CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 21, 2014

Rindu

Rindu.

Aku pernah berkata, "Peliknya rasa rindu ini."

Pada waktu tu, aku masih anak mentah yang baru ingin mengenal dunia. Aku selalu tertanya, "Kenapa mesti ada rasa rindu? Rindu tu macam mana?"
Rindu. 
Ketika kita merindu, rasa itu sukar digambarkan. Kekadang, rindu itu hadir tanpa di duga. Kekadang, kita rindu pada insan yang tak pernah kita lihat wajahnya, insan yang tidak kita kenali secara in person.

Peliknya rindu. Rindu pada insan yang jauh dan dekat.
Peliknya rindu. Rindu pada seseorang yang tidak kita kenali.

Seperti rindunya kita kepada kekasih ALLAH, Rasulullah SAW.
Rindu.
Pabila rindu itu menyapa, hanya satu yang aku lakukan. Doa.

Moga ALLAH sampaikan rasa rindu aku pada dia dan dengan rindu itu menjadi kekuatan dan kesabaran buat aku.
 Kerana rindu itu mengajar aku menjadi lebih kuat dan tabah mengharungi dugaan dan hari mendatang. 
 Rindu pada Rasulullah. Rindu yang pergi. Rindu pada dia yang menghilang. Rindu pada dia yang masih disisi. Rindu segalanya. Dan, rindu ini, moga dijadikan semangat.  :)

InsyaALLAH..

***********************************************************

Its had been 14 days, still, keep praying for their safety. May they return home safely. May they find way home.

Pray for them.

All the thought and pray go to them.
All the passengers and crews of MH370.

#PrayForMH370
#DoaUntukMH370

Please, come home. We are waiting for all of you.  :)

*********************************************************

And, Professional exam just in 22 more days. With End of Semester in 2 days time. 

Pray for me. 
May ALLAH ease everything. May i pass both the exams. 

#PrayForPRO3Exam
#LetDoTheBest

Wednesday, March 12, 2014

Kerana itu janji ALLAH.

Kadang-kadang, tengah stress buat case write up, siapkan slide seminar, tengak khusyuk study, tengah pening-pening fikir macam mana nak fahamkan apa yang dibaca, terdetik dalam hati sambil tengok jam "Eh, nak telefon mak sat la. Mak tengah buat apa eh la ni?" dan sesaat kemudian tersedar. Astaghfirullah hal azim. 

Tersedar, mak sudah tiada.

Kerana janji ALLAH sudah menetapkan dia pergi dulu sebelum kami. Semoga bertemu di syurga ALLAH. 


Janji ALLAH. Ajal itu tidak akan dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat. 

Dia, ratu hati kami semua. Dia, permata hati kami.Dia, ibu kami.Dia, guru terbaik kami dalam mengajar erti hidup.Dia, pakar motivasi terbaik kami.Dia, pendengar yang setia.Dia, doktor yang merawat 24/7.Dia, tukang masak terhebat.Dialah segalanya. Dia ibu terbaik yang diberi ALLAH untuk kami.Dialah jua sumber kekuatan kami. Insan yang membawa kami 9 bulan didalam rahimnya yang kecil itu, menyusukan kami, mengendong kami, membesarkan kami, menghantar kami ke sekolah. Dialah ratu.Dialah ibu. Mak
**************************************************************
Andai suatu hari nanti aku berjaya, kejayaan itu milik dia.Andai aku jadi insan berguna, dialah insan disebaliknya.Andai aku berharta, dialah yang memulakannya.
**************************************************************
Bukan ingin aku agungkan dirinya tetapi sekadar ingatan betapa dialah disebalik semua ini. ALLAH sebaik perancang, sebaik pelindung. ALLAH yang menjadikan apa yang terjadi. ALLAH menetapkan apa yang terjadi. Rasa kagum, rasa agung, semua kembali pada-Nya. Saat kejayaan aku capai, ALLAH yang tetapkan apa yang terjadi. Tetapi, coretanku ini sekadar ingin mencoret ingatan tentang ibuku bukan mengagungkan dia. Kerana yang selayaknya dipuji, dikagumi adalah DIA, ALLAH yang ESA. 

Tidak terlintas untuk menafikan kuasa ALLAH disetiap langkahku. Kerana ALLAH yang menjadikan dia ibuku. Pastinya ALLAH jua yang mengetahui apa yang terbaik buat aku. Dan juga seluruh keluargaku.


Tenang dan damailah wahai ibu. InsyaALLAH, doa kami, anak-anakmu sentiasa ada untukmu. 


Ameen.  :)


****************************************************************


Again. Pray for MH370. 

Semoga ALLAH selamatkan semuanya dan melindungi mereka. 
InsyaALLAH. Ameen  :)

Tuesday, March 11, 2014

Pray For MH370

Betapa ALLAH ingin menguji hamba-Nya.
Allahuakbar.

Dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370 yang membawa seramai 239 penumpang dan krew.

Bukan nak dikongsikan berita atau mencipta spekulasi.

Betapa terharunya melihat seluruh umat bersatu, berdoa, bermunajat memohon kepada satu "Semoga MH370 dijumpai dan selamat."
Ya ALLAH, betapa Kau mampu mengubah hati-hati hamba-Mu dan berkuasa menjadikan sesuatu yang tidak mampu dijangkau oleh akal manusia. 
Kehilangan ini pastinya memberi impak yang besar buat seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan seluruh dunia. Melihat kesatuan semua pihak, mampu membuatkan kita terfikir bagaimana sesuatu yang berlaku itu mampu menyatukan dunia.

Di setiap penjuru dunia, doa dipohon untuk keselamatan para penumpang dan krew MH370.

Inilah masanya kita menyatu doa, memohon kepada-Nya, kembali pada-Nya. Memohon dikembalikan apa yang disembunyikan.

Kembali kepada pencipta.

Doa. Itu penghubung kita dengan-Nya. Dan, doa itu senjata orang mukmin. Moga dengan berkat dan doa yang ikhlas dan bersungguh-sungguh mampu mengembalikan kegembiraan buat yang berduka.

InsyaAllah :)

Ameen....








Monday, March 10, 2014

Ujian buat yang bergelar insan.

Allahurabbi.

Pagi tadi, bangun nak pergi kelas. Dalam kekalutan nak pergi kelas, terdetik dihati untuk log in facebook. (Tak pernah pun log in facebook pagi-pagi sebelum pergi kelas walaupun guna handphone)

Allahurabbi.

Tersentap bila terbaca satu post daripada seorang sahabat.
"Assalamualaikum semua. Mak kepada seorang sahabat kita .......................... (nama dirahsiakan) telah kembali ke rahmatullah subuh tadi. sama2 kiter sedekahkan Al Fatihah untuk mak sahabat kiter.. semoga mak ......... (nama dirahsiakan)  ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.. Al-fatihah.. "
Hiba. Sayu. Sedih. Berbaur-baur rasa dihati.

Moga ALLAH ampunkan dosa ibunya dan tempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan soleh. Pasti ibunya bangga dikurniai anak yang soleh sepertinya. InsyaAllah. Amiinn.  :)

 Perasan aku waktu itu sukar ditafsir. Beberapa minggu yang lalu, pagi Isnin, aku dikejutkan dari tidur dengan berita "Dik 'a, Mak takdak dah." setelah 12 jam aku tinggalkan Mak dan rumah.

Penat perjalanan sebentar tadi belum hilang dengan hanya 2 jam tidur, kini dikejutkan dengan berita yang menyentap jiwa. Dengan pakaian yang sama, disambar beg baju, dicampak ke dalam kereta sebelum pulang semula ke rumah untuk bertemu Mak buat kali terakhir.

Teringat kata-kata Abang dalam perjalanan balik, saat airmata menemani perjalan sejauh 5 jam itu, "Sabaq. Kita balik nak tengok Mak. Sabaq. Mak sihat dah. Mak tunggu kita." Kata-kata yang sama Mak ucapkan kepada Abang saat Mak bawa Adik pulang ke rumah buat kali terakhir. "Pun, bangkit, tengok adik sihat dah ni. Adik balik dah." Saat itu, Adik sudah pergi tinggalkan kami semua, 21 tahun yang lalu.

Siapa yang merasai kehilangan, pastinya dia memahami rasa itu. Kerana yang telah pergi itu, tak mungkin akan kembali. Hanya doa penyambung kita yang masih hidup dengan dia yang telah pergi.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang pergi sebelum kita. InsyaAllah. Jangan putus doa dan sedekah untuk mereka. Kerana mereka menantinya di sana.

*********************************************************
Akhir kata, teruskan berdoa untuk penumpang dan krew MH370. Semoga semuanya selamat dan ALLAH lindungi semuanya. Semoga MH370 kembali dna dijumpai. InsyaAllah, ameen. :)











Thursday, March 6, 2014

This is for you, Mom. I love you.

Each days, when i was tired at the end of the day with classes, bedside teaching, running all over the wards searching for patients to be clerk for bedside teaching, waiting for procedure,  i really want to talk to someone. Some day, i pick up my phone, searching for my Mom's phone number and about to call her when i suddenly realized that she's no longer with us.

In each difficult day, i really want to talk to her. But, i knew that i can't. 

In the past 7 years being a way from home, stayed in hostel, i will called her almost everyday. Talked non-stop, telling her everything that happened on that day.

Someday, i really want to call her and talk to her saying, "Mak, susah la belajaq medic", "Mak, penatnya hari ni", "Mak, hari ni masuk OT, tengok orang bersalin", "Mak, tadi ada doktor marah", "Mak, tadi ada kelas. Doktor cakap macam ni, macam tu", "Mak, tadi cheq keluaq makan dengan kawan, nampak baju cantik. Tak beli pun. Ni rasa rugi pulak. Nanti nak p cari la", "Mak, nanti cheq nak exam. Mak doakan eh. Takutlah lah nak exam. Banyak lagi tak study." "Mak, exam tadi susah lah. Tak tau lah macam mana result nanti" and others.

When i passed the exam, she was happier more than i am. When i cried as i did fail, she's the one that said to me, "Takpa lah. Takdak rezeki. Usaha lagi. Nanti ALLAH bagi ganjaran lagi baik." 

She always smile no matter what happened to her. But, since she sick, about 1 month before she leaved us, i never see her smile anymore. I rarely can talk to her. But, she always said to me even when she was in pain, "Kakak belajaq elok-elok. Belajaq rajin-rajin. Jangan pikiaq pasai Mak. Balik kolej, belajaq. Mak takpa."

In the past 5 years, when i was decided to do Medicine, by her will, she's the one that support me. Even when i tired of study, even when i found that it difficult for me, even when i failed my exam. She never doubted me, never scolded me, never disappointed with me and never argue what i'm doing. She trusted me so much. She listened to all my complained. She always comforted me when i was down when i'm not doing well in exam.




With exam just in 3 months time, she leaved me. Because ALLAH had said so. She is my strength, she is my pillar of support, she is my motivation, she is the one that made me stand in this 5 years. She really want to see me graduating, be a doctor, treat her, and success.  



For you Mom, i really wanna you to be here now. I want to talk to you again. I want to see you again. I want to go home with the feeling of 'going home'. I want you. I want to hug you and say "Mak, cheq sayang Mak. Nanti Mak mai amik cheq bila cheq habis belajaq. Nanti Mak mai tengok cheq konvo."




p/s: With ALLAH will, i had been here. ALLAH had chose me to be here. And, surely, i am here because of ALLAH and evrything that i did because of ALLAH. My Mom, is another reason for me to keep standing in this world. And, of course because of my Dad too. 

Monday, March 3, 2014

It is rain that grows flowers, not thunder

"Raise your words, not your voice. It is rain that grows flowers, not thunder"
I don't understand the way people teach using harsh words. What would you expect from others if you raise your words to teach? It never goes into the brain. It keep others away from you.

Mak, she taught me for 24 years of how to life the live. How to undergone difficulty. How to face difficult time in life. How to manage time. And everything. But, she used nice and polite word. Never rose her voice. Never shouted at us. Never said bad words, and she even hate people saying bad words to their children.

I was not raise in a condition in which "bodoh", "idiot", "gila" is a routinely said.

But, being involved with others, this is what i got.
Why must you say that?
Why should you raise your voice?
Why you need to scold others with no solid reason?
Why you suddenly shout at people? 
I really don't understand this kind of environment. I am vulnerable currently with the losing of my Mom recently. And, i feel so sad with this environment. It made me wanted to escape and run away from this.

Please, when you talk, talk nicely. Think what others might feel if you are in their shoes. Just sit in a corner, and think for a minute. Reflect yourselves.