Assalamualaikum wbt..
Kejap aja dah seminggu..dah seminggu start posting Primary Care Medicine. Kalau posting lain, kena attach dekat wad kali ni attach dekat Klinik Kesihatan (KK). Ada dua KK which are KK Sungai Buloh dengan KK Taman Ehsan. Minggu ni saya dekat KK Sungai Buloh (KKSB). Hari pertama memang menakutkan sikit sebab ada consultation kelas. Agak menakutkan walaupun bukan saya yang kena consult patient. Sebab lecturer kot..hehe *syhhhhhh..diam-diam tau..jangan cakap dengan orang* Then, semalam saya pergi round-round sekitar KKSB tak tau nak buat apa pergi treatment room atau bilik prosidur..hehe.. Menarik la jugak..Banyak dapat buat. Dapat buat solution untuk nebuliser; untuk pesakit asma, orang selalu cakap kena sedut; that's the thing. Dapat buat wound dressing/cuci luka, dapat buat ECG/pemeriksaan jantung. Memang dapat experience jugak apa itu kerja di KK tapi ada yang tak seronoknya. Persekitarannya.KENAPA? Sebab:
1) staff dia kadang-kadang ada yang tak "welcoming us, medical student".
2) persepsi staff dekat situ tentang kerjaya Doktor yang menjarakkan hubungan keduanya. Sebab ada yang cakap kerja Doktor is clerk patient, see patient, prescribe medication only. It not as burden as their work make things feel uncomfortable. And us, the medical students are the one that they are blame off and they relief their anger.
3) Pesakit yang kadang-kadang merasakan terlalu lama menunggu dan rasa yang rawatan yang diberikan tak betul, jadi dia marah saya which is MEDICAL STUDENT ONLY. I'M NOT A DOCTOR YET!!! so, please understand kalau kitorang cakap tak tahu sebab kitorang belajar lagi sebab kitorang memang tak tahu!!
4) Sarcastic words coming from unsatisfied staffs toward Doctor.
So, kesimpulannya, semalam di treatment room saya sangat-sangat sedih. T___T Mungkin itu bukan pertaman kali saya kena marah dan bukan pertama kali saya menhadapi situasi macam tu tapi bila seharian kena marah bertubi-tubi oleh staff dan pesakit saya mula rasa yang ini tidak adil. Kenapa saya perlu di marah untuk sesuatu yang saya tak buat. Tapi, lumrah hidup. Saya terima sebagai learning process.
Oh ya, hari ini saya di FARMASI. Sangat seronok dan bergembira. Kami dilayan dengan baik dan staff dekat situ sangat baik. Diorang briefing tentang farmasi, ubat yang diberikan, tugas farmasi dan cara dispense ubat. Lepas tu kitorang dapat peluang sediakan ubat mengikut prescription Doctor. Mula-mula sangat pening. Banyak soalan dan banyak yang saya tak faham. "Kenapa kena ambil banyak ni?" "Kenapa ubat ni, bukan ubat tu?" "Kenapa patient ni bagi sikit tapi patient tadi bagi banyak?" "Apa nama ubat ni?" "Mana ubat ni, tak jumpa pun." "Apa generic name ubat ni?" dan macam-macam lagi. Tapi kakak-kakak dan abang-abang dekat situ sangat baik. Diorang tolong bila tak jumpa ubat, bila tulisan Doctor yang sangat cantik tu kitorang tak boleh baca, bila kitorang tak tahu berapa banyak yang kena bagi ubat tu, bila kitorang confuse.hehe
Yang bestnya tadi, sebab pening sangat, satu patient dua orang cari ubat. Lepas tu akak tu cakap, "Ha, tengok tu diorang bincang tak habis lagi tu." hehe..kitorang mampu gelak ja sebab tak tahu. So, banyak yang belajar daripada rajin bertanya. Bila dah tahu something tu, kitorang ponya "Oooo" tu sangat panjang samapi akak tu tegur, "Panjang betul ooo dia.." hehe.. maaf la akak, kitorang budak baru belajar.. :) but today is much more fun la.. And start cuti..yeayyyyyyyyyyyyyyyyyy!! esok balik kampung.. hoooooooreeeeeyyyyyy!!!!!
Friday, November 9, 2012
Thursday, November 1, 2012
Unfair or not?!
Assalamualaikum wbt :)
Cepat masa berlalu. Dah 10 bulan berlalu untuk tahun 2012. InsyaAllah, masih berbaki 2 bulan lagi di tahun 2012. Banyak yang berlaku sepanjang 10 bulan ini. Banyak yang berubah, banyak yang teruji, banyak airmata yang mengalir dan banyak masa terbuang dengan sia-sia. Apakah 2 bulan yang berbaki akan diguna sebaiknya atau sebaliknya.. Wallahualam..
Ceritanya, hari ni saya EXAM End Of Posting Exam for Orthopaedic Posting. Exam short case, yang mana saya diberi masa 10 minit untuk periksa pesakit dan mmemberi satu diagnosis. Exam yang bak kata Dekan kami, "the most unfair exam in the world". KENAPA??!! Sebab, soalan adalah berbeza antara satu sama lain, pesakit pastinya berbeza, pemeriksa yang berbeza dan ujian dalam bentuk lisan. Semua hanya bergantung kepada nasib dan rezeki masing-masing. Bak kata salah seorang pensyarah, "Yang lulus tu bukan sebab pandai tapi kadang-kadang sebab nasib. Nasib dia, baca satu topik dan keluar exam. Boleh jawab. Nasib awak, baca 11 topik dan tinggal satu topik saja, dan topik yang awak tak baca itu keluar. Tak boleh jawab dan fail. Itu nasib dan rezeki masing-masing."
Dan, saya agak KECEWA dengan exam hari ini. Tak pernah saya sebegitu kecewa sepanjang setahun saya di clinical year. Mungkin terlampau NERVOUS, dan terlampau memikirkan sesuatu yang complex buatkan saya terlepas pandang sesuatu yang mudah dan ringkas. Akhirnya tewas sebab kelam kabut dan gemuruh.. *i'm crying* T__T
Kini, yang saya boleh harapkan hanyalah esok. Kata mak, "Ini semua rezeki. Hari ini mungkin bukan rezeki kakak. Esok akan tentukan banyak mana kakak dah usaha dan takat mana ilmu dan usaha kakak selama ini. Esok buat elok-elok." Dan, kata-kata itu yang jadi semangat buat saya selepas puas menyalahkan diri sendiri. :'(
Doakan saya. Allah masih ingin memberi peringatan kepada saya dengan ujianNya. Allah sayangkan saya, kerana itu saya diberi ujian ini.

Tuesday, October 30, 2012
siapa pun kita, ada kisah di sebaliknya
Assalamualaikum wbt.. :)
Dah lama sangat kan tak update blog. Bukan tak ada benda nak cerita tapi tak ada masa. *busy la sangat kan?* Banyak perkara berlaku selama sebulan ni. Dan banyak jugak mengajar aku tentang hidup, Iman, Islam, hati, hubungan dengan Allah dan juga hambaNya. Ya Allah, betapa indah dan cantik aturanMu tapi terkadang tu aku yang leka.
Hidup sebagai student Medic, seorang anak, seorang adik dan kakak, dan seorang hamba Allah. Banyak yang perlu saya korbankan. Ingat lagi khutbah Hari Raya Aidiladha hari tu, Imam banyak bercakap soal pengorbanan sebagai anak, ayah dan ibu, pemimpin, rakyat, pelajar atau remaja dan pengorbanan sebagai seorang hamba Allah. Dan saya merasakan pengorbanan sebagai seorang anak, seorang rakyat, seorang pelajar dan pengorbanan sebagai seorang hamba Allah.. Betapa saya terlalu leka dengan hidup sehingga lupa tentang itu semua. Malah, adakalanya saya terlalu riak dan ujub, megah mengatakan yang "Oh, aku dah berkorban ini dan itu.." "Oh, aku dah buat semua ni..ok la tu.." "Ala, aku bukan sapa-sapa pun. Takpa la, tak payah buat semua tu..Tu kan tugas orang lain.." Sedangkan sebagai apa sekali pun pangkat kita, ada tugas dalam diri kita, ada pengorbanan yang perlu kita lakukan.. Dan khutbah hari tu banyak menginsafkan aku. Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail serta Siti Hajar. Bukan sekadar kisah pengorbanan seorang hamba, tetapi juga pengorbanan seorang anak, ayah, ibu. Betapa, tanpa pengorbanan seorang ayah, mana mungkin Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya dan begitu juga dengan Nabi Ismail..
Kisah itu, yang suatu masa dulu, saya rasakan tak lebih dari satu kisah permulaan ibadah korban rupanya terkandung banyak pengajarannya..
Exam is just around the corner.. InsyaAllah, Khamis akan start exam. Doakan saya ye.. :)
Badan masih terasa penat dengan perjalanan pulang ke kolej dari kampung. Jam yang teruk sangat meletihkan badan. Saya juga sudah rindukan mak dan si kecil Aidil dan Farish. :'( Dan, itu antara pengorbanan saya di sini. Mengorbankan kerinduan pada keluarga demi mengejar kejayaan.. InsyaAllah, ada ganjarannya. *And I'm crying inside*

Saturday, October 6, 2012
pelangi
Assalamualaikum wbt. :)
Lama kan tak jumpa. Sibuk sket sekarang ni. Tak sempat nak jenguk blog. Alhamdulillah, dah masuk bulan Oktober. Penuh dengan birthday termasuklah birthday saya pada hari ni. *sukasuka* :)
Banyak perkara yang jadi semenjak dua menjak ni..Hal kolej, rumah, belajaq, kelas, study. Macam-macam lagi sampai kadang-kadang saya rasa tak mampu nak fikir pasal semua tu. Terlalu banyak ujian dan dugaan. Alhamdulillah saya ditemukan dengan teman yang memahami dan menyokong saya. Bila saya duka, dia tak pernah lari dari meluangkan masa dengan saya. Bila-bila saja dia sudi untuk luangkan masa dengar celoteh, luahan rasa, bebelan, rungutan dan keluh kesah saya. Allah mengirimkan dia untuk saya bergantung..Allah beri saya kekuatan melalui dia yang saya panggil sahabat.
Dugaan datang bertimpa-timpa. Dalam masa seminggu banyak perkara jadi. Kata Ain, Allah nak uji tu. Dia nak saya kuat.
Mungkin dengan banyaknya dugaan yang Allah bagi, kelak saya akan jadi lebih kuat dan tabah.. insyaAllah.. Atau mungkin kerna banyaknya dosa saya maka saya diuji sebegini.
Saya harapkan ada pelangi indah selepas hujan ribut yang melanda.. Kerana saya sudah tidak mengharapkan panas yang pastikan sudah hujan di tengah jalan.
Lama kan tak jumpa. Sibuk sket sekarang ni. Tak sempat nak jenguk blog. Alhamdulillah, dah masuk bulan Oktober. Penuh dengan birthday termasuklah birthday saya pada hari ni. *sukasuka* :)
Banyak perkara yang jadi semenjak dua menjak ni..Hal kolej, rumah, belajaq, kelas, study. Macam-macam lagi sampai kadang-kadang saya rasa tak mampu nak fikir pasal semua tu. Terlalu banyak ujian dan dugaan. Alhamdulillah saya ditemukan dengan teman yang memahami dan menyokong saya. Bila saya duka, dia tak pernah lari dari meluangkan masa dengan saya. Bila-bila saja dia sudi untuk luangkan masa dengar celoteh, luahan rasa, bebelan, rungutan dan keluh kesah saya. Allah mengirimkan dia untuk saya bergantung..Allah beri saya kekuatan melalui dia yang saya panggil sahabat.
Dugaan datang bertimpa-timpa. Dalam masa seminggu banyak perkara jadi. Kata Ain, Allah nak uji tu. Dia nak saya kuat.
Mungkin dengan banyaknya dugaan yang Allah bagi, kelak saya akan jadi lebih kuat dan tabah.. insyaAllah.. Atau mungkin kerna banyaknya dosa saya maka saya diuji sebegini.
Panas tak semestinya berpanjangan, mendung tak bererti hujan dan pelangi pastikan muncul selepas hujan.
Saturday, September 22, 2012
mari belajar hidup
Life is everything about give and take. Itu yang saya belajar sejak kecil dahulu.
Mari melihat hidup dari pandangan seekor burung. Terbang tinggi di udara. Kekadang saya pernah terfikir, "Untungnya jadi burung, tak payah fikir apa-apa pasal hidup. Tak payah fikir pasal orang lain. Tak payah fikir pasal nak jaga hati orang. Tak payah nak fikir pasal kongsi apa saja dengan orang lain." Tapi, bertahun lepas tu saya mula melihat langit dan berkata, "Burung itu yang menjadikan pokok ini bercambah, hidup dan terus kekal berdiri sehingga hari ini. Kerana suatu masa dulu, burung ini pernah membantu benih ini bercambah dari sebiji benih yang dibuang dalam tong sampah kepada sebuah pokok yang gah berdiri, menjadi tempat untuk burung itu berteduh dan menjadi sumber makanan kepada burung itu." Dan, pada saat itu saya sedar, burung juga ada simbiosisnya, burung jugak ada give and take nya, dan burung juga ada perkongsiannya.
Andai burung sekecil itu mampu menyumbang kepada alam ini, sebagai manusia apakah kita cuma ingin melihat dan menerima apa sahaja yang orang berikan tetapi pada masa yang sama tidak sudi memberi? Apakah istilah faham, kongsi, menyesuaikan diri dan memberi dan menerima hanya untuk insan lain sedangkan kita hanya melihat? Bagaimana nak hidup kalau sering kali kita biarkan insan lain memahami diri kita, kita berkongsi barang orang, kita menerima tetapi tidak mahu memahami insan lain, tidak mahu orang berkongsi sesuatu milik kita dan tidak mahu memberi kepada insan lain.
Kawan, hidup ini ada simbiosisnya. Hidup ini bukan milik kita dan udara yang kita sedut ini milik semua, bumi yang kita pijak milik semua, langit yang kita junjung milik semua dan setiap dari kita ada hak ke atas rakan kita yang lain.
Memberi dan menerima tidak susah kalau kita tahu dimana hak kita dan apa tujuan kita.
p/s: sungguh, baru saya sedar saya tak boleh hidup seorang tanpa kawan. Baru kini saya sedar. Sarah, sunyi bilik ni bila ko takda.
Kata seorang guru, "Letakkan diri kamu ditempat orang lain. Bagaimana kamu ingin dilayan, sebegitu juga cara kamu melayan orang lain. Its all about give and take.Its impossible in life to just give everything but take nothing and its impossible too to just take everything and give nothing. Its all about sharing. Its all about adaptation. Its all about symbiosis. That why we live with family, partner, friends, community and mother nature.
Mari melihat hidup dari pandangan seekor burung. Terbang tinggi di udara. Kekadang saya pernah terfikir, "Untungnya jadi burung, tak payah fikir apa-apa pasal hidup. Tak payah fikir pasal orang lain. Tak payah fikir pasal nak jaga hati orang. Tak payah nak fikir pasal kongsi apa saja dengan orang lain." Tapi, bertahun lepas tu saya mula melihat langit dan berkata, "Burung itu yang menjadikan pokok ini bercambah, hidup dan terus kekal berdiri sehingga hari ini. Kerana suatu masa dulu, burung ini pernah membantu benih ini bercambah dari sebiji benih yang dibuang dalam tong sampah kepada sebuah pokok yang gah berdiri, menjadi tempat untuk burung itu berteduh dan menjadi sumber makanan kepada burung itu." Dan, pada saat itu saya sedar, burung juga ada simbiosisnya, burung jugak ada give and take nya, dan burung juga ada perkongsiannya.
Andai burung sekecil itu mampu menyumbang kepada alam ini, sebagai manusia apakah kita cuma ingin melihat dan menerima apa sahaja yang orang berikan tetapi pada masa yang sama tidak sudi memberi? Apakah istilah faham, kongsi, menyesuaikan diri dan memberi dan menerima hanya untuk insan lain sedangkan kita hanya melihat? Bagaimana nak hidup kalau sering kali kita biarkan insan lain memahami diri kita, kita berkongsi barang orang, kita menerima tetapi tidak mahu memahami insan lain, tidak mahu orang berkongsi sesuatu milik kita dan tidak mahu memberi kepada insan lain.
Kawan, hidup ini ada simbiosisnya. Hidup ini bukan milik kita dan udara yang kita sedut ini milik semua, bumi yang kita pijak milik semua, langit yang kita junjung milik semua dan setiap dari kita ada hak ke atas rakan kita yang lain.
Hak seorang sahabat:Tetapi andai simbiosis itu diganggu, pastinya akan ada yang terluka, kecewa, sedih, marah dan bermasam muka hingga terjadi pergaduhan yang bilamana dibiarkan berlarutan akan memutuskan persahabatan.
1) memberi salam apabila bertemu
2)menziarahi ketika sakit
3) mendoakan ketika bersin
4) menziarah
5) saling menolong dikala susah
6) meraikan sahabat
7) memenuhi undangan
8) menjaga aibnya
9) berbakti kepada keluarganya
Memberi dan menerima tidak susah kalau kita tahu dimana hak kita dan apa tujuan kita.
Pesan seorang sahabat, "Hidup ini terlalu singkat untuk disiakan dan sahabat yang baik sangat sukar dicari. Hargai selagi mana dia masih ada sebelum nikmat itu ditarik semula."
p/s: sungguh, baru saya sedar saya tak boleh hidup seorang tanpa kawan. Baru kini saya sedar. Sarah, sunyi bilik ni bila ko takda.
Wednesday, September 19, 2012
comel-comel belaka
Assalamualaikum wbt.. :)
Hye, nice to see you again..
4 hari cuti Hari Malaysia memang best. Awat yang best sangat? Sebab orang lain cuti 3 hari, saya cuti sampai 4 hari sebab hari Jumaat tak dak kelas so malam Jumaat tu dah lari balik rumah. How I miss my family.
Seronokkkkkkkkkkkkkk!!!
Jalan-jalan cari pasal tengah malam. Dalam letih-letih, penat, mengantuk dan lagi saya ajak Abang Safry dengan Abang Pun jalan-jalan p Penang. Pukul 10 malam baru keluaq rumah, al-kisahnya pukul 2.30 pagi la baru balik. Jalan-jalan naik feri p Penang, lepak sat kat Gurney lepas tu jalan-jalan p Padang Kota. Malam kat Penang best. Kena angin laut malam.. hehe..
Budak baru lega demam campak pun boleh berjalan malam tu, hehe,seronok betul dia. Mak bagi green light boleh keluaq, esok lusa panjang la langkah dia.
Selingan jap eh.Tadi jalan-jalan dekat facebook, nampak kawan saya post pasal cover Samsung Galaxy Note. Comel-comel belaka :)) Craving for Galaxy Note's Case. XD
Ni ada lagi. Comel sangat-sangat. Banyak yang comel tapi yang ni paling saya suka. Kenapa? *jeng, jeng, jeng*
Sebab that girl is wearing glasses and I love it. *a reflection of me kot..haha*
Ni link dia kalau nak beli..
http://www.iphonecase.com.my/apple-iphone-4-case-cover-malaysia-singapore-Korea-Happymori-Book-Cover-Case-for-Samsung-Galaxy-Note-i9220-GTN700--The-Girl_104_9493
erm, ada tak yang nak belikan untuk saya??? @__@

Wednesday, September 12, 2012
kepala lutut hang
Assalamualaikum wbt.. :)
Finally, its new posting. Welcome to Orthopaedic, world of bones. XD Its when you talk about bone, ligaments, blood supply, nerves, patella *kepala lutut*, fracture, osteoporosis, and everything about bones.
When you learned Orthopaedic, only then you will realize how important is your patella or so call kepala lutut. :p Kalau kat Kedah atau kawasan Utara, perkataan "kepala lutut hang" tu biasa dengar bila marah orang ataupun yang menyakitkan hati. Dulu saya selalu tertanya-tanya kenapa orang selalu cakap macam tu. Yelah, kat mana kepala lutut ni? Kenapa bila nak maki orang cakap macam tu? Tak penting sangat ke kepala lutut ni ataupun kepala lutut ni satu benda yang tak baik? Tapi bila belajar dan belajar dan belajar lagi, baru saya sedar kepala lutut ni penting tau. Kenapa? Sebab:
1) Kepala lutut yang menggerakkan lutut dan membantu kita membengkokkan kaki.
2) Membantu kita untuk naik dan turun tangga.
3) Membantu mengimbang badan semasa kita membengkokkan kaki.
So, kalau tak da patella, macam mana kita nak solat, jalan, panjat tangga, lari, propose marriage *for guys only*. hehe XD

Subscribe to:
Posts (Atom)