"Its not glory being a doctor"-quote of the day.Hari ni sekali lagi saya duduk dengan doktor di klinik. Kali yang keberapa pun saya tak pasti. Dah banyak sangat. Dan, hari ni, sekali lagi belajar sesuatu yang penting juga untuk pengajaran di masa akan datang.
"Kenapa nak jadi doktor?"Soalan yang biasa dengar. Dari hari pertama menjejakkan kaki ke Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam, itulah soalan pertama yang ditanya seorang senior saya.
"Korang ni ambil Medik sebab minat ke sebab memang nak jadi doktor?"Saya masa itu memang tak ada minat pun untuk ambil Perubatan. Masa tu mulalah fikir yang negatif aja.
"Kalau masuk Medic sebab minat, korang takkan berjaya!"Dulu, ya, saya tak faham kenapa tapi sekarang saya faham kenapa. Sebab jadi Doktor bukan semata-mata sebab "minat dan nak jadi Doktor" atau sebab "keluarga nak saya jadi Doktor" atau sebab "saya just go with the flow" tapi kerana perasaan kasih kepada manusia dan perasaan nak rawat orang. Its humanity and passionate towards people with intention of helping those needed. Not because of glamorous, glory, wealth, fame and status.
Semalam, duduk dengan 2 orang MO kat klinik. Specialist Clinic means you have a long list of patients waited for you outside. It is a long list. One after another will come in and out through that small door. Dalam sibuk melayan pesakit, salah sorang doktor ni baru nak breakfast. Sambil tunggu pesakit lain masuk, sempat aja makan dan hirup air sikit. Agaknya, pagi tadi tak sempat nak jamah apa-apa terus kena attend patients.
Pengalaman tengok doktor kena marah, kena maki, kena tengking dengan pesakit atau keluarga pesakit cukup banyak.
"Dah tengok kan macam mana kerja doktor. Nak jadi doktor lagi? Ingat seronok ke jadi doktor ni, kerja banyak, oncall, kena maki dengan patient lagi. Tapi you all dah year 4, dah jauh dah nak patah balik. Kalau year 1, sempat lagi."- Luahan hati seorang doktor lepas kena marah dengan pesakit.I know, its not easy to be a doctor. My brother once said, "Kerja doktor ni ingat senang ke? Kerja dengan manusia, macam-macam perangai. Kerja doktor dengan engineer nampak sama, dua-dua kena betulkan apa yang salah tapi engineer salah pasang mesin boleh undo tapi doktor salah treat patients, patients boleh mati."
Since my first year, I knew that my life won't be the same anymore. I would face so many things, different kind of people, different diseases, live a different life. But, ALLAH has put me here. HE knew why, and HE surely will guide my way out of it. What I'm suppose to do is, try hard and pray. :)
Sebagai seorang Doktor, kami berusaha untuk cuba memahami kesusahan pesakit, cuba berikan rawatan terbaik dengan izin dari-Nya, berusaha untuk menyelamatkan nyawa setiap pesakit di depan mata. Tetapi, adakalanya orang melihat Doktor sebagai kerjaya yang glamour, mewah, mudah, dan sebagainya. Tetapi berapa ramai yang tahu apa yang dilalui oleh seorang doktor atau pegawai perubatan?
We try to understand how the patients feel, how their family feel, what they expect from us but sometimes, we need to be understand too. Because we are human being too.
*Peace, no war XD *


No comments:
Post a Comment