Lama kan tak jumpa. Sibuk sket sekarang ni. Tak sempat nak jenguk blog. Alhamdulillah, dah masuk bulan Oktober. Penuh dengan birthday termasuklah birthday saya pada hari ni. *sukasuka* :)
Banyak perkara yang jadi semenjak dua menjak ni..Hal kolej, rumah, belajaq, kelas, study. Macam-macam lagi sampai kadang-kadang saya rasa tak mampu nak fikir pasal semua tu. Terlalu banyak ujian dan dugaan. Alhamdulillah saya ditemukan dengan teman yang memahami dan menyokong saya. Bila saya duka, dia tak pernah lari dari meluangkan masa dengan saya. Bila-bila saja dia sudi untuk luangkan masa dengar celoteh, luahan rasa, bebelan, rungutan dan keluh kesah saya. Allah mengirimkan dia untuk saya bergantung..Allah beri saya kekuatan melalui dia yang saya panggil sahabat.
Dugaan datang bertimpa-timpa. Dalam masa seminggu banyak perkara jadi. Kata Ain, Allah nak uji tu. Dia nak saya kuat.
Mungkin dengan banyaknya dugaan yang Allah bagi, kelak saya akan jadi lebih kuat dan tabah.. insyaAllah.. Atau mungkin kerna banyaknya dosa saya maka saya diuji sebegini.
Panas tak semestinya berpanjangan, mendung tak bererti hujan dan pelangi pastikan muncul selepas hujan.


No comments:
Post a Comment