CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 22, 2012

mari belajar hidup

Life is everything about give and take. Itu yang saya belajar sejak kecil dahulu.
Kata seorang guru, "Letakkan diri kamu ditempat orang lain. Bagaimana kamu ingin dilayan, sebegitu juga cara kamu melayan orang lain. Its all about give and take.
Its impossible in life to just give everything but take nothing and its impossible too to just take everything and give nothing. Its all about sharing. Its all about adaptation. Its all about symbiosis. That why we live with family, partner, friends, community and mother nature.

Mari melihat hidup dari pandangan seekor burung. Terbang tinggi di udara. Kekadang saya pernah terfikir, "Untungnya jadi burung, tak payah fikir apa-apa pasal hidup. Tak payah fikir pasal orang lain. Tak payah fikir pasal nak jaga hati orang. Tak payah nak fikir pasal kongsi apa saja dengan orang lain." Tapi, bertahun lepas tu saya mula melihat langit dan berkata, "Burung itu yang menjadikan pokok ini bercambah, hidup dan terus kekal berdiri sehingga hari ini. Kerana suatu masa dulu, burung ini pernah membantu benih ini bercambah dari sebiji benih yang dibuang dalam tong sampah kepada sebuah pokok yang gah berdiri, menjadi tempat untuk burung itu berteduh dan menjadi sumber makanan kepada burung itu." Dan, pada saat itu saya sedar, burung juga ada simbiosisnya, burung jugak ada give and take nya, dan burung juga ada perkongsiannya.



Andai burung sekecil itu mampu menyumbang kepada alam ini, sebagai manusia apakah kita cuma ingin melihat dan menerima apa sahaja yang orang berikan tetapi pada masa yang sama tidak sudi memberi? Apakah istilah faham, kongsi, menyesuaikan diri dan memberi dan menerima hanya untuk insan lain sedangkan kita hanya melihat? Bagaimana nak hidup kalau sering kali kita biarkan insan lain memahami diri kita, kita berkongsi barang orang, kita menerima tetapi tidak mahu memahami insan lain, tidak mahu orang berkongsi sesuatu milik kita dan tidak mahu memberi kepada insan lain.

Kawan, hidup ini ada simbiosisnya. Hidup ini bukan milik kita dan udara yang kita sedut ini milik semua, bumi yang kita pijak milik semua, langit yang kita junjung milik semua dan setiap dari kita ada hak ke atas rakan kita yang lain.
Hak seorang sahabat:
1) memberi salam apabila bertemu
2)menziarahi ketika sakit
3) mendoakan ketika bersin
4) menziarah
5) saling menolong dikala susah
6) meraikan sahabat
7) memenuhi undangan
8) menjaga aibnya
9) berbakti kepada keluarganya
Tetapi andai simbiosis itu diganggu, pastinya akan ada yang terluka, kecewa, sedih, marah dan bermasam muka hingga terjadi pergaduhan yang bilamana dibiarkan berlarutan akan memutuskan persahabatan.

Memberi dan menerima tidak susah kalau kita tahu dimana hak kita dan apa tujuan kita.
Pesan seorang sahabat, "Hidup ini terlalu singkat untuk disiakan dan sahabat yang baik sangat sukar dicari. Hargai selagi mana dia masih ada sebelum nikmat itu ditarik semula." 

p/s: sungguh, baru saya sedar saya tak boleh hidup seorang tanpa kawan. Baru kini saya sedar. Sarah, sunyi bilik ni bila ko takda. 

No comments: