Satu demi satu ujian melanda. Satu demi satu diri ini diuji ALLAH.
Lalu, terfikir
Dosa apakah yang telah aku lakukan hingga diuji sebegini?Tetapi, kita sedar, dalam diuji itu ALLAH sebenarnya mengasihi kita.
Diturunkan ujian itu sebagai tanda kasih, sebagai peringatan buat hamba-NYA. Agar tidak terus terleka, lalai dan hanyut dalam keseronokan.
Kerana, di saat diuji, semakin dekat kita dengan ALLAH.InsyaALLAH. :)
Kerana, semakin diuji, moga semakin bertambah iman kita.
"Ya ALLAH, beri kami kekuatan. Ya ALLAH, beri kami kesabaran. Ya ALLAH, beri kami ketabahan. Dalam mengharungi ujian-MU ini. Ya ALLAH, moga kami kuat. Ya ALLAH, moga iman kami tidak kurang saat diuji. Ya ALLAH, moga kami tidak berpaling dari-MU saat ujian ini melanda. Kerana kami hamba-MU yang hina, yang sentiasa mengharap kasih-MU, yang sentiasa menagih rahmat dan kasih sayang-MU."


No comments:
Post a Comment