Dia selalu tersenyum, ketawa dan menggembirakan orang di sekeliling. Tapi, tanda ada siapa ketahui, dialah yang menangis tika sendirian, dialah yang menangis di malam hari, dialah yang sering mengalirkan air mata dalam lena.
Dia yang semua nampak tabah dan kuat menghadapi ujian, rupanya dialah yang paling lemah. Adakalanya dia ingin berputus asa. Adakalanya dia rebah. Adakalanya dia menangis hiba kerana terlalu kecewa.
Dia yang sering menjadi tempat meluahkan rasa, tanpa ada yang sedari memerlukan seseorang untuk bercerita, meluah rasa. Dia yang sering memberikan kata-kata semangat dan dorongan, rupanya dia lebih banyak membalikkan kata-kata itu kepada dirinya. Ketika dia menyokong insan lain, rupanya dia sendiri sedang berusaha menjadi tiang tempat bergantung kepada dirinya sendiri.
Jangan dilihat senyumannya yang kelihatan bahagia, jangan dilihat luarannya yang terlihat kuat, jangan dilihat tabahnya dia berjalan harungi ujian kerana dia lebih dulu menanggung derita. Dan, mungkin, saat dia menjadi tempat kau bersandar, tika itu dia sendiri sedang mencari tempat bersandar.
Hebatnya hati dia kerana Allah.
Teguhnya dia berdiri kerana Allah.
Tabahnya dia hadapi dugaan hidup kerana Allah.
Terukir senyum dibibirnya tika dirundung duka kerana Allah.
Terlontar kata-kata pemberi semangat dari bibirnya kerana Allah.
Dan, dia masih berjalan juga kerana Allah.
Kerana dia sandarkan semuanya pada Allah. Kerana telah dia serahkan hatinya dan hidupnya pada Allah. Kerana dia bergantung hanya pada Allah. Kerana dia percaya Allah berikan yang terbaik buatnya. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment