu adalah kerana kekejaman kita kepada diri sendiri, Sama juga seperti maksiat, dosa, perkara yang dilarang dan lain lagi. Andai apa yang kita kerjakan itu memberi musibah kepada kita, itu adalah kekejaman kita kepada diri sendiri. Allah mengurniakan manusia ini dengan akal dan nafsu. Berbanding malaikat dan haiwan yang mana Allah mengurniakan malaikat dengan akal dna haiwan dengan nafsu semata. Andai nafsu menguasai diri lebih dari akal, maka darjat kita lebih hina dari haiwan. Kita diberikan akal menilai baik buruk sesuatu. 

Namun, disetiap musibah, pasti ada rahsianya, pasti ada hikmahnya yang Allah sembunyikan untuk kita. Kerana, Allah tidak kejam. Allah tidak akan mengsia-siakan hamba-Nya. Allah sentaisa ada dengan hamba-Nya.

Tiliki diri sendiri. Renung jalan yang telah kita lalui. Pernahkah kita dilanda musibah, dan tidak menemui jalan keluar. Sekalipun pada tika itu kita derhaka pada suruhan-Nya? Pernahkah kita lalai dengan dunia, dan Allah meninggalkan kita tanpa memberi kita peluang untuk berubah? Pastinya, Dia hadir bukan seperti yang kita harapkan. Pastinya pertolongan Allah itu tidak selalunya hadir dalam gembira. Adakalanya Allah menolong kita dengan memberi kita ujian dan kesusahan. Tapi, adakah itu kerana Allah benci kita? Tidak! Sesekali tidak! Semua itu kerana Allah sayang dan cintakan kita. Dia hadirkan ujian untuk kita kembali pada-Nya, mengadu pada-Nya, berharap hanya pada-Nya dan bergantung hanya pada-Nya. Kerana adakalanya, kita terlalu asyik dengan dunia. Terlalu bergantung pada ciptaan-Nya hingga melupakan-Nya. Manusia datang dan pergi. Tetapi, Dia tetap disisi.  

Mengadulah pada-Nya.
Merintihlah kepada-Nya. 
Menangislah kepada-Nya.
Andai hilang bahu untuk bersandar, selalu ada lantai untuk bersujud. 
Dia sebaik-baik tempat mengadu.

No comments: