Dia yang kau tengok kuat tu kadang kala rebah
berguling-guling tanpa siapa pun tahu.
Dia yang selalu ada masa kau
perlukannya tu ada masanya menangis sendirian.
Dia yang sentiasa memujukmu itu
adakalanya terpaksa memujuk diri sendiri.
Dia yang selalu tersenyum
dihadapan semua orang, menangis tanpa mengeluarkan suara dan air mata.
Dia yang kau katakan tabah
mengharungi ujian itu seringkali berteman sendu dimalam hari.
Dia yang menyembunyikan rahsia
hati itu, terus kuat dihadapanmu.
Tanpa kau sedari, dia yang selalu ada untukmu itu tetap
memerlukanmu tanpa kau ketahui.


No comments:
Post a Comment