"Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang-Ku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka beroleh kebenaran."- Surah al-Baqarah, ayat 186Exam dalam masa seminggu. Tanpa study week, tanpa cuti dengan kelas penuh sepanjang minggu, dengan case write up, presentations saya rasa sangat stress. Sampaikan setiap kali exam, saya merasakan yang hidup ini tidak adil dan takdir saya ini terlalu susah untuk saya. *astaghfirullah hal azim* Setiap kali, saya akan menangis mengenangkan betapa susahnya untuk bergelar seorang DOKTOR dan betapa susahnya memenuhi permintaan Mak Ayah. Tapi, di setiap kali, ucapan dan kata-kata semangat dari Mak membuatkan saya tegar mengharungi dugaan ini. Setiap kali saya merasakan sukarnya hidup ini, Mak tak pernah putus-putus utuskan kata-kata semangat dan sokongan. Doa Mak setiap menemani perjalanan saya dan menemani saya ketika exam saat saya hanya ada Allah ketika itu.
Di fikiran saya, apa yang saya buat ini semata-mata kerana Allah dan semata-mata untuk berbakti kepada agama, dan masyarakat. Impian saya untuk menjadi sukarelawan menjadi azimat sangat saya dalam kekusutan mengharungi hari-hari sebelum exam.
"MERCY WAIT FOR ME"hehe.. *peace, no war*
"Apakah kamu mengatakan kamu sudah layak untuk masuk syurga sedangkan belum dtg ujian kepadamu sebagaimana kaum terdahulu dari kamu?"


No comments:
Post a Comment