CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 30, 2012

siapa pun kita, ada kisah di sebaliknya

Assalamualaikum wbt..  :)

Dah lama sangat kan tak update blog. Bukan tak ada benda nak cerita tapi tak ada masa. *busy la sangat kan?* Banyak perkara berlaku selama sebulan ni. Dan banyak jugak mengajar aku tentang hidup, Iman, Islam, hati, hubungan dengan Allah dan juga hambaNya. Ya Allah, betapa indah dan cantik aturanMu tapi terkadang tu aku yang leka.

Hidup sebagai student Medic, seorang anak, seorang adik dan kakak, dan seorang hamba Allah. Banyak yang perlu saya korbankan. Ingat lagi khutbah Hari Raya Aidiladha hari tu, Imam banyak bercakap soal pengorbanan sebagai anak, ayah dan ibu, pemimpin, rakyat, pelajar atau remaja dan pengorbanan sebagai seorang hamba Allah. Dan saya merasakan pengorbanan sebagai seorang anak, seorang rakyat, seorang pelajar dan pengorbanan sebagai seorang hamba Allah.. Betapa saya terlalu leka dengan hidup sehingga lupa tentang itu semua. Malah, adakalanya saya terlalu riak dan ujub, megah mengatakan yang "Oh, aku dah berkorban ini dan itu.." "Oh, aku dah buat semua ni..ok la tu.." "Ala, aku bukan sapa-sapa pun. Takpa la, tak payah buat semua tu..Tu kan tugas orang lain.." Sedangkan sebagai apa sekali pun pangkat kita, ada tugas dalam diri kita, ada pengorbanan yang perlu kita lakukan.. Dan khutbah hari tu banyak menginsafkan aku. Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail serta Siti Hajar. Bukan sekadar kisah pengorbanan seorang hamba, tetapi juga pengorbanan seorang anak, ayah, ibu. Betapa, tanpa pengorbanan seorang ayah, mana mungkin Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya dan begitu juga dengan Nabi Ismail..

Kisah itu, yang suatu masa dulu, saya rasakan tak lebih dari satu kisah permulaan ibadah korban rupanya terkandung banyak pengajarannya..

Exam is just around the corner.. InsyaAllah, Khamis akan start exam. Doakan saya ye.. :)

Badan masih terasa penat dengan perjalanan pulang ke kolej dari kampung. Jam yang teruk sangat meletihkan badan. Saya juga sudah rindukan mak dan si kecil Aidil dan Farish. :'( Dan, itu antara pengorbanan saya di sini. Mengorbankan kerinduan pada keluarga demi mengejar kejayaan.. InsyaAllah, ada ganjarannya. *And I'm crying inside*

No comments: