CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 25, 2012

Kek yang mana menjadi pilihanmu?

Assalamualaikum wbt

Hai, jumpa lagi ye :)) Sahabat semua sihat? 

Hari ini saya nak bercakap soal jodoh.. hehe Kenapa jodoh? Sebab sekarang ni musim kawan-kawan saya kahwin.  :D Baraka Allahu lakuma ya sahabat. Semoga jodohmu kekal ke syurga :)

Saya suka analogikan jodoh dengan kek. Kenapa kek? Sebab saya suka makan kek. Hehe. Boleh tak kalau saya bagi alasan tu?

Jadi, cuba bayangkan kek itu sebagai calon jodoh kita, dan kita adalah orang yang ingin membelinya. Kek yang kita nak nikmati, mestilah bentuknya cantik, hiasannya menarik, rasanya enak dan menepati citarasa kita. Betul tak? :D Jadi, kita akan berusaha mencarinya dan mencari dan mencari sehingga kita jumpa kek yang sesuai. Macam saya, saya suka kek coklat yang tak manis sangat dan ada pahitnya juga. Dan bila saya cari kek, saya nak cari yang hiasannya menarik. Satu kepuasan bagi saya kalau saya dapat makan kek yang enak dan menepati apa yang saya cari.


ihsan dari En Google :)

Sebagai pemburu kek, kita akan mencari kek yang kita inginkan di serata kedai. Berpuluh-puluh kedai kita masuk, kita google untuk cari kedai yang menyediakan kek yang sedap, kita tanya kawan-kawan kita kek yang mana yang sedap dan menarik dan harganya berpatutan. Tapi, di sebalik kita mencari kek yang kita nak itu, mestilah kek yang kita cari tu kek yang dijaga dan lain dari yang lain kan. Disimpan ditempat yang elok, bulan menjadi hiasan di mata orang dan bukan juga sesuka hati boleh dirasa oleh orang lain. Itulah analoginya jodoh. Kita akan mencari jodoh yang baik, yang terpelihara, yang di jaga dan menjaga diri. Kita mencari jodoh yang lain dari yang biasa. Bukankah begitu?

Akhirnya, setelah kita temui kedai yang tepat dan kek yang sesuai, mestilah kita nak tau segalanya tentang kek itu. Apa isinya, apa perisanya, dan berapa harganya. Dan, pada siapa kita tanyakan semua itu? Pastilah pada pemilik kedai itu. Dalam kehidupan, untuk mengenali jodoh kita, kita haruslah bertanya pada yang tahu. Kita akan merisik peribadinya, tapi dari siapa? Dari teman-temannya (teman seusrahnya bukan teman lepaknya), dari keluarganya, dan dari pensyarah yang mengenalinya (jika mencari jodoh dari kalangan teman sekuliah). Pasti, jawapan yangdikehendaki adalah jawapan yang diingini. Betulkan begitu?

Setelah dirisik, di pilih dan di selidiki, maka berlakulah jual beli; ijab dan kabul. Setelah itu, kita akan membawa kek itu bersama kita dan kita akan pegangnya dengan sepenuh hati,menjaganya ibarat menatang minyak yang penuh. Dan, kita akan membelahnya, melihat apa isinya, mengenal segala isinya, dan menerima apa sahaja yang dihidangkan dari kek itu. Kerna ia kini milik kita dan kita harus terima ia. Andai dianalogikan dalam kehidupan, itulah dia proses kita mengenali jodoh kita. Hanya setelah kita mengahwininya kerana di situlah manisnya dan indahnya rasa sebuah perkahwinan. (jangan tertipu ye, saya masih belum berkahwin, ini hanya pendapat semata.. :D ) Setelah itu, sebuah perkahwinan akan kita nikmati, ibarat merasa kek. Ada manisnya, pahitnya, masinnya tapi semua itu kita akan rasai dan kita akan telan jua. Kerana kita yang memilihnya, jadi kenapa harus menolaknya saat ia sudah di depan mata.

Begitu banyak pasangan kini, berkahwin dan bercerai. Alasannya, tidak serasi, dia bukan pilihan saya, dia kaki pukul, dia tak mampu bahagiakan saya. Kenapa soal itu timbul selepas berkahwin? Bukankah anda telah melalui tempoh bertunang untuk mengenali si dia? Ramai pula berpendapat, sudah bertunang, dah terlambat kalau nak putuskan. Mengapa tidak? Bertunang adalah tempoh masa mengenali si dia dan mencari keserasian. Andai bukan pilihanmu, mengapa teruskan jika ia membawa derita?

Ini sekadar pendapat, bukan ditujukan untuk sesiapa. Kerna diri ini masih belum merasainya. :))

Peace, jangan marah ye. :D

p/s: bercakap pandai, kena kat batang hidung sendiri baru tau nanti..hehe :)

Thursday, June 21, 2012

kau pergi jua

Assalamualaikum wbt. Sahabat semua sihat? :)

Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang untuk terus bernafas di atas bumi Allah yang cantik ini. :) Pernah dengar "Kenapa Allah mengizinkan aku terus hidup pada hari ini? Kerana Allah ingin memberi peluang kepada aku untuk terus bertaubat atas dosa-dosa lalu." Nice words kan? (Sapa setuju sila angkat tangan..hehe :D )

Hari ini saya ingin bercakap soal kehilangan.

Ada tak antara sahabat yang pernah kehilangan seseorang yang dia sayang dalam hidup ini? Mari kongsi siapakah insan itu, bagaimana sahabat semua terima suratan itu dan apa yang sahabat semua buat untuk pulih dari keadaan itu.

Jujur saya katakan, sudah 20 tahun saya tidak mengalami perasaan itu. Ya, satu masa dahulu saya pernah alaminya. Kehilangan adik yang baru Allah berikan peluang bersama kami selama 3 bulan sahaja. Tapi, saya tahu, itu sudah cukup bermakna buat mak dan ayah. Walaupun terkilan kerana anak yang dikandung selam 9 bulan 10 hari pergi terlebih dahulu,sedih, tapi mak tetap redha. Dan Allah gantikan dengan kehadiran seorang lagi anak selepas itu, iaitu adik bongsu saya. (Saya memang ada sorang adik saja, so, boleh guna perkataan adik bongsu ke?hehe )
Congenital Heart Disease atau lebih dikenali sebagai sakit jantung berlubang. Itulah alasan kepada kematian dia. Takdir Allah dia akan pergi, penyakit itu hanyalah satu cara bukan penyebab. Mungkin, kalau dia tak sakit jantung, dia tetap pergi kerana takdir Allah menetapkan begitu. 
Kesedihan, kemurungan, kemarahan, penafian, penyesalan,  penderitaan dan berbagai lagi perasaan timbul hasil daripada kehilangan insan yang kita kasih. Kadang kala, kita juga akan menyalahkan orang lain atas kesilapan yang tak mereka lakukan, hanyalah untuk menutup rasa marah, sedih dan keliru kita. Ada juga yang berbulan-bulan, bertahun-tahun diselubungi kesedihan, meratapi sebuah kematian. Tapi, tahukah kita bahawa Allah ingin menguji tahap keimanan, kesabaran, dan kekuatan kita dalam menghadapi dugaan itu.
"Allah tidak akan membebani hambaNya selain dari kemampuan hambaNya (al-Baqarah:286)"
Malah,kadang kala kita sanggup bertindak di luar kawalan dan menyalahkan takdir Allah apabila di uji. Benar, menangisi atas satu kehilangan itu tidak salah tetapi ada adabnya. Iyalah, hilang pemadam satu pun sedih, tercari-cari apatah lagi insan yang selama ini menjadi tulang belakang kita, insan yang kita nantikan, insan yang mengisi hari-hari kita. Pedihnya, hanya kita yang merasanya mampu menghadapinya. Selalu juga kawan-kawan saya cakap,"Kau tak rasa apa yang aku rasa boleh la cakap. Cuba kau kat tempat aku tengok, kau boleh senyumlagi?" Ya, saya memang tak tahu dan tak faham apa yang mereka alami, sebab saya alami sesuatu yang lebih teruk dari itu!! Mungkin bukan situasi yang sama, mungkin bukan perkara yang sama, tapi ujian tetap ujian. Selama mana ia dipanggil ujian, peritnya, pedihnya, sakitnya, seksanya tetap sama.



Boleh jadi, kamu tidak sukakan aturan Allah itu, tetapi tanpa kamu ketahui, Dia sedang mengatur sesuatu percaturan yang lebih baik lagi. :) Ada ganjaran dari setiap ujian itu, kerana janji Allah benar.
"Apakah kamu mengatakan bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diuji (dengan berbagai dugaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman yang bersamanya berkata "Bilakah akan datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat" (al-Baqarah: 214)
Dalam kehilangan itu sebenarnya, ada hikmahnya. Siapa cakap yang bila kita hilang orang yang kita sayang, hidup dah tak bermakna? Tak. Jadi, jangan terus bersedih dan menyendiri bila kehilangan, sebab kita tak keseorangan. Allah bersama kita :)

Kembalilah kepada Allah dan terus berdoa kepadaNya mohon kekuatan dan kesbaran. Moga, dengan izinNya, kita mapu hadapinya. Berdoa untuk insan itu, moga rohnya aman di sana. Bersedekah atas namanya, sebagai tanda kita kasihkannya. Teruskan hidup sepertimana yang dia ingin kita lakukan.
Bercakap memang senang, tapi untuk hadapinya, masyaAllah, hanya Allah sahaja yang tahu betapa beratnya untuk hadapinya. Buat sahabat di luar sana yang kehilangan insan yang disayangi, dikasihi, takziah saya ucapkan. Rakan saya baru kehilangan insan yang selama menjadi peneman, teman berbicara, tempat meluah perasaannya Isnin lalu. Moga dia tabah dan sabar hadapinya dan moga dia dapat harungi dugaan ini. Al-Fatihah buat arwah 

Tuesday, June 19, 2012

Ana uhibbuka fillah :)

Kawan saya cakap saya suka tulis cerita pasal dia..

Yup, memang pun.. :))

Sebab apa? Sebab saya sayang sanagt-sangat-sangat kat dia  :) Dan saya rindu sangat sangat sangat kat dia. Dan, yang penting, dia kan kawan baik saya. :)  Dia kan kakak saya juga, mestilah saya sayang, rindu, dan nak orang tau yang saya sayangkan dia kerana Allah :)

Monday, June 18, 2012

Di sebalik jalan bengkang bengkok itu

Assalamualaikum wbt..


Hye, jumpa la gi ye :)


Hari ini istimewa sikit. Kenapa? Sebab pada tarikh ni, 5 tahun yang lepas, saya buat pertama kalinya menjejakkan kaki keluar dari rumah saya dan berjauhan dengan keluarga. Maksudnya, pertama kali belajar tinggal jauh dari keluar. 5 tahun saya belajar tinggal jauh dari keluarga, belajar tinggal dengan kawan-kawan, belajar menempuh alam remaja bersama kawan-kawan dan mengejar cita-cita saya. 5 tahun lalu, hari ini adalah hari pendaftaran saya sebagai pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang saya sayangi. :) Terlalu indah kenangan di Kolej Matrikulasi Perak. Bumi KMPk yang indah, jauh dari pekan, dikelilingi bukit bukau dan ladang kelapa sawit. hehe. Pertama kali datang, abang saya tegur, "Kak jauh dalam hutan banat kolej hang." :D Takut woo masa hari pertama datang tu. Tapi, disebalik jalan yang begkang bengkok, hutan sepanjang jalan, rumah-rumah kampung, kilang buat pasu, akhirnya tiba di kolej yang begitu indah di atas sebuah bukit. Masa tu perasaan lain sangat. Rasa tenang, aman, damai. Suasana kampung. Sama macam kampung saya juga. Di sini, saya merasakan seolah-olah belajar di sekolah lama saya. Sangat indah. :)



Welcome to Kolej Matrikulasi Perak. Its always welcome us :)

Di sini, banyak yang saya belajar. Belajar erti hidup, belajar hidup berdikari, belajar menjadi anak yang solehah dan taat pada ibu bapa, belajar menjadi sahabat yang baik, belajar memberi dan menerima, belajar erti kesusahan, belajar mengenal apa itu cita-cita dan belajar mencapai cita-cita. Pelajaran hidup yang diajar di sini sangat bermakna buat saya. 2 tahun di sini sebagai Pelajar Dua Tahun (PDT) dan Pelajar Satu Tahun (PST) menjadikan saya kenal siapa kawan, siapa teman, siapa sahabat dan siapa yang boleh menjadi sahabat sejati yang membawa ke syurga. :)

Disetiap ceruk bumi KMPk, ada rahsianya. Menjadi kenangan, pedoman dan inspirasi buat kami. Dan, di sini kami bertemu, berpisah dan terus bersama :)



Dulu, kami bermain bersama-sama, belajar bersama-sama, makan sama-sama, pergi kelas sama-sama, dan duduk satu blok yang sama, P2. :) Setiap kali nak pergi kelas, Ain akan mulakan langkah, ambil aku di bilik lepas keluar dari bilik dia (kami sama-sama aras 4), turun tangga pergi jemput Pnut di aras 3 dan turun aras 1 tunggu Soleh dekat tangga. hehe. Kalau Soleh lambat, kami kena call dia suruh dia cepat. Lepas tu, sama-sama pergi kuliah, tutorial, rehat, sama-sama pergi kafe makan. Bila ada kerja groupwork (selalunya BI, Sir Shahar) kami satu group. Tapi kalau couple, kami pecah 2. Saya dengan Ain, Pnut dengan Soleh. Kami punya buletin, news, plan rumah impian, promosi novel, dan cerita dongeng. Semua tu kenangan terindah buat kami. Kami enjoyed life di KMPk as much as we enjoyed our friendship. :) Berlatih story telling di padang P1 sambil berlari-larian tengah malam, bergosip sementara tunggu kelas, bergurau tak kira masa. Ya Allah, rindunya aku dengan semua tu. T_T

Dan kami tak sabar nak jumpa semula hujung bulan ni, perjumpaan semula lepas berpisah di KMPk. :) Sebelum ni reunion di Penang, di rumah Pnut. Yeah, 2 years ago, 16 June 2010. 


Oh yeah, I'm purposely upload picture of 3 of us only as Pnut is wearing hijab currently. 

Saya dah mula melalut-lalut dah ni. Hajat di hati nak bercerita pasal hidup di KMPk, tapi dah seronok cerita pasal lain pula. Okay lah, lain kalilah sambung ye. :)

Sunday, June 17, 2012

Andai masa itu tiba

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, bangun pagi ni cuaca redup saja. Mungkin setelah jerebu semalam di bumi Sungai Buloh ini, hari ini Allah gantikan dengan hujan renyai-renyai. Rasa tenang dan sejuk udara kat sini. Mungkin juga berkat Isra' Mikraj yang jatuh pada hari ini, 17 Jun 2012 bersamaan 27 Rejab 1433. :)




Hari yang penuh barakah. Hari dimana solat 5 waktu di fardhukan. Hari di mana Rasullullah dibawa oleh Buraj ditemani Jibrail melalui perjalanan yang memperlihatkan peristiwa-peristiwa yang menjadi iktibar buat kita hambaNya.


http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/2868-peristiwa-israk-dan-mikraj-dan-pengajaran-yang-perlu-di-hayati.html



Hanya tinggal seminggu sahaja lagi di bumi Sungai Buloh sebelum bercuti selama seminggu dan kembali meneruskan kehidupan sebagai pelajar perubatan tahun 4 di bumi Selayang. Dua tahun di Shah Alam sebelum berhijrah ke Sungai Buloh selama setahun dan akhirnya baki 2 tahun akan dihabiskan di bumi Selayang. Itulah kehidupan pelajar perubatan UiTM. berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain sebelum Kampus Sungai Buloh siap sepenuhnya. Kini dalam proses pembinaan yang dah siap hampir 80%. Nampaknya boleh tengok saja proses pembinaan dan tak berpeluang menggunakannya. Beruntung pelajar baru yang akan masuk InsyaAllah bulan 9 nanti. :) Gunakan kemudahan dengan sebaiknya ya adik-adikku sayang. UiTM sayangkan kalian dan membina satu Kampus yang cukup indah di bumi Sungai Buloh ini.


Sayang rasanya nak tinggalkan Sungai Buloh ini kerana suasana yang indah dan tenteram. :)


Oh ya, masih berbaki 2 tahun untuk aku mengejar cita-cita sebagai doktor perubatan. Ya, mungkin bukan cita-cita aku tetapi lebh kepada cita-cita mak dan keluarga aku. Tapi, tak apalah, inikan satu pengorbanan untuk keluarga. 



Enjoy today, thus, you will never regret it. :)


Seorang HO pernah berborak dengan aku. Katanya, "Kenapa nak jadi doktor?" Dan aku jawab, "Tak tahu." "Kenapa pula tak tahu. Takkan tak tahu kenapa nak jadi doktor." Aku cuma mampu tersenyum sebelum menyambung, "Mak saya nak saya jadi doktor." "Sapa lagi doktor dalam keluarga awak?" "Err, saya ja." "Awak berapa adik beradik? Mak ayah awak kerja apa?" Eh, apsal lak doktor ni nak tau semua ni, tapi aku tetap layan ja dia. "Saya ada 9 orang adik beradik, mak ayah saya kerja menoreh getah ja." "Awak kena belajar rajin-rajin tau. Kena minat nak jadi doktor. So, nanti dah habis belajar nanti, welcome to Sungai Buloh." Doktor ni nak jumpa aku lagi ke? :) "Awak asal mana?" Eh, dah macam nak mengusha la pula doktor ini..hehe.. (perasan kan aku ni?) Tapi aku tetap jawab, "Kedah." "Oh, so, tak pa. Balik kampung la nanti. Kerja kat Kedah ja." Dan aku cuma mampu tersenyum sebelum cakap "Thanks Dr." :D A big grin for a whole day.


Ya, mungkin bagi sesetengah orang, kenapa perlu ikut cakap orang. Kenapa tak tetapkan pendirian dengan apa yang kita nak. Dulu, aku memang memberontak. Sekarang pun, adakalanya aku akan memberontak bila aku tak mampu nak teruskan sebagai pelajar perubatan. Aku selalu fikir, kenapa aku yang kena ikut cakap semua orang? Sampai bila aku nak ikut ja cakap orang? Mana perginya cita-cita aku, impian aku? Kenapa perlu bersusah payah nak belajar kalau impian dan cita-cita terus terkubur macam tu aja? Adil ke untuk aku macam tu? Tapi, ada satu saat, aku duduk dan berfikir, kenapa Allah jadikan semua ini? Ini takdir aku. Kenapa aku nak menafikan takdir yang Allah dah tetapkan untuk aku? Siapa aku nak persoalkan takdirNya. Seorang pensyarah aku pernah nasihatkan aku. Katanya. "Fazzira, percayalah, 10 tahun dari sekarang awak akan bangga dengan diri awak kalau awak teruskan sebagai pelajar perubatan. Ya, kalau awak drop out, dan ambil Biotek, awak akan bangga. Tapi awak akan lebih bangga bila awak berjaya dengan gelaran Doktor itu. 10 tahun nanti, bila awak berjaya dan awak bangga dengan diri awak, awak ingat balik apa yang saya cakap ni." Pada masa itu, aku sebenarnya sudah nekad untuk drop out Medic dan pilih Biotek sebelum kata-kata Dr Effat menjadikan aku terus di atas landasan ini. 



Ya, ini bukan pilihanku, tapi andai ini yang terbaik buatku kenapa harus menidakkannya?


Kata-kata nasihat Dr Effat sentiasa bermain di fikiran aku. Setiap patah yang dikatakannya jadi azimat untuk aku. Andai suatu hari nanti aku berjaya dan berbangga dengan diri aku, aku nak jadi Dr Effat semula. Aku nak cakap dekat Dr yang aku berjaya sebab Dr yang bagi kekuatan pada aku. Dan nasihat Dr lah yang jadikan siapa aku pada waktu itu. InsyaAllah :)

Saturday, June 16, 2012

kenapa aku cintakan dia?

Assalamualaikum wbt.


Kembali semula..yeayyy!!!


Entry hari ni berkaitan tudung. Kenapa tudung? jeng3...


Sesungguhnya, aku insan yang lemah dan jahil. Bertahun aku hidup, Allah berikan aku nikmat sihat dan akal yang sempurna tapi aku sebagai hamba tetap tidak bersyukur. Hamba apakah aku ini? Dulu bila aku lihat orang yang bertudung labuh, aku rasa rimas. Kadang-kadang aku terfikir, tak rimas ke? Kenapa nak pakai tudung labuh-labuh, asalkan dah bertudung cukuplah. Bila ada yang tegur aku, nasihat suruh labuhkan tudung, aku selalu abaikan. Aku dah bertudung, aku dah tutup aurat, so what? Kenapa nak paksa-paksa aku bertudung labuh. 


Waktu tu juga aku pernah berkawan dengan seorang lelaki. Berkawan rapat, dan masa tu memang kami dah fikirkan pasal masa depan, as if our future life. Dan dia memang terima aku seadanya pada asalnya, tapi lama kelamaan aku mula rimas bila dia suruh aku tutup aurat dengan sempuran, pakai tudung labuh, pakai jubah, tak bagi aku pakai seluar jeans kalau keluar dan suruh aku pakai stokin bila keluar. Bila aku cakap aku nak keluar, dia akan soal selidik aku; tanya sama ada aku dah tutup aurat dengan sempurna atau tak? Dan aku pada waktu tu sangat suka pakai selendang (tapi selendang yang kain dia tebal dan agak labuh), dan dia tak bagi aku pakai semua tu. Waktu tu aku mula terfikir, dia lelaki yang tak suka perempuan yang tak tutup aurat dengan sempurna, pentingkan soal agama tapi kenapa dia berkawan dengan aku? Kenapa dia ajak aku couple. Masa tu aku rasa semua ni tak betul. Dan aku mula rasakan dia bukan lelaki yang aku cari walau pada asalnya memang aku rasa dia lelaki yang mampu bimbing aku. Pada mulanya aku ikut apa yang dia cakap, tapi akhirnya aku fikir, sampai bila aku nak hipokrit, ikut cakap orang dan berubah semata-mata nak please orang lain dan bukam kerana Allah. Akhirnya, mungkin sebab keluarga tak redha, mak aku tak sukakan dia, aku decide untuk putus dan tak berkawan dengan dia lagi. Mungkin hikmahnya ada. :)


2 tahun masa berlalu. Aku teruskan hidup sebagaimana sebelum aku kenal dia. Aku kembali dengan diri aku. Walaupun aku tak bertudung labuh, aku sedaya upaya menjaga aurat aku. Sejak dari kecil lagi aku cerewet dengan pakaian aku. Aku tak suka pakai baju yang ketat-ketat dan rasa rimas juga bila nampak orang pakai baju ketat. Yeah, aku rimas dengan orang yang bertudung labuh dan pada masa yang sama aku tak suka pakai baju tak cukup kain tu. Pelik kan, yeah, in deed memang aku pelik. Aku akan pastikan tudung aku tak jarang sangat dan bila aku pakai dan silangkan, tudung aku akan tutup bahagian dada. Mungkin dari dulu Allah dah beri aku hidayah tapi aku ak pernah nak sedar. Aku leka dengan masa remaja aku. Nak kelihatan cantik dan bergaya. Sampailah beberapa bulan yang lepas. Waktu tu aku dalam posting Medicine, 2 minggu sebelum aku exam. Fikiran aku tak tenang macam ada sesuatu yang mengganggu aku. Sebelum tu lagi aku dah macam tertarik dengan tudung labuh dan entah kenapa aku tak selesa dengan diri aku sampailah aku ambil keputusan drastik untuk berubah. Berubah ke arah kebaikkan dan kemudian aku selesa dengan itu.


Aku akui, berbuat baik itu memang pahit kerana syurga itu manis. Pada awalnya, aku ditentang oleh keluarga sendiri, macam-macam yang aku terima. Kawan-kawan ada yang mengutuk, ada yang mengata, ada yang menyindir. Malah ada yang terus terang cakap dekat aku tak perlu nak hipokrit, teruskan ja dengan diri aku yang dulu sebab aku tetap tutup aurat. Tak perlu nak pakai tudung labuh ni semua. Tapi ada juga yang menyokong, ada yang memberi nasihat,ada yang membantu dan aku bersyukur dengan setiap dari mereka. Dan kini, aku selesa dengan diri aku walaupun kadang-kadang ada yang mengatakan, "Tudung tu meleret-leret, boleh buat kain buruk dah." dan aku cuma mampu senyum bila ada yang cakap macam tu. Pernah ada yang bercakap, "Pakai stokin macam hang dok dalam pantang plak." "Hodohlah pakai stokin dengan sandal ni." "Maksu ni out to date tau tak. Tak reti nak bergaya. Gaya zaman sekarang ni macam ni (sambil tunjuk pada diri dia yang berbaju ketat, berjeans ikut shape kaki dan berselendang jarang)" Macam-macam lagi yang aku hadapi tapi apa yang mampu aku buat cuma senyum saja. Sebab aku tau Allah hantar orang-orang macam tu untuk uji aku, uji tahap keimanan aku, beri aku kekuatan untuk terus di atas jalanNya. 


Dan aku selesa macam ni. Sebab, aku boleh solat dengan apa yang aku pakai. Aku tak payah nak berebut-rebut telekung kalau nak solat kat luar. Aku terhindar dari mata-mata liar lelaki kat luar sana. Aku terpelihara dari menjadi fitnah dunia. Dan aku bahagia dengan diri aku. Kini aku mula cintakan tudung labuh, aku mula kasih pada tudung labuh dan aku pandang tinggi pada kedudukannya. Alhamdullilah, syukur Allah buka pintu hati aku dan beri aku peluang menikmati manisnya hidayahNya. Aku masih baru dalam tudung labuh ni, moga aku kekal di atasnya dengan ujian dan dugaan yang aku akan terima. InsyaAllah :)




Aku juga seperti dirimu, mencari-cari hidayah Allah dan mencari-cari indahnya Islam. Aku bukan sempurna tapi aku berusaha menjadi sempurna. Aku juga insan yang lemah, amalanmu mungkin lebih baik dari aku. Aku bertudung labuh bukan kerna banyaknya amalku atau ilmu tapi kerna aku ingin menjaga diriku untuk dia,bakal zaujku. insyaAllah :)

Tuesday, June 5, 2012

ruang waktu

perlukan masa, ruang dan keadaan untuk menyendiri buat sebentar. akan kembali bila keadaan bersesuaian :)

 

danbo ingin berehat buat sementara waktu. danbo keletihan, kepenatan dan perlukan masa untuk menyendiri. otak dah penat fikir, hati dah sesak dengan segalanya, kini masa untuk berehat sementara mencari kekuatan untuk kembali berhadapan dengan luar di luar sana :)
akan rindukan blog ini :)