CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 23, 2013

Sabar itu manis dibibir tapi pahit dihati.

ALLAH.
Tak terdaya aku dengan ujian-Mu, berikanlah aku kekuatan jua kesabaran. 
Pernah alami seperti ini? 
Terasa hidup ini terlalu sukar. 
Terasa sudah tak terdaya dengan ujian ALLAH. 
Terasa berat beban yang perlu dipikul?

Sabarlah.

Ujian itu payah kerana ganjarannya terlalu mahal. Syurga ALLAH itu mahal harganya.

 Ya. Sering kali bibir mengucap kata "Sabar", "Bertabahlah", "Tetap bergantung pada-NYA dan yakin hanya pada DIA". Tapi, berapa banyak kali diri tersasar dan terlupa lalu menyalahkan takdir atas ujian? Kerana kita manusia. Perlu disedarkan. Perlu diingatkan selalu. Perlu sentiasa ditarbiah.

Bibir mudah mengucap kata sabar tetapi hati selalu lemah. Sering kali hati akan tersasar. Sering kali air mata menitis saat diri diuji. Kerana sabar di bibir mudah diucap tetapi hati terlalu sukar menerima.

Ya. Saat mendengar dan melihat sahabat ditimpa ujian, bibir mudah mengucap, "Bersabar ye. ALLAH sedang menguji awak. Tetap dengan janji DIA, jangan putus asa." Tetapi, saat diri teruji, berapa ramai yang mampu untuk kembali membalikkan kata-kata itu semula ke diri masing-masing?

Sukar bukan?
Kerana apa?
Kerana bibir lebih mudah mengucap dari hati untuk menerima.

Jadi, sahabat, ayuh. Di saat sahabatmu diuji, pegang erat tangannya, duduk disampingnya, ajak dia tetap di jalan ALLAH. Kerana saat teruji, hati ini mudah goyah. Hati ini rapuh. Hati ini lemah. Lalu, mudahlah syaitan menyusup dan meracuni diri dan akhirnya melalaikan diri. 

Ucapkan sabar padanya, dan tetaplah membimbing dia di sepanjang jalan itu. Agar, sabar, redha dan pasrah itu kembali menyusup masuk ke dalam hatinya. Agar dia kembali yakin dan percaya pada janji ALLAH. Bukan kerana dia tidak yakin, tapi manusia adakalanya terlupa dan perlu diingatkan.

Itulah erti sahabat.

Dan, terima kasih buat sahabat yang sentiasa di sisi saat diuji, saat diri ini lemah, saat ku perlukan teman bicara teman pendorong, saat ku terjatuh dan kau sedia menyambutku. Terima kasih. :)

Hanya ALLAH mampu membalas apa yang kau lakukan saat itu. Moga ALLAH redha dan moga ALLAH panjangkan persahabatan kita.  Hingga ke syurga.  :)

No comments: