CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 23, 2013

Sabar itu manis dibibir tapi pahit dihati.

ALLAH.
Tak terdaya aku dengan ujian-Mu, berikanlah aku kekuatan jua kesabaran. 
Pernah alami seperti ini? 
Terasa hidup ini terlalu sukar. 
Terasa sudah tak terdaya dengan ujian ALLAH. 
Terasa berat beban yang perlu dipikul?

Sabarlah.

Ujian itu payah kerana ganjarannya terlalu mahal. Syurga ALLAH itu mahal harganya.

 Ya. Sering kali bibir mengucap kata "Sabar", "Bertabahlah", "Tetap bergantung pada-NYA dan yakin hanya pada DIA". Tapi, berapa banyak kali diri tersasar dan terlupa lalu menyalahkan takdir atas ujian? Kerana kita manusia. Perlu disedarkan. Perlu diingatkan selalu. Perlu sentiasa ditarbiah.

Bibir mudah mengucap kata sabar tetapi hati selalu lemah. Sering kali hati akan tersasar. Sering kali air mata menitis saat diri diuji. Kerana sabar di bibir mudah diucap tetapi hati terlalu sukar menerima.

Ya. Saat mendengar dan melihat sahabat ditimpa ujian, bibir mudah mengucap, "Bersabar ye. ALLAH sedang menguji awak. Tetap dengan janji DIA, jangan putus asa." Tetapi, saat diri teruji, berapa ramai yang mampu untuk kembali membalikkan kata-kata itu semula ke diri masing-masing?

Sukar bukan?
Kerana apa?
Kerana bibir lebih mudah mengucap dari hati untuk menerima.

Jadi, sahabat, ayuh. Di saat sahabatmu diuji, pegang erat tangannya, duduk disampingnya, ajak dia tetap di jalan ALLAH. Kerana saat teruji, hati ini mudah goyah. Hati ini rapuh. Hati ini lemah. Lalu, mudahlah syaitan menyusup dan meracuni diri dan akhirnya melalaikan diri. 

Ucapkan sabar padanya, dan tetaplah membimbing dia di sepanjang jalan itu. Agar, sabar, redha dan pasrah itu kembali menyusup masuk ke dalam hatinya. Agar dia kembali yakin dan percaya pada janji ALLAH. Bukan kerana dia tidak yakin, tapi manusia adakalanya terlupa dan perlu diingatkan.

Itulah erti sahabat.

Dan, terima kasih buat sahabat yang sentiasa di sisi saat diuji, saat diri ini lemah, saat ku perlukan teman bicara teman pendorong, saat ku terjatuh dan kau sedia menyambutku. Terima kasih. :)

Hanya ALLAH mampu membalas apa yang kau lakukan saat itu. Moga ALLAH redha dan moga ALLAH panjangkan persahabatan kita.  Hingga ke syurga.  :)

Saturday, December 7, 2013

Organ donation.

To all Malaysians, do you know how bad it is our organ transplant? According to my lecturer, this year we just manage to do 2 liver transplant only. It is worse as there are lots of patients waiting for organ transplant.

Please, let us register as organ donor. Let's save other people live.

If your family member had registered as organ donor and they died, but their organ in a good shape, please Malaysians, don't stop the doctor from having their organs. That will be their last things to do as human. That might be their good deeds, to keep other alive and save life.

There are so many patients die before they get new organs. They die while waiting for heart, liver, lungs and etc.

Tuesday, December 3, 2013

Saat di uji.

Lama tak menjengah blog. Bukan kerana sibuk. Bukan kerana terlupa. Bukan kerana tiada idea untuk menulis. Tetapi kerana banyaknya ujian yang mendatang. 

Satu demi satu ujian melanda. Satu demi satu diri ini diuji ALLAH.

Lalu, terfikir
Dosa apakah yang telah aku lakukan hingga diuji sebegini?
Tetapi, kita sedar, dalam diuji itu ALLAH sebenarnya mengasihi kita.

Diturunkan ujian itu sebagai tanda kasih, sebagai peringatan buat hamba-NYA. Agar tidak terus terleka, lalai dan hanyut dalam keseronokan.
Kerana, di saat diuji, semakin dekat kita dengan ALLAH.
Kerana, semakin diuji, moga semakin bertambah iman kita. 
InsyaALLAH.  :)

"Ya ALLAH, beri kami kekuatan. Ya ALLAH, beri kami kesabaran. Ya ALLAH, beri kami ketabahan. Dalam mengharungi ujian-MU ini. Ya ALLAH, moga kami kuat. Ya ALLAH, moga iman kami tidak kurang saat diuji. Ya ALLAH, moga kami tidak berpaling dari-MU saat ujian ini melanda. Kerana kami hamba-MU yang hina, yang sentiasa mengharap kasih-MU, yang sentiasa menagih rahmat dan kasih sayang-MU." 

Monday, October 28, 2013

Air mata itu bukan bererti lemah..

Menangislah jika terasa tidak kuat dengan ujian. Menangislah jika kau merasakan berat beban yang perlu kau pikulkan. Menangislah andai hatimu terluka. Menangislah andai kau kecewa. 
Kerana air mata itu dicipta untuk ditangisi. 

Air mata itu di cipta untuk melegakan hati. 

Seperti mana Allah menciptakan hujan untuk menghapuskan debu-debu dan menghadirkan pelangi, jadikan air mata itu penghapus kesedihanmu. Jadikan air mata itu sumber kekuatanmu. Jadikan air mata itu senjata untuk kau melawan ujian, beban hidupmu. Dan, jadikan air mata itu batu loncatan untuk kejayaan dan kebahagiaanmu. 

Dan, teruskan kehidupan bersama-sama keringnya air mata di pipi mu. 

Benar. Saat terluka, saat kau sedih, saat kau terasa beratnya ujian, saat kau merasakan lemahnya dirimu, air mata mampu menjadi penguat semangat. Air mata mampu menjadi kekuatan. Air mata mampu menjadi penghapus duka. 

Jangan terus lemah. Jangan terus kecewa. Jangan terus berputus asa. Jangan terus jatuh dan rebah. Bersama jatuhnya air mata di pipimu. 

Tetapi, bangunlah. Teruskan berjalan. Teruskan berusaha. 

Menangis bukan kerana kita lemah. Menangis bukan kerana menyesali takdir hidup. Menangis bukan hanya kerana kau lemah. Dan, menangis bukan kerana kau mempersoalkan takdir Allah. Tapi, kerana ingin teruskan hidup. Kerana ingin mencari kekuatan. Kerana ingin meluahkan isi hati kepada Kekasih yang agung, Dia yang satu.



Gambar di ambil dari page Rusydee Artz

168 hari

168 days left till Pro exam.
Sekejap ja masa. 5 tahun, sekarang dah tinggal 168 hari ja lagi. Scary. Bak kata Prof tadi, "Without you even realized it, it will be your revision weeks. Let's started with this 168 days and start focus."

Yes. Definitely. 

Baru ja rasa dok countdown hari yang banyaknya 200 lebih-lebih tu. Tiba-tiba aja dah jadi 168 hari.

Perjuangan sebagai pelajar perubatan berbaki 168 hari, InsyaAllah, tapi perjuangan sebagai bakal doktor adalah seumur hidup. Itu masa depan. Itu tanggungjawab. Itu amanah.

Dan, semestinya, perjuangan sebagai hamba Allah, sebagai khalifah di bumi Allah, sebagai da'ie itu akan berterusan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

Moga Allah permudahkan semua urusan, Allah lapangkan jalan, dan Allah redhai perjuangan itu. :)
Target 3 jam belajar sehari. :) InsyaAllah. 

Tuesday, October 22, 2013

Kerana DIA sentiasa ada.

"Kenapa sombong dengan ALLAH sedangkan wujudnya kita kerana DIA."
Terasa macam ditampar dengan sangat kuat dan lepastu baru terjaga dari mengelamun. Peringatan ALLAH tu datang sekejap aja. Kadang-kadang dalam keadaan kita tak sedar pun.
 Hebatkah kita berbanding kuasa ALLAH?
Terkadang tu, tersedar diri ini banyak dosa. Lalu, terasa malu untuk meminta-minta pada ALLAH. Sedangkan kita tahu, ALLAH suka akan hamba-NYA yang meminta-minta dan berdoa. Kerana doa dan perasaan meminta-minta adalah jiwa seorang hamba.

Terlihat status yang ditulis oleh seorang sahabat, 
Tanya pada jasad, kenapa hanya lama di tempat sujud bila dalam kesusahan?Tanya pada ruh, kenapa hanya mencari Allah bila dalam kesusahan?
Tanya pada jasad, kenapa menuju dunia ketika dalam gembira?Tanya pada ruh, kenapa mencintai dunia dalam gembira?
Teman, bibirmu lancar menyebut kalam Allah bila dikau benar2 memerlukan pertolonganNYA. Tapi, bila DIA sudah mengurniakan pertolonganNYA, di manakah suaramu itu? Kitab itu kau tinggalkan ia di meja, disapa debu2 jalanan. Kau sambut pula tawaran dunia yang hanya permainan semata.
Sungguh, Allah menyukai satu amalan yang istiqamah walaupun sedikit.
Buat aku tersedar,
Apakah ALLAH hanya wujud saat kesusahan?
Apakah ALLAH hanya diperlukan saat terluka?
Apakah ALLAH hanya di ingatan saat sendirian?
Apakah al-Quran itu peneman hanya di kala kesunyian?
Apakah al-Quran itu diturunkan hanya untuk penenang hati di kala kesedihan?
Apakah airmata merintih itu hanya mengalir di saat hati terluka?
Lalu, satu persoalan muncul,
Kemana hilangnya kita saat gembira?
Kemana perginya kita saat dihadiahkan kejayaan?
Kemanakah kita melangkah saat kita dikelilingi insan yang kita sayang?
Kemanakah kita saat ALLAH gantikan semua ujian dengan kemanisan dan kebahagiaan?
Sedangkan, DIA tak pernah jauh. DIA tak pernah lupakan kita. Sedangkan DIA wujud di setiap saat.

Pintalah pada-NYA. Serulah nama-NYA. Merintihlah pada-NYA. Di setiap saat. Di setiap masa. Di waktu suka mahupun duka. Kerana DIA sentiasa ada, sentiasa tak pernah jauh, dan DIA sentiasa mendengar dan melihat. Kerana DIA, ALLAH yang mencintai hamba-NYA.

Peringatan ini buat diriku, kerana aku juga seperti itu. Lamanya sujud di sejadah saat terluka, kecewa dan mengharapkan pertolongan-NYA. Al-Quran jadi peneman hanya di saat memerlukan. Kalam ALLAH di bibir hanya apabila ujian ditimpakan. Zikrullah hanya meniti di bibir saat terasa hati ini sesak dengan masalah dunia. Nama-NYA hanya di bibir saat ketakutan.
Kejam. 
Ya, memang kejam. Mencari DIA hanya apabila memerlukan. Dilupakan saat bahagia. Lalu, DIA sering hadirkan kita dengan kelukaan, ujian, musibah dan ketakutan di saat kita sedang berbahagia. Kerana, DIA mahu kita kembali mendongak kepada-NYA, bukan terus melupakan-NYA. 


Sunday, October 20, 2013

Bukan Saja-saja

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?

~~ tetapkan iman ku ~~

*copy & paste*
Ya, bukan saja-saja ALLAH tetapkan sesuatu. Bukan saja-saja kita dicipta dan diletakkan di suatu tempat. Dan, bukan saja-saja apa yang ALLAH berikan pada kita.
Saat diuji, bukan saja-saja ALLAH uji
melainkan sebagai sebab untuk ALLAH mendidik kita menjadi kuat dan melihat dimana tahap keimanan kita.

Saat terluka,bukan saja-saja ALLAH biarkan kita berduka 
melainkan kerana DIA rindu akan suara rintihan kita 
melainkan kerana ALLAH ingin kita terus bangkit dan terus berusaha

Saat gembira,bukan saja-saja ALLAH biar kita tersenyum
melainkan untuk menggembirakan kita dan menjadikan kita hamba yang bersyukur atas nikmatnya

Saat keseorangan, bukan saja-saja ALLAH biarkan kita kesunyian
melainkan kerana ALLAH nak kita tahu DIA ada dan kita masih punya DIA saat tiada siapa di sisi
kerana DIA tak pernah jauh...