CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 27, 2013

Sayonara, seniors

"The final year exam will be the most difficult and the most unfair exam in the world."- Dean
Since we first step our foot in this faculty, that what our Dean told us and he keep on repeating the same things each time we had assemble.

Last week, senior of year 5 had started their 2 weeks of Pro-exam, and yesterday, they got their result. 

Bak kata, tak hilang lagi panic attack dan kena tachycardia balik. Alhamdulillah, for those yang dapat A+ dan A, you are the best among the best. Others that got PASS, still you are still the best. To those who has to struggle for another 6 months, don't give up. The time will come. You will make a good future Muslim doctor in a way you are. *its easier talk than done*

Akhirnya, 5 tahun perjuangan di Faculty of Medicine, UiTM membuahkan hasil. Seniors, you are a DOCTOR now. Setahun saja lagi masa yang membezakan saya dan rakan-rakan dengan dunia sebenar doktor. 
"Tak sangka kan, dah 4 tahun dah. Tinggal setahun ja lagi nak habis belajaq. Tak lama dah. Kakak mesti boleh buat. Dari dulu yang asyik cakap tak boleh, tak boleh. Nak keluaq Medic, tengok-tengok dah tinggal setahun ja lagi. Mesti boleh. Buat bagi boleh juga. Doa banyak-banyak, buat sembahyang hajat, sembahyang isthikarah. Mak doa, semua pun doa"- Mak
And, I'm speechless. 

Betul! Dulu, saya sangat-sangat lah pesimis. Yakin yang diri tak boleh pergi jauh dalam bidang Perubatan sebab tak minat, tak pandai dan susah nak belajar. Tapi, doa Mak Ayah dan keluarga, cikgu, pensyarah, dan kawan-kawan; mungkin sebab itu saya masih di sini.
Kadang kala bukan doa kita yang dimakbulkan ALLAH atas apa yang kita dapat, tapi mungkin doa orang lain
InsyaAllah, dengan doa semua orang, saya akan teruskan perjuangan ini. 

Sebenarnya, bukan mudah jadi pelajar Perubatan di sini. Dari tahun 1, kami dah terbiasa dengan kelas 8-5, Isnin sampai Khamis, setiap modul ada exam. Kadang-kadang, 2 bulan modul atau 2 minggu modul, exam nya tetap sama. Sejam atau 45 minit atau 30 minit untuk satu modul pembelajaran. Dan, habis ja exam, jawapan akan diberi dan kita akan tahu sama ada A*, A+, A, B, C atau gagal. Kekuatan mental sangat lah perlu. Dan keputusan sangatlah tak ada privasi. Semua orang boleh tengok Grade yang kita dapat asalkan tahu nombor matrik yang sememangnya sangatlah senang nak dapat.

Kadang-kadang, ya, exam memang tak adil. 
"Mungkin awak belajar 20 topik dari satu subjek dan kawan awak belajar 1 topik dari satu subjek, tapi awak gagal sebab soalan yang keluar adalah dari satu topik yang awak tertinggal dan kawan awak lulus sebab satu topik saja yang dia baca keluar. Dan, memang kadang-kadang itu tidak adil bagi awak."- Doktor O
*Peace, No War* :) 

Tuesday, April 23, 2013

Try to understand us

"Its not glory being a doctor"-quote of the day.
Hari ni sekali lagi saya duduk dengan doktor di klinik. Kali yang keberapa pun saya tak pasti. Dah banyak sangat. Dan, hari ni, sekali lagi belajar sesuatu yang penting juga untuk pengajaran di masa akan datang.
"Kenapa nak jadi doktor?"
Soalan yang biasa dengar. Dari hari pertama menjejakkan kaki ke Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam, itulah soalan pertama yang ditanya seorang senior saya.
"Korang ni ambil Medik sebab minat ke sebab memang nak jadi doktor?"
Saya masa itu memang tak ada minat pun untuk ambil Perubatan. Masa tu mulalah fikir yang negatif aja.
"Kalau masuk Medic sebab minat, korang takkan berjaya!"
Dulu, ya, saya tak faham kenapa tapi sekarang saya faham kenapa. Sebab jadi Doktor bukan semata-mata sebab "minat dan nak jadi Doktor" atau sebab "keluarga nak saya jadi Doktor" atau sebab "saya just go with the flow" tapi kerana perasaan kasih kepada manusia dan perasaan nak rawat orang. Its humanity and passionate towards people with intention of helping those needed. Not because of glamorous, glory, wealth, fame and status.

Semalam, duduk dengan 2 orang MO kat klinik. Specialist Clinic means you have a long list of patients waited for you outside. It is a long list. One after another will come in and out through that small door. Dalam sibuk melayan pesakit, salah sorang doktor ni baru nak breakfast. Sambil tunggu pesakit lain masuk, sempat aja makan dan hirup air sikit. Agaknya, pagi tadi tak sempat nak jamah apa-apa  terus kena attend patients. 

Pengalaman tengok doktor kena marah, kena maki, kena tengking dengan pesakit atau keluarga pesakit cukup banyak. 
"Dah tengok kan macam mana kerja doktor. Nak jadi doktor lagi? Ingat seronok ke jadi doktor ni, kerja banyak, oncall, kena maki dengan patient lagi. Tapi you all dah year 4, dah jauh dah nak patah balik. Kalau year 1, sempat lagi."- Luahan hati seorang doktor lepas kena marah dengan pesakit. 
I know, its not easy to be a doctor. My brother once said, "Kerja doktor ni ingat senang ke? Kerja dengan manusia, macam-macam perangai. Kerja doktor dengan engineer nampak sama, dua-dua kena betulkan apa yang salah tapi engineer salah pasang mesin boleh undo tapi doktor salah treat patients, patients boleh mati."

Since my first year, I knew that my life won't be the same anymore. I would face so many things, different kind of people, different diseases, live a different life. But, ALLAH has put me here. HE knew why, and HE surely will guide my way out of it. What I'm suppose to do is, try hard and pray. :)

Sebagai seorang Doktor, kami berusaha untuk cuba memahami kesusahan pesakit, cuba berikan rawatan terbaik dengan izin dari-Nya, berusaha untuk menyelamatkan nyawa setiap pesakit di depan mata. Tetapi, adakalanya orang melihat Doktor sebagai kerjaya yang glamour, mewah, mudah, dan sebagainya. Tetapi berapa ramai yang tahu apa yang dilalui oleh seorang doktor atau pegawai perubatan?
We try to understand how the patients feel, how their family feel, what they expect from us but sometimes, we need to be understand too. Because we are human being too. 

*Peace, no war XD *

Thursday, April 18, 2013

Passion

"If you want to be be a doctor, you should have passion in human. If not, please quit."
Mungkin agak kasar sikit ayat tu tapi itulah hakikatnya.
Quit being doctor if your have no passion towards your patients. It will make yourself in trouble and patients suffer.  
Hari ni, di klinik Dermatology, saya belajar satu perkara yang tak mungkin akan saya dapat di mana-mana kuliah. Belajar mengjadi seorang doktor yang berdedikasi kepada pesakitnya dan mengutamakan pesakit. Kata-kata nasihat daripada keluarga seorang pesakit di klinik tadi sangat menyentuh perasaan saya. Ia buat saya tersedar dari kelekaan dan apa tujuan saya jadi doktor. Adakah sebab keluarga, duit, pangkat atau sebab nak tolong orang. 
If you want to be a doctor because of money, your parents ask you to or you have no choice, you will not go anywhere. Be a doctor with the sake of humanity and to treat others. Be a good doctor. Study hard and do well in Medicine.
I'm touch with those words. He just meet me once, but he gave such a good advice to me. He has no benefit with me doing well or not, but he keep saying those words. He is a husband to a woman, a father to his children, a citizen of this country, a stranger to me but he care of others. Thank you so much uncle for giving me those advises. We may or may not meet again, but maybe one day I will attend your kids, your grandchildren or your relatives. I will do well in Medicine and I will try my best to treat all my patients with the best efforts. I will be a good doctor and a good Muslim Doctor too. :)
Its a pleasure meeting you today. It really worth for me sitting with that MO and meet you.    
Sitting with that MO, he said to us that he cannot teach us anything as he need to attend the patient attentively and he had a long list of patients. But, in fact, he did teach me a lot. He teach me how to treat patients, how to show empathy, how to care of the patients and much more. He teach me what I need. I know, there's a reason why ALLAH put me in there. Because HE wants to teach me in a way that I never thought of. 

*Peace, no war XD*

Monday, April 15, 2013

Nilai sebuah kehidupan

"Duit kalau cari sampai bila-bila pun takkan cukup. Banyak mana pun tak puas. Cari kehidupan dulu, kak long"- Pakcik Teksi
Sentap!! Itu yang saya rasakan semalam. Betul kata pakcik tu, kalau nak jadi hamba duit, cari duit sampai tak ingat dunia tapi akhirnya keluarga terabai tak guna juga. Cari kehidupan yang sebenar.
"Mak kak long risau kak long dok jauh-jauh. Ni baru Selangor, sampai stesen kereta api telefon, naik teksi telefon. Nanti kalau duduk jauh, lagi la dia risau."
Mungkin orang nampak kerjaya pemandu teksi itu sehebat kerja doktor, pensyarah, engineer, cikgu atau sebagainya. Tapi, kadang-kadang diorang lebih nampak kehidupan dari sudut yang kita tak nampak. Selama ni saya cuma terfikir untuk belajar, cari kerja, dapat duit. Kalau boleh nak gaji mahal dan kerjaya hebat. Tapi, tanpa saya sedar, sebenarnya kadang kala saya terlupa tentang sesuatu yang lebih penting. Kehidupan saya. Kehidupan yang hanya saya akan jumpa bila bersama keluarga. Dan, pakcik tu dah buka mata hati saya tentang pentingnya semua itu. Hidup bukan hanya berkisar tentang duit, kerjaya, hidup mewah, berpangkat dan memandu kereta mewah tetapi nikmat kehidupan sebenar adalah KELUARGA. 

Kadang kala, kita perlu lihat kehidupan dari sudut pandangan orang lain untuk menikmati nikmat hidup. Tak salah menilai hidup dari kaca mata seorang tukang sapu, penjual tepi jalan, pemandu, penoreh getah, petani dan sebagainya. Mungkin ada nilai lebih besar dari sudut itu setelah penat kita menilai hidup melalui pandangan seorang profesional, seorang doktor, seorang guru, seorang pansyarah, seorang ahli perniagaan dan sebagainya. Sebab kadang kala diorang melihat sesuatu yang kita tak pernah nampak dan kita memerlukan mereka untuk membuka mata hati kita tentang kehidupan. 

Bukan akal, pangkat atau darjat yang menjadi ukuran dalam memberi pandangan tetapi nilai suatu pandangan itu yang perlu diambil kira. Sama jua dengan situasi politik kini. Jangan dilihat pandangan itu dari sudut pihak mana dia berada tapi lihatlah apa yang disampaikan. Andai apa yang diucapkan itu benar dan bermanfaat, ambil sebagai pegangan walau di pihak mana pun dia berada. 

Fikirkanlah. Hidup terlalu singkat untuk dibazirkan dan dipersia-siakan. 

*Peace, no war* :)

Sunday, April 7, 2013

Hebatkah kita?

Manusia terkadang mudah terlupa. Tetapi, bila tersedar, haruslah segera tunaikan apa yang terlupa. Allah juga memaafkan hamba-Nya yang terlupa. Jadi, mengapa mesti kita sesama hamba menyalahkan satu sama lain apabila terlupa akan sesuatu? Adakah kita lebih hebat dari Dia Yang Maha Mencipta? 
Sekadar renungan di malam hari di saat kepala sudah tidak mampu berfikir dengan waras. Makanya, hati ni makin cepat tersentuh dan terasa. Need my ergotamine and go to sleep.

*Peace, No War*- its Pilihanraya mood :)

Wednesday, March 6, 2013

Dragon in the stomach :p

Exam in less than 12 hours. nervous, panic. I can feel dragon in my stomach :p 

InsyaAllah, we done study, we pray. Now, let Allah decide on everything we did.. :) He knows the best for us.


Ya Allah, nervousnya. Macam tak pernah exam pulak. Whatever it is, do the best. Allah do the rest. Put your faith in Him, and He will ease everthing. :)



p/s: All the best to all posting-mate and other batch-mate. :)

Luka yang kau cipta.

Terkadang, aku lelah dengan ujian dunia.Terkadang aku lelah dengan karenah manusia. Terkadang aku terfikir, kenapa aku yang diuji dengan masalah manusia.

Duhai teman, andai bukan aku yang kau percayai, pergilah dari sisi. Jangan sesakkan hati aku dengan kata-katamu. Jangan lelahkan aku dengan beban masalahmu. Jangan di cari aku saat suka mahu dukamu. Jangan di caci sikapku andai kau sudah jemu dengan nya. 

Duhai teman, aku lelah mengharungi arus dunia dengan beban masalahmu. Aku bukan insan yang kuat tapi lema sebaliknya. Diriku yang kau lihat kuat menghasapi dugaan ini lembut di dalam. Sekali kepercayaanku kau khianati, tak mungkin ia tumbuh kembali. Sekali kau berpaling, tak mungkin aku akan terus disisi. 

Penat.Lemah.Dugaan ini terlalu hebat.Hanya padaMu ya Allah ku mohon kekuatan.Jangan Kau biar dia terus disisi andai hadirnya hanya merobek luka di hati. 
*It is a WAR*