CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 17, 2012

Andai masa itu tiba

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, bangun pagi ni cuaca redup saja. Mungkin setelah jerebu semalam di bumi Sungai Buloh ini, hari ini Allah gantikan dengan hujan renyai-renyai. Rasa tenang dan sejuk udara kat sini. Mungkin juga berkat Isra' Mikraj yang jatuh pada hari ini, 17 Jun 2012 bersamaan 27 Rejab 1433. :)




Hari yang penuh barakah. Hari dimana solat 5 waktu di fardhukan. Hari di mana Rasullullah dibawa oleh Buraj ditemani Jibrail melalui perjalanan yang memperlihatkan peristiwa-peristiwa yang menjadi iktibar buat kita hambaNya.


http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/2868-peristiwa-israk-dan-mikraj-dan-pengajaran-yang-perlu-di-hayati.html



Hanya tinggal seminggu sahaja lagi di bumi Sungai Buloh sebelum bercuti selama seminggu dan kembali meneruskan kehidupan sebagai pelajar perubatan tahun 4 di bumi Selayang. Dua tahun di Shah Alam sebelum berhijrah ke Sungai Buloh selama setahun dan akhirnya baki 2 tahun akan dihabiskan di bumi Selayang. Itulah kehidupan pelajar perubatan UiTM. berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain sebelum Kampus Sungai Buloh siap sepenuhnya. Kini dalam proses pembinaan yang dah siap hampir 80%. Nampaknya boleh tengok saja proses pembinaan dan tak berpeluang menggunakannya. Beruntung pelajar baru yang akan masuk InsyaAllah bulan 9 nanti. :) Gunakan kemudahan dengan sebaiknya ya adik-adikku sayang. UiTM sayangkan kalian dan membina satu Kampus yang cukup indah di bumi Sungai Buloh ini.


Sayang rasanya nak tinggalkan Sungai Buloh ini kerana suasana yang indah dan tenteram. :)


Oh ya, masih berbaki 2 tahun untuk aku mengejar cita-cita sebagai doktor perubatan. Ya, mungkin bukan cita-cita aku tetapi lebh kepada cita-cita mak dan keluarga aku. Tapi, tak apalah, inikan satu pengorbanan untuk keluarga. 



Enjoy today, thus, you will never regret it. :)


Seorang HO pernah berborak dengan aku. Katanya, "Kenapa nak jadi doktor?" Dan aku jawab, "Tak tahu." "Kenapa pula tak tahu. Takkan tak tahu kenapa nak jadi doktor." Aku cuma mampu tersenyum sebelum menyambung, "Mak saya nak saya jadi doktor." "Sapa lagi doktor dalam keluarga awak?" "Err, saya ja." "Awak berapa adik beradik? Mak ayah awak kerja apa?" Eh, apsal lak doktor ni nak tau semua ni, tapi aku tetap layan ja dia. "Saya ada 9 orang adik beradik, mak ayah saya kerja menoreh getah ja." "Awak kena belajar rajin-rajin tau. Kena minat nak jadi doktor. So, nanti dah habis belajar nanti, welcome to Sungai Buloh." Doktor ni nak jumpa aku lagi ke? :) "Awak asal mana?" Eh, dah macam nak mengusha la pula doktor ini..hehe.. (perasan kan aku ni?) Tapi aku tetap jawab, "Kedah." "Oh, so, tak pa. Balik kampung la nanti. Kerja kat Kedah ja." Dan aku cuma mampu tersenyum sebelum cakap "Thanks Dr." :D A big grin for a whole day.


Ya, mungkin bagi sesetengah orang, kenapa perlu ikut cakap orang. Kenapa tak tetapkan pendirian dengan apa yang kita nak. Dulu, aku memang memberontak. Sekarang pun, adakalanya aku akan memberontak bila aku tak mampu nak teruskan sebagai pelajar perubatan. Aku selalu fikir, kenapa aku yang kena ikut cakap semua orang? Sampai bila aku nak ikut ja cakap orang? Mana perginya cita-cita aku, impian aku? Kenapa perlu bersusah payah nak belajar kalau impian dan cita-cita terus terkubur macam tu aja? Adil ke untuk aku macam tu? Tapi, ada satu saat, aku duduk dan berfikir, kenapa Allah jadikan semua ini? Ini takdir aku. Kenapa aku nak menafikan takdir yang Allah dah tetapkan untuk aku? Siapa aku nak persoalkan takdirNya. Seorang pensyarah aku pernah nasihatkan aku. Katanya. "Fazzira, percayalah, 10 tahun dari sekarang awak akan bangga dengan diri awak kalau awak teruskan sebagai pelajar perubatan. Ya, kalau awak drop out, dan ambil Biotek, awak akan bangga. Tapi awak akan lebih bangga bila awak berjaya dengan gelaran Doktor itu. 10 tahun nanti, bila awak berjaya dan awak bangga dengan diri awak, awak ingat balik apa yang saya cakap ni." Pada masa itu, aku sebenarnya sudah nekad untuk drop out Medic dan pilih Biotek sebelum kata-kata Dr Effat menjadikan aku terus di atas landasan ini. 



Ya, ini bukan pilihanku, tapi andai ini yang terbaik buatku kenapa harus menidakkannya?


Kata-kata nasihat Dr Effat sentiasa bermain di fikiran aku. Setiap patah yang dikatakannya jadi azimat untuk aku. Andai suatu hari nanti aku berjaya dan berbangga dengan diri aku, aku nak jadi Dr Effat semula. Aku nak cakap dekat Dr yang aku berjaya sebab Dr yang bagi kekuatan pada aku. Dan nasihat Dr lah yang jadikan siapa aku pada waktu itu. InsyaAllah :)

No comments: