CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 6, 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran

Alhamdulillah, masih diberi nikmat untuk terus bernafas dan melihat alam ciptaan ALLAH. Hari ini, alhamdulillah, genap 24 tahun usia saya. Satu angka yang besar. Satu tempoh yang cukup lama. Satu jangka masa yang panjang. 24 tahun, apakah itu sudah cukup mendewasakan saya?
Pada usia 24 tahun, apakah jasaku pada agamaku? Apakah yang mampu aku banggakan dengan diri aku? Apakah yang telah aku lakukan untuk agamaku?
Pada usia ini, saya berasa tersangat kerdil. Saat sahabat yang lain sudah mampu berkerjaya, membantu keluarga, mampu meringankan beban ibu dan ayah, saya masih di sini. Berperang dengan buku. Melihat adik menjadi salah seorang yang membantu Mak dan Ayah, sayu rasanya.
Adakalanya bila dia mesej bertanyakan cukup ke duit?
Ada ke duit makan?
Duit dah masuk ke, nak tambah ke? 
Kerdil rasanya masa itu. Tapi, insyaALLAH, tahun depan akan mampu menggalas tanggungjawab itu pula.

24 tahun. Pada usia 40 tahun, Mak mengandungkan saya, melahirkan saya. Tak terbalas jasa Mak. Tak terbalas jasa Ayah. Keduanya, sangat bermakna kehadirannya dalam kehidupan saya.

They are my strength, they are my inspiration and they are my pillar of support. 
Kerana hadirnya mereka, lahirnya saya. Kerana mereka, alhamdulillah, saya mampu ke sini. Dan, kerana mereka, dengan izin ALLAH, saya lahir, saya membesar, saya mampu melihat dunia, saya mampu belajar dan saya punyai apa yang saya miliki hari ini.
Ya ALLAH, aku bersyukur dengan hadirnya kedua-dua ibu bapaku. Aku bersyukur lahir dari keduanya. Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki. Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa mereka, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil.
Mak, seorang ibu yang sangat lembut. Dialah tulang belakang kami. Dialah guru, dialah tukang masa, dialah doktor, dialah segala-galanya. Mak, sentiasa ada untuk anak-anaknya. Mak, kasih sayangnya tak terbelah bahagi. Mak, pendorong semangat kami untuk terus belajar dan berjaya.

Ayah, dalam tegasnya, dalam garangnya, dialah yang paling mudah tersentuh. Ayah, dialah driver kami, dialah buruh, dialah manager, dialah planner, dialah segalanya. Saat kakak kahwin, Ayah yang lebih sayu. Saat kami sakit, Ayahlah yang terlebih dahulu risau dan tak senang duduk. Saat kami berjaya, dialah yang paling gembira. Seakan-akan satu dunia dia ingin canangkan kejayaan kami. Betapa bangganya Ayah dengan anak-anak. Ada kalanya, Ayah garang, kuat bebel, marah tapi jauh di sana Ayah terlalu lembut hatinya. Ayah, kerja kerasnya selama ini terbayar. Kini, Ayah mampu bangga dengan apa yang ada. Ke mana sahaja Ayah nak pergi, bukan lagi suatu yang mustahil. Apa sahaja yang Ayah inginkan, bukan lagi suatu yang mustahil. Kerana, anak-anak Ayah kini sudah besar. Sudah mampu sediakan apa yang tak mampu Ayah miliki dan inginkan dahulu. 
Kini, airmata ini pasti mengalir saat mengenang keduanya. Jika dahulu aku khilaf, jahil dalam menilai Ayah, kini aku sedar. Berdosa menjadi begitu. Dahulu, akulah yang paling kuat memberontak, kini tidak lagi. Kerana kini aku sedar, dialah Ayah, dialah hero, dialah segalanya. 


Terima kasih Mak Ayah. Tanpa Mak dan Ayah, tak mampu cheq ada kat sini. Terima kasih Mak Ayah, selama ini besaqkan cheq, sekolahkan cheq, bagi makan pakai tempat tinggal. Walau adakalanya orang cakap cheq ni anak pungut.hehe. 



No comments: