Tersedar, mak sudah tiada.
Kerana janji ALLAH sudah menetapkan dia pergi dulu sebelum kami. Semoga bertemu di syurga ALLAH.
Janji ALLAH. Ajal itu tidak akan dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat.
Dia, ratu hati kami semua. Dia, permata hati kami.Dia, ibu kami.Dia, guru terbaik kami dalam mengajar erti hidup.Dia, pakar motivasi terbaik kami.Dia, pendengar yang setia.Dia, doktor yang merawat 24/7.Dia, tukang masak terhebat.Dialah segalanya. Dia ibu terbaik yang diberi ALLAH untuk kami.Dialah jua sumber kekuatan kami. Insan yang membawa kami 9 bulan didalam rahimnya yang kecil itu, menyusukan kami, mengendong kami, membesarkan kami, menghantar kami ke sekolah. Dialah ratu.Dialah ibu. Mak**************************************************************
Andai suatu hari nanti aku berjaya, kejayaan itu milik dia.Andai aku jadi insan berguna, dialah insan disebaliknya.Andai aku berharta, dialah yang memulakannya.**************************************************************
Bukan ingin aku agungkan dirinya tetapi sekadar ingatan betapa dialah disebalik semua ini. ALLAH sebaik perancang, sebaik pelindung. ALLAH yang menjadikan apa yang terjadi. ALLAH menetapkan apa yang terjadi. Rasa kagum, rasa agung, semua kembali pada-Nya. Saat kejayaan aku capai, ALLAH yang tetapkan apa yang terjadi. Tetapi, coretanku ini sekadar ingin mencoret ingatan tentang ibuku bukan mengagungkan dia. Kerana yang selayaknya dipuji, dikagumi adalah DIA, ALLAH yang ESA.
Tidak terlintas untuk menafikan kuasa ALLAH disetiap langkahku. Kerana ALLAH yang menjadikan dia ibuku. Pastinya ALLAH jua yang mengetahui apa yang terbaik buat aku. Dan juga seluruh keluargaku.
Tenang dan damailah wahai ibu. InsyaALLAH, doa kami, anak-anakmu sentiasa ada untukmu.
Ameen. :)
****************************************************************
Again. Pray for MH370.
Semoga ALLAH selamatkan semuanya dan melindungi mereka.
InsyaALLAH. Ameen :)


No comments:
Post a Comment