Jumpa lagi ye.. hehe
Okay, hari ini saya nak cerita pasal PHPM. InsyaAllah, jumaat ni saya akan exam PHPM, which is OSPE SPSS. huhuhu. Sedih saya. Dah la banyak kelas escape (ni semua sebab demam campak la) lepas tu exam SPSS yang saya tak tahu apa-apa pulak tu. So, conclusionnya, seminggu ni di habiskan dengan practice SPSS tapi still banyak yang tak tahu. Tak paham pun iya jugak. Yelah, nombor sana, nombor sini, tekan sana, tekan sini, compute la, transform la (dah macam transformer pulak dah).
Percaya tak, buku "Statistics Made Easy" yang tak pernah disentuh dan teringin untuk dibuka selama ni dah separuh saya khatam. hehe. (nampak sangat study untuk exam ja. mana la nak lulus macam ni.. *erk, mintak simpang la* ) Kepala pun dah pening ni. Asal habis ja buat SPSS, tido ja kejanya. Tido pulak macam orang keja buruh tu. Letih sangat padahal dok depan lappy ja. hehe :D
Dan, sekarang ni saya masih lagi pening dengan SPSS ni. huhhhh.. saya memang ada isu la dengan SPSS ni, tak boleh nak bersatu pun..keh3
okay la, nak sambung merepek dengan SPSS tersayang ni. Semoga dia baik-baik dengan saya. Oh ya, doakan kejayaan saya dan rakan-rakan yang lain yang akan exam esok dan jugak lusa. Doakan kejayaan kami, insyaAllah, bakal-bakal doktor Muslim. Ameen :)


No comments:
Post a Comment