CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 21, 2013

Bidadari




SubhanaAllah, betapa hebatnya wanita. 
"Apabila wanita itu telah melakukan Solat 5 waktu, PUASA pada bulannya, TAAT pada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepadanya ; masuklah kamu ke dalam SYURGA daripada mana-mana pintu yang kamu sukai. " (Riwayat Ibn Majah)
Lihatlah, betapa besarnya ganjaran yang ALLAH berikan kepada wanita/Muslimah. Hebatnya ALLAH, kasihnya ALLAH, sayangnya ALLAH kepada kita.

Berulang kali menonton video yang sama, saya tak pernah jemu. Ya ALLAH, betapa berharapnya saya dapat menjadi seperti wanita-wanita di dalam video itu. Betapa inginnya saya menjadi wanita yang menjadi sayap kiri perjuangan suami. Betapa saya terlalu meniginkan suami sebaik itu.

Tetapi, sebelum mendapat yang soleh, saya perlu mensolehahkan diri saya sendiri. Ya ALLAH, betapa kerdilnya saya rasakan bila membandingkan saya dengan Muslimah yang lain. Kagumnya saya dengan mereka. Cemburunya saya dengan mereka. Hebatnya mereka di mata saya. Betapa istiqamahnya mereka ini, betapa tawaduknya mereka ini, betapa sucinya hati mereka ini. Mereka adalah teman-teman yang saya lihat setiap masa tertunduk pandangannya. Setiap masa, bersih wajahnya. Setiap masa, memandang wajah mereka, terasa tenang di hati.
Ya ALLAH, betapa aku terlalu cemburukan kehebatan mereka. Solat malam mereka. Zikrullah di bibir mereka. Usrah mereka. Persaudaraan mereka. Dan, cemburunya aku pada mereka saat lihat mereka dipimpin oleh zauj yang indah akhlaknya, pastinya Imam yang tercipta buat makmumnya. Lelaki yang menjadi idaman setiap wanita bukan kerana paras rupanya, bukan kerana hartanya, bukan kerana kedudukannya tapi kerana keperibadiannya, kerana imannya, kerana akhlaknya, kerana agamanya. 
 Jujur, dalam setiap doa, ku mohon diriku terus istiqamah dalam menjadi yang solehah sebelum DIA hadirkan dia yang selayaknya. InsyaALLAH.

p/s: Sangat cemburu dengan seorang sahabat ini, dikurniakan jodoh dengan cara yang paling indah. Pertemuan dan jodoh di atur sang keluarga. Dirisik oleh kakak ipar si suami. Bertemu hanya dengan hadirnya 2 buah keluarga. Mengenali hanya melalui keluarga kedua-dua belah pihak. Akhirnya, ijab dan qabul yang memncambah rasa cinta 2 insan yang tak pernah kenal. Semoga jodoh mereka diberkati ALLAH dan berkekalan hingga ke syurga. InsyaALLAH, amiin.. :)

No comments: