CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 11, 2015

Hidup baik-baik...

Awak,
hidup baik-baik. Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman.

Awak,
semoga Allah mudahkan urusan awak. Semoga sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah. Semoga diberkati hidup. Semoga iman awak sentiasa terjaga.

Awak,
mungkin dalam takdir yang Allah tuliskan untuk awak dan saya, kita takkan pernah bertemu, tapi saya sentiasa doakan awak. Saya doakan kebahagiaan awak selalu. Di dunia dan akhirat. Semoga si dia yang menjadi sebahagian dari takdir hidup awak mencari wanita yang paling istimewa di sisi awak dan membantu awak mencari syurga Allah. Menjadi sayap kiri perjuangan awak.

Awak,
andai hari ini awak teruji, terluka, kecewa, dalam kesusahan; jangan putus asa. Jangan jauh dari Allah. Jangan tinggalkan Dia. Jangan terlalu kecewa. InshaAllah, saya akan sentiasa doakan awak semoga kehidupan awak dipermudahkan oleh Allah.

Awak,
nama awak sentiasa dalam doa saya. Kerana tiada daya saya selain dari doa. Berharap awak sentiasa bahagia dalam jagaan Allah walau saya tahu kita tak mungkin bertemu.

Awak,
sampai masanya, pasti saya akan berhenti lakukan semua ini. Tapi, sehingga detik itu, tanpa awak sedari ada insan yang sentiasa mendoakan awak. Kerana hanya pada-Nya saya serahkan segalanya.

Hidup baik-baik. Jaga diri. Jaga iman. Jaga hati. Jaga pandangan.

4 comments:

EykaSakura said...

Sedihnya baca T_T

Semoga awak kuat >,<

Fazzira said...

Terima kasih.. :)

Terima kasih juga sudi singgah dan komen..

EykaSakura said...

sama sama. eh baru perasan,orang kulim gak ke? haha sy pun menetap kat sana

Fazzira said...

yup.. org kulim.. hehe.. Kat mana?