CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 28, 2013

Air mata itu bukan bererti lemah..

Menangislah jika terasa tidak kuat dengan ujian. Menangislah jika kau merasakan berat beban yang perlu kau pikulkan. Menangislah andai hatimu terluka. Menangislah andai kau kecewa. 
Kerana air mata itu dicipta untuk ditangisi. 

Air mata itu di cipta untuk melegakan hati. 

Seperti mana Allah menciptakan hujan untuk menghapuskan debu-debu dan menghadirkan pelangi, jadikan air mata itu penghapus kesedihanmu. Jadikan air mata itu sumber kekuatanmu. Jadikan air mata itu senjata untuk kau melawan ujian, beban hidupmu. Dan, jadikan air mata itu batu loncatan untuk kejayaan dan kebahagiaanmu. 

Dan, teruskan kehidupan bersama-sama keringnya air mata di pipi mu. 

Benar. Saat terluka, saat kau sedih, saat kau terasa beratnya ujian, saat kau merasakan lemahnya dirimu, air mata mampu menjadi penguat semangat. Air mata mampu menjadi kekuatan. Air mata mampu menjadi penghapus duka. 

Jangan terus lemah. Jangan terus kecewa. Jangan terus berputus asa. Jangan terus jatuh dan rebah. Bersama jatuhnya air mata di pipimu. 

Tetapi, bangunlah. Teruskan berjalan. Teruskan berusaha. 

Menangis bukan kerana kita lemah. Menangis bukan kerana menyesali takdir hidup. Menangis bukan hanya kerana kau lemah. Dan, menangis bukan kerana kau mempersoalkan takdir Allah. Tapi, kerana ingin teruskan hidup. Kerana ingin mencari kekuatan. Kerana ingin meluahkan isi hati kepada Kekasih yang agung, Dia yang satu.



Gambar di ambil dari page Rusydee Artz

No comments: