CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 10, 2014

Ujian buat yang bergelar insan.

Allahurabbi.

Pagi tadi, bangun nak pergi kelas. Dalam kekalutan nak pergi kelas, terdetik dihati untuk log in facebook. (Tak pernah pun log in facebook pagi-pagi sebelum pergi kelas walaupun guna handphone)

Allahurabbi.

Tersentap bila terbaca satu post daripada seorang sahabat.
"Assalamualaikum semua. Mak kepada seorang sahabat kita .......................... (nama dirahsiakan) telah kembali ke rahmatullah subuh tadisama2 kiter sedekahkan Al Fatihah untuk mak sahabat kiter.. semoga mak ......... (nama dirahsiakan)  ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.. Al-fatihah.. "
Hiba. Sayu. Sedih. Berbaur-baur rasa dihati.

Moga ALLAH ampunkan dosa ibunya dan tempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan soleh. Pasti ibunya bangga dikurniai anak yang soleh sepertinya. InsyaAllah. Amiinn.  :)

 Perasan aku waktu itu sukar ditafsir. Beberapa minggu yang lalu, pagi Isnin, aku dikejutkan dari tidur dengan berita "Dik 'a, Mak takdak dah." setelah 12 jam aku tinggalkan Mak dan rumah.

Penat perjalanan sebentar tadi belum hilang dengan hanya 2 jam tidur, kini dikejutkan dengan berita yang menyentap jiwa. Dengan pakaian yang sama, disambar beg baju, dicampak ke dalam kereta sebelum pulang semula ke rumah untuk bertemu Mak buat kali terakhir.

Teringat kata-kata Abang dalam perjalanan balik, saat airmata menemani perjalan sejauh 5 jam itu, "Sabaq. Kita balik nak tengok Mak. Sabaq. Mak sihat dah. Mak tunggu kita." Kata-kata yang sama Mak ucapkan kepada Abang saat Mak bawa Adik pulang ke rumah buat kali terakhir. "Pun, bangkit, tengok adik sihat dah ni. Adik balik dah." Saat itu, Adik sudah pergi tinggalkan kami semua, 21 tahun yang lalu.

Siapa yang merasai kehilangan, pastinya dia memahami rasa itu. Kerana yang telah pergi itu, tak mungkin akan kembali. Hanya doa penyambung kita yang masih hidup dengan dia yang telah pergi.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang pergi sebelum kita. InsyaAllah. Jangan putus doa dan sedekah untuk mereka. Kerana mereka menantinya di sana.

*********************************************************
Akhir kata, teruskan berdoa untuk penumpang dan krew MH370. Semoga semuanya selamat dan ALLAH lindungi semuanya. Semoga MH370 kembali dna dijumpai. InsyaAllah, ameen. :)











No comments: