CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 21, 2012

kau pergi jua

Assalamualaikum wbt. Sahabat semua sihat? :)

Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang untuk terus bernafas di atas bumi Allah yang cantik ini. :) Pernah dengar "Kenapa Allah mengizinkan aku terus hidup pada hari ini? Kerana Allah ingin memberi peluang kepada aku untuk terus bertaubat atas dosa-dosa lalu." Nice words kan? (Sapa setuju sila angkat tangan..hehe :D )

Hari ini saya ingin bercakap soal kehilangan.

Ada tak antara sahabat yang pernah kehilangan seseorang yang dia sayang dalam hidup ini? Mari kongsi siapakah insan itu, bagaimana sahabat semua terima suratan itu dan apa yang sahabat semua buat untuk pulih dari keadaan itu.

Jujur saya katakan, sudah 20 tahun saya tidak mengalami perasaan itu. Ya, satu masa dahulu saya pernah alaminya. Kehilangan adik yang baru Allah berikan peluang bersama kami selama 3 bulan sahaja. Tapi, saya tahu, itu sudah cukup bermakna buat mak dan ayah. Walaupun terkilan kerana anak yang dikandung selam 9 bulan 10 hari pergi terlebih dahulu,sedih, tapi mak tetap redha. Dan Allah gantikan dengan kehadiran seorang lagi anak selepas itu, iaitu adik bongsu saya. (Saya memang ada sorang adik saja, so, boleh guna perkataan adik bongsu ke?hehe )
Congenital Heart Disease atau lebih dikenali sebagai sakit jantung berlubang. Itulah alasan kepada kematian dia. Takdir Allah dia akan pergi, penyakit itu hanyalah satu cara bukan penyebab. Mungkin, kalau dia tak sakit jantung, dia tetap pergi kerana takdir Allah menetapkan begitu. 
Kesedihan, kemurungan, kemarahan, penafian, penyesalan,  penderitaan dan berbagai lagi perasaan timbul hasil daripada kehilangan insan yang kita kasih. Kadang kala, kita juga akan menyalahkan orang lain atas kesilapan yang tak mereka lakukan, hanyalah untuk menutup rasa marah, sedih dan keliru kita. Ada juga yang berbulan-bulan, bertahun-tahun diselubungi kesedihan, meratapi sebuah kematian. Tapi, tahukah kita bahawa Allah ingin menguji tahap keimanan, kesabaran, dan kekuatan kita dalam menghadapi dugaan itu.
"Allah tidak akan membebani hambaNya selain dari kemampuan hambaNya (al-Baqarah:286)"
Malah,kadang kala kita sanggup bertindak di luar kawalan dan menyalahkan takdir Allah apabila di uji. Benar, menangisi atas satu kehilangan itu tidak salah tetapi ada adabnya. Iyalah, hilang pemadam satu pun sedih, tercari-cari apatah lagi insan yang selama ini menjadi tulang belakang kita, insan yang kita nantikan, insan yang mengisi hari-hari kita. Pedihnya, hanya kita yang merasanya mampu menghadapinya. Selalu juga kawan-kawan saya cakap,"Kau tak rasa apa yang aku rasa boleh la cakap. Cuba kau kat tempat aku tengok, kau boleh senyumlagi?" Ya, saya memang tak tahu dan tak faham apa yang mereka alami, sebab saya alami sesuatu yang lebih teruk dari itu!! Mungkin bukan situasi yang sama, mungkin bukan perkara yang sama, tapi ujian tetap ujian. Selama mana ia dipanggil ujian, peritnya, pedihnya, sakitnya, seksanya tetap sama.



Boleh jadi, kamu tidak sukakan aturan Allah itu, tetapi tanpa kamu ketahui, Dia sedang mengatur sesuatu percaturan yang lebih baik lagi. :) Ada ganjaran dari setiap ujian itu, kerana janji Allah benar.
"Apakah kamu mengatakan bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diuji (dengan berbagai dugaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman yang bersamanya berkata "Bilakah akan datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat" (al-Baqarah: 214)
Dalam kehilangan itu sebenarnya, ada hikmahnya. Siapa cakap yang bila kita hilang orang yang kita sayang, hidup dah tak bermakna? Tak. Jadi, jangan terus bersedih dan menyendiri bila kehilangan, sebab kita tak keseorangan. Allah bersama kita :)

Kembalilah kepada Allah dan terus berdoa kepadaNya mohon kekuatan dan kesbaran. Moga, dengan izinNya, kita mapu hadapinya. Berdoa untuk insan itu, moga rohnya aman di sana. Bersedekah atas namanya, sebagai tanda kita kasihkannya. Teruskan hidup sepertimana yang dia ingin kita lakukan.
Bercakap memang senang, tapi untuk hadapinya, masyaAllah, hanya Allah sahaja yang tahu betapa beratnya untuk hadapinya. Buat sahabat di luar sana yang kehilangan insan yang disayangi, dikasihi, takziah saya ucapkan. Rakan saya baru kehilangan insan yang selama menjadi peneman, teman berbicara, tempat meluah perasaannya Isnin lalu. Moga dia tabah dan sabar hadapinya dan moga dia dapat harungi dugaan ini. Al-Fatihah buat arwah 

2 comments:

IFA Athirah said...

adik sy pn mninggal.xsmpat nk smbut bday dgn kak dia

Fazzira said...

takziah sy ucapkan..bila meninggal, sakit apa?