"The final year exam will be the most difficult and the most unfair exam in the world."- DeanSince we first step our foot in this faculty, that what our Dean told us and he keep on repeating the same things each time we had assemble.
Last week, senior of year 5 had started their 2 weeks of Pro-exam, and yesterday, they got their result.
Bak kata, tak hilang lagi panic attack dan kena tachycardia balik. Alhamdulillah, for those yang dapat A+ dan A, you are the best among the best. Others that got PASS, still you are still the best. To those who has to struggle for another 6 months, don't give up. The time will come. You will make a good future Muslim doctor in a way you are. *its easier talk than done*
Akhirnya, 5 tahun perjuangan di Faculty of Medicine, UiTM membuahkan hasil. Seniors, you are a DOCTOR now. Setahun saja lagi masa yang membezakan saya dan rakan-rakan dengan dunia sebenar doktor.
"Tak sangka kan, dah 4 tahun dah. Tinggal setahun ja lagi nak habis belajaq. Tak lama dah. Kakak mesti boleh buat. Dari dulu yang asyik cakap tak boleh, tak boleh. Nak keluaq Medic, tengok-tengok dah tinggal setahun ja lagi. Mesti boleh. Buat bagi boleh juga. Doa banyak-banyak, buat sembahyang hajat, sembahyang isthikarah. Mak doa, semua pun doa"- MakAnd, I'm speechless.
Betul! Dulu, saya sangat-sangat lah pesimis. Yakin yang diri tak boleh pergi jauh dalam bidang Perubatan sebab tak minat, tak pandai dan susah nak belajar. Tapi, doa Mak Ayah dan keluarga, cikgu, pensyarah, dan kawan-kawan; mungkin sebab itu saya masih di sini.
Kadang kala bukan doa kita yang dimakbulkan ALLAH atas apa yang kita dapat, tapi mungkin doa orang lainInsyaAllah, dengan doa semua orang, saya akan teruskan perjuangan ini.
Sebenarnya, bukan mudah jadi pelajar Perubatan di sini. Dari tahun 1, kami dah terbiasa dengan kelas 8-5, Isnin sampai Khamis, setiap modul ada exam. Kadang-kadang, 2 bulan modul atau 2 minggu modul, exam nya tetap sama. Sejam atau 45 minit atau 30 minit untuk satu modul pembelajaran. Dan, habis ja exam, jawapan akan diberi dan kita akan tahu sama ada A*, A+, A, B, C atau gagal. Kekuatan mental sangat lah perlu. Dan keputusan sangatlah tak ada privasi. Semua orang boleh tengok Grade yang kita dapat asalkan tahu nombor matrik yang sememangnya sangatlah senang nak dapat.
Kadang-kadang, ya, exam memang tak adil.
"Mungkin awak belajar 20 topik dari satu subjek dan kawan awak belajar 1 topik dari satu subjek, tapi awak gagal sebab soalan yang keluar adalah dari satu topik yang awak tertinggal dan kawan awak lulus sebab satu topik saja yang dia baca keluar. Dan, memang kadang-kadang itu tidak adil bagi awak."- Doktor O*Peace, No War* :)


No comments:
Post a Comment