CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, June 16, 2012

kenapa aku cintakan dia?

Assalamualaikum wbt.


Kembali semula..yeayyy!!!


Entry hari ni berkaitan tudung. Kenapa tudung? jeng3...


Sesungguhnya, aku insan yang lemah dan jahil. Bertahun aku hidup, Allah berikan aku nikmat sihat dan akal yang sempurna tapi aku sebagai hamba tetap tidak bersyukur. Hamba apakah aku ini? Dulu bila aku lihat orang yang bertudung labuh, aku rasa rimas. Kadang-kadang aku terfikir, tak rimas ke? Kenapa nak pakai tudung labuh-labuh, asalkan dah bertudung cukuplah. Bila ada yang tegur aku, nasihat suruh labuhkan tudung, aku selalu abaikan. Aku dah bertudung, aku dah tutup aurat, so what? Kenapa nak paksa-paksa aku bertudung labuh. 


Waktu tu juga aku pernah berkawan dengan seorang lelaki. Berkawan rapat, dan masa tu memang kami dah fikirkan pasal masa depan, as if our future life. Dan dia memang terima aku seadanya pada asalnya, tapi lama kelamaan aku mula rimas bila dia suruh aku tutup aurat dengan sempuran, pakai tudung labuh, pakai jubah, tak bagi aku pakai seluar jeans kalau keluar dan suruh aku pakai stokin bila keluar. Bila aku cakap aku nak keluar, dia akan soal selidik aku; tanya sama ada aku dah tutup aurat dengan sempurna atau tak? Dan aku pada waktu tu sangat suka pakai selendang (tapi selendang yang kain dia tebal dan agak labuh), dan dia tak bagi aku pakai semua tu. Waktu tu aku mula terfikir, dia lelaki yang tak suka perempuan yang tak tutup aurat dengan sempurna, pentingkan soal agama tapi kenapa dia berkawan dengan aku? Kenapa dia ajak aku couple. Masa tu aku rasa semua ni tak betul. Dan aku mula rasakan dia bukan lelaki yang aku cari walau pada asalnya memang aku rasa dia lelaki yang mampu bimbing aku. Pada mulanya aku ikut apa yang dia cakap, tapi akhirnya aku fikir, sampai bila aku nak hipokrit, ikut cakap orang dan berubah semata-mata nak please orang lain dan bukam kerana Allah. Akhirnya, mungkin sebab keluarga tak redha, mak aku tak sukakan dia, aku decide untuk putus dan tak berkawan dengan dia lagi. Mungkin hikmahnya ada. :)


2 tahun masa berlalu. Aku teruskan hidup sebagaimana sebelum aku kenal dia. Aku kembali dengan diri aku. Walaupun aku tak bertudung labuh, aku sedaya upaya menjaga aurat aku. Sejak dari kecil lagi aku cerewet dengan pakaian aku. Aku tak suka pakai baju yang ketat-ketat dan rasa rimas juga bila nampak orang pakai baju ketat. Yeah, aku rimas dengan orang yang bertudung labuh dan pada masa yang sama aku tak suka pakai baju tak cukup kain tu. Pelik kan, yeah, in deed memang aku pelik. Aku akan pastikan tudung aku tak jarang sangat dan bila aku pakai dan silangkan, tudung aku akan tutup bahagian dada. Mungkin dari dulu Allah dah beri aku hidayah tapi aku ak pernah nak sedar. Aku leka dengan masa remaja aku. Nak kelihatan cantik dan bergaya. Sampailah beberapa bulan yang lepas. Waktu tu aku dalam posting Medicine, 2 minggu sebelum aku exam. Fikiran aku tak tenang macam ada sesuatu yang mengganggu aku. Sebelum tu lagi aku dah macam tertarik dengan tudung labuh dan entah kenapa aku tak selesa dengan diri aku sampailah aku ambil keputusan drastik untuk berubah. Berubah ke arah kebaikkan dan kemudian aku selesa dengan itu.


Aku akui, berbuat baik itu memang pahit kerana syurga itu manis. Pada awalnya, aku ditentang oleh keluarga sendiri, macam-macam yang aku terima. Kawan-kawan ada yang mengutuk, ada yang mengata, ada yang menyindir. Malah ada yang terus terang cakap dekat aku tak perlu nak hipokrit, teruskan ja dengan diri aku yang dulu sebab aku tetap tutup aurat. Tak perlu nak pakai tudung labuh ni semua. Tapi ada juga yang menyokong, ada yang memberi nasihat,ada yang membantu dan aku bersyukur dengan setiap dari mereka. Dan kini, aku selesa dengan diri aku walaupun kadang-kadang ada yang mengatakan, "Tudung tu meleret-leret, boleh buat kain buruk dah." dan aku cuma mampu senyum bila ada yang cakap macam tu. Pernah ada yang bercakap, "Pakai stokin macam hang dok dalam pantang plak." "Hodohlah pakai stokin dengan sandal ni." "Maksu ni out to date tau tak. Tak reti nak bergaya. Gaya zaman sekarang ni macam ni (sambil tunjuk pada diri dia yang berbaju ketat, berjeans ikut shape kaki dan berselendang jarang)" Macam-macam lagi yang aku hadapi tapi apa yang mampu aku buat cuma senyum saja. Sebab aku tau Allah hantar orang-orang macam tu untuk uji aku, uji tahap keimanan aku, beri aku kekuatan untuk terus di atas jalanNya. 


Dan aku selesa macam ni. Sebab, aku boleh solat dengan apa yang aku pakai. Aku tak payah nak berebut-rebut telekung kalau nak solat kat luar. Aku terhindar dari mata-mata liar lelaki kat luar sana. Aku terpelihara dari menjadi fitnah dunia. Dan aku bahagia dengan diri aku. Kini aku mula cintakan tudung labuh, aku mula kasih pada tudung labuh dan aku pandang tinggi pada kedudukannya. Alhamdullilah, syukur Allah buka pintu hati aku dan beri aku peluang menikmati manisnya hidayahNya. Aku masih baru dalam tudung labuh ni, moga aku kekal di atasnya dengan ujian dan dugaan yang aku akan terima. InsyaAllah :)




Aku juga seperti dirimu, mencari-cari hidayah Allah dan mencari-cari indahnya Islam. Aku bukan sempurna tapi aku berusaha menjadi sempurna. Aku juga insan yang lemah, amalanmu mungkin lebih baik dari aku. Aku bertudung labuh bukan kerna banyaknya amalku atau ilmu tapi kerna aku ingin menjaga diriku untuk dia,bakal zaujku. insyaAllah :)

2 comments:

nami orcid said...

subhanallah..besh2 ♥ ♥

♥ story yg sangat menarik..
♥ semoga Allah izinkn awak utk kekal bertudung labuh ye, insyaallah..^^

♥ sikit sharing utk semua yg bergelar muslimah (wanita islam)

♥ moga hawa2 sekalian merasakan dirinya begitu berharga, dan berusaha utk memelihara keaiban (aurat) masing2..^^

♥ bermula dr hawa yg tidak menutup aurat, sarungkanlah mahkotamu dgn kerudung..

♥ buat yg telah berkerudung, labuhkanlah ia dengan kain yg tidak telus pd pandangan mata menutupi segala perhiasan..

♥ buat yg masih mendedahkan kaki, sarungkanlah ia dengan stokingmu..

♥ buat yg telah melabuhkan kerudung dan berstoking, perbetulkanlah niatmu menutup keaiban kerana Allah, bukan untuk dipandang dan dipuji manusia..

♥ kerana memakai kain kerudung dan stoking itu tidak wajib, tetapi menutup aurat itu adalah wajib..

♥ di sini, sy ingin titipkan perkongsian yg sy hadapi apabila telah bertudung labuh, dan mahu berniqab, sudi-sudilah membaca ye :)

http://miraorcid.blogspot.com/2012/03/wahai-mutiara-kehormatan.html

Fazzira said...

alhamdulillah..

terima kasih dgn nasihat tu..

sy byk kurangnya dan masih perlukan bimbingan dan byk lg yg kena belajar..

moga2 sy istiqamah, berkat doa semua org..

insyaAllah, sy akan luangkan masa membaca dan jdkan tauladan :)