CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 10, 2012

walk fast and talk loud

quotes for today "you have to speak up. if you don't people won't know that you did know"~ got it during my clinic session with one new MO.


and, guess what? i did practice it but through twitter. and my housemate ask me, you wants to speak with others yet you haven't spoke to anyone today. and i reply, "i did..in my twitter"..hehe.. as i did talked to her but on twitter. and i did tweet saying that i'm hungry, while she's the one that was cooking for our dinner, and having her twitter open on the dining room. and,she just rushed into my room, asking me to eat up as i'm hungry. but, yet she still complaining to her roommate that i'm hungry, but not telling her but did tweet on twitter. oh, i have a bad habit. i feel free to communicate with others on twitter, fb, blog but in real life, i can't do that.


thought that i need to improve my communication skill (keep repeating say this but never move on)


okay, i have to start it now..

but, you know why i  keep on delayed? because i'm lack of confident.its true. i'm not confident with myself. i'm lack of confident to talk in front of crowd. even in front of lecturer, thinking that i might talk wrongly or talk nonsense and others will laugh at me for being dump. it not a good habit, i know, but there nothing i could do. alright, i'm might be wrong saying that but still i'm trying to be brave and outspoken. hehe.. wish me luck. and one things, my English is terrible and my pronunciation is even worse. and i always need my friends to correct me.. thanks girls.. :D


okay, how to be confident?
1. trust yourself.
2. over analyses
3. be confident

still remember what one of our Deputi Dean said, to build confident you have to walk fast and talk loud.

Sunday, January 8, 2012

doktor dan pesakit

perjalanan sebagai pelajar perubatan ni banyak cubaan dan ujiannya. bergelar doktor, banyak lagi dugaannya. sebagai pelajar perubatan, kena marah dengan pensyarah, MO, staff nurse, doktor pakar dan sebagainya menjadi lumrah bagi kami. walaupun baru bergelar pelajar perubatan, kadang kala kami di lihat sebagai doktor. kami wajib tahu semua perkara walaupun hakikatnya kami masih lagi terkial-kial mencari ilmu sebagai bekalan untuk kami melangkah ke alam pekerjaan nanti.

namun, kadang kala, semua itu terubat apabila bersama-sama pesakit. aku ingat lagi, sewaktu di wad O&G, kena marah dengan MO depan pesakit dalam labour room. memang sedih sebab itu adalah minggu pertama aku di clinical year tapi aku di layan seperti pelajar tahun akhir yang harus tahu semua yang doktor lain tahu. tapi, Allah lebih tahu, di saat aku betul-betul sedih dengan apa yang berlaku, aku terubat bila pesakit itu dan suaminya begitu menghargai apa yang aku lakukan walaupun hakikatnya apa yang buat tak membantu kakak tu. mungkin ya aku yang temankan kakak tu dari saat dia masuk labour room, bagi sokongan pada dia, ada dengan dia sampai saat dia melahirkan. tapi, yang membantu dia adalah doktor-doktor di situ, staff nurses, dan diri dia sendiri. ucapan terima kasih yang aku terima buat aku betul-betul terharu. (ucapan terima kasih ke-2 sepanjang aku di labour room, yang pertama daripada seorang pesakit Chinese yang deliver petang sebelumnya.)

di wad paediatrics, ucapan terima kasih dari ibu bapa pesakit, ucapan selamat tinggal bila adik-adik tu dah boleh keluar bagi aku saat manis. cuma dengan berborak dengan keluarga pesakit, layan anak-anak diorang yang sakit dan berada di wad sudah cukup menggembirakan pesakit dan membuatkan diorang tersenyum. ada seorang pesakit di wad paediatrics. sampai saat ini aku ingat lagi seorang lelaki Chinese, anak dia masuk sebab AGE (acute gastroenteritis, iaitu cirit-birit dan muntah), dan dia yang temankan anak dia di wad. dia ada 2 lagi anak di rumah dan wife dia jaga anak-anak dia yang lain. 2, 3 hari lepas tu, anak dia yang sorang lagi masuk wad. sebab febrile fit @ demam sawan. dan anak dia dapat attack banyak kali, even dah masuk wad still dapat attack. dan aku dapat lihat yang dia berubah dari seorang yang periang kepada seorang yang murung. depan aku, dia menangis cerita pasal anak dia. tapi, dia masih lagi berterima kasih pada kami sebab ambil berat pasal anak-anak dia. then, bila anak dia yang kena sawan tu keluar, wife dia pulak masuk wad, and lastly sorang lagi anak dia masuk wad. masa anak dia yang kena sawan tu keluar, dia nampak ceria sikit walaupun masih risau. dan bila wife dia dan anak dia yang mula-mula masuk wad tu keluar, which means tinggal sorang ja lagi anak dia dalam wad, dia totally kembali pada diri dia yang aku jumpa awal-awal dulu. dia dah boleh senyum, gelak-gelak. dan dia dah boleh cerita pasal anak-anak dia tanpa perasaan sedih lagi. waktu tu aku happy sangat-sangat tengok dia. bila aku tengok dia hadapi semua ni sorang-sorang dekat wad, aku rasa sedih. aku macam dapat kongsi apa yang dia rasa. semua family dia masuk wad within 2 weeks time dan dia terpaksa cuti. mujurlah dia kerja sendiri. beberapa hari sebelum dia keluar, aku jumpa dia masa aku on the way nak p wad, dia cakap terima kasih banyak-banyak. anak-anak dia semua dah sihat, wife dia pun dah sihat. anak dia yang last tu dah boleh keluar anytime ja, dia dah tak risau apa-apa dah. even dia terpaksa cuti kerja, dia tak kisah, sebab family dia lagi penting. tiap-tiap hari aku jumpa dia kat wad sepanjang 2 minggu tu, rasa apa yang dia rasa. walaupun berlainan bangsa dan agama, tapi aku dapat kongsi apa yang dia rasa. mungkin itu perasaan seorang doktor yang rapat dengan pesakitnya.

Thursday, January 5, 2012

biasakan yang luar biasa

semalam tengok procedure kat wad. wound debridement. patient tu seorang uncle yang bedridden, dan dia ada few wounds kat belakang. as a medical that need to fill-up the log book, we catch the opportunity to observe how the procedure been done. i just thought that was the usual wound dressing procedure, never thought it would be traumatic for us. sebelum tu, ada jugak tengok urethral cathetherization. so, dapat la 2 prosedur hari tu. berbalik pada wound debridement tadi, tu adalah satu procedure untuk buang pus@nanah dari luka dan buang tisu-tisu mati @ necrotic tissue sekeliling wound tu. sebelum start procedure, doktor HO yang buat tu (he's a good HO actually. we start our first posting with him, and when we change into paediatrics posting, he's also been there. and now, about 2 weeks ago, he did came to surgical posting.), tanya kitorang "dah lunch ke belum". never thought seriusly about what he said because he's that kind of person yang selalu gurau dengan kitorang selain banyak tolong dan bagi nasihat juga.

tapi bila tengok procedure tu, kawan aku yang tolong doktor tu lepas tu memang dah muntah-muntah la. kitorang yang tengok kat belakang pun macam dah tak tahan sangat. doktor siap pesan lagi, kalau tak tahan pakai mask.

luka tu memang dah teruk. doktor terpaksa buat incision, untuk buang tisu mati, mula-mula doktor terpaksa press dia punya wound untuk keluarkan pus. memang banyak. lepas tu start buang tisu mati. tapi of course la bagi LA, takkan nak buat cam tu ja. menjerit la patient tu nanti, in fact patient tu tak leh cakap. dan cabarannya sebab kita kena alert dengan patient tu. takut kita syok-syok buat, tapi patient dah jatuh ataupun sakit sampai tak sedar. doktor keep asked us how the patient's condition? is he breathing? is he look in pain?

first experience, even aku dah tak leh tahan, aku tetap diri belakang doktor sebab aku nak biasakan diri aku. jadika yang luar biasa tu perkara biasa sebab aku nak jadi doktor.

Monday, January 2, 2012

my wish

happy new year!!!

welcome to 2012

hope that this year will bring us a great year and year of achievement :)


Friday, December 30, 2011

dariNya kita datang, kepadaNya kita di kembalikan

hari ni sekali lagi aku on call. dah 2 hari berturut-turut aku on call. penat memang penat tapi di sebalik penat tu, ada sesuatu yang aku dapat. semalam clerk seorang uncle ni. datang sebab difficulty in swallowing (dysphagia) for 3 months duration. that make him loss of appetite and loss of weight about 4 kg within this 3 months. but, despair his condition, that he had so many past illnesses, he still a good condition. even his movements is restricted about 50% than usual, he keep smiling talking and energetic. what i am going to talk is what i got from him. we spent about 1 and a half hour talking to him. this uncle had been studying in Singapore college and graduate in year 1982. and, at that time, he had to survive with his own fund to pursue his study.yet, he never give up. he even worked while studying as the fee was too expensive. luckily, on his 3rd and 4th years, his lecturer were willing to pay for him (it was the funding given by others for the lecturers to help poor students).that make him through the whole years and graduate. dan sekarang ni dia membantu orang lain atas alasan dia di bantu semasa dia susah dan itu dah jadi tanggungjawab dia untuk tolong orang lain. rumah dia sendiri dah di jadikan tempat perlindungan untuk mangsa dera, imigrans yang di tipu dan berbagai lagi regardless what religion you are, what race you are. semangat dia buatkan dia terus berdiri walaupun dia sendiri ada masalah tulang belakang.

dan hari ini, aku jumpa seorang patient yang bagi aku semangat dia untuk hidup terlalu kuat. lebih dari sepuluh tahun dia menderita, tapi dia tetap kuat. yang tinggal hanya dia dan mak ayah dia yang dah tua. they all support each other. ayah  dia ada kanser dan ada masa beberapa tahun sahaja untuk hidup dan dia sendiri bergantung pada ubat setiap hari. penyakit dia dah buatkan pergerakan adia terbatas, kadang-kadang dia tak boleh jalan pun. terpaksa guna tongkat. bila kakak dan abang dia tinggalkan dia dan parents dia, dia terpaksa tanggung beban tu semua. betapa hidup dia penuh liku, penuh perasaan bersalah, penuh rasa sedih, hiba. malah duit kini menjadi satu masalah. dengan keadaan dia, dia tak kerja; hanya bergantung pada duit yang kakak dia bagi. bagi dia, parents dia adalah tanggungjawab dia, sebab dia sakit parents dia kena jaga dia. semua tu salah dia.

betapa aku sedar yang masih ramai yang lebih menderita. betapa ramai yang hidup di abai. betapa mereka ini tetap semangat teruskan hidup dengan semua dugaan itu. semoga insan-insan ini tetap tabah..

akhir sekali, buat yang telah pergi buat selamanya, semoga roh mu dicucuri rahmat. buat keluarga mereka, moga kalian tabah mengadapi kehilangan insan yang sangat kalian sayangi. seseungguhnya Allah lebih menyayangi mereka. dari Allah kita datang, kepadaNya kita di kembalikan. al-Fatihah..

p/s: melihat dengan mata sendiri saat-saat terakhir pemergian pesakit dan rasa kehilangan orang tersayang. melihat bagaimana keluarga mereka mengiringi perjalanan insan tersayang. moga mereka tabah. 2 hari yang begitu menguji ketabahan hati aku.

Wednesday, December 28, 2011

ujian Allah bukan sia-sia

di sebalik ujian Allah, terkandung hikmahnya yang hanya Dia tahu. hari ini, kita di beri nikmat sihat, udara ynag kita hembus, tubuh badan yang sihat untuk menggerakkan setiap anggota badan, melangkah ke seluruh pelusuk alam ciptaanNya. tidak kita ketahui bila nikmat itu akan di ambil semula.


hari ini, kau diuji. nikmat sihat yang Allah pinjamkan untuk engkau, telah di ambil olehNya. tetapi, itu bukan penghujung jalan hidupmu. masih ada yang Allah tinggalkan untukmu. mungkin kau berasa sedih, kecewa, terluka,dan berbagai-bagai lagi. namun, kau lebih tahu yang setiap yang Allah berikan ada hikmahnya. kau pernah berpesan, jangan putus asa. Allah berada pada sangkaan hambaNya. jadi, janganlah kau bersangka yang tidak baik pada Allah. kerna Dia tetap berada denganmu.


wahai sahabat, hari ini, selepas hampir 20 tahun, nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan padamu telah diambil olehNya. bukan kerana Allah membencimu tetapi kerana Allah sayang padamu. kerana Allah rindu padamu. rindu mendengar suaramu memujiNya, rindu mendengar rintihanmu, rindu pada tangismu di sepertiga malammu.


wahai sahabatku, Allah telah mengambil nikmat yang selama ini menjadi kemgehan bagi insan. tetapi kini, ia telah diambil semula. janganlah kau bersusah hati, kerna pastinya Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih berharga. pasti Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. insyaAllah.. :)


wahai sahabatku, lihatlah disebalik apa yang berlaku. kini, kau temui semula kasih sayang keluarga yang kau dambakan selama ini. mereka kini telah kembali. apakah itu lebih baik untukmu?


wahai sahabatku, lihatlah sekelilingmu, masih ramai yang setia disisimu. kami, teman-temanmu, tidak akan pernah meninggalkanmu hanya kerna kau tidak lagi seperti dulu. kau masih insan yang sama yang setia disisis kami dahulu. kini, kami akan tetap di sisimu seperti mana yang pernah kau lakukan pada kami dahulu.


wahai sahabatku, sekin lama kau menantikan dia yang kau dambakan dalam hidupmu. pendamping dirimu, imam dalam solatmu, pelindung bagimu. lihatlah, kini, Allah telah temukan kau dengannya. masihkan kau bersangka yang Allah tidak adil padamu?


mungkin hari ini kau di uji, tetapi tak siapa tahu bila masanya akan tiba bagi diri kami.


disebalik segalanya, pandanglah ke langit.
kau akan merasakan betapa luasnya nikmat Allah
langit sentiasa berada di atasmu, takkan pernah tinggalkamu
begitu juga Allah. Dia tak pernah tinggalkan hambaNya :)

Monday, December 19, 2011

hanya aku dan diriku

hari ini hari stress seantero. 

tolonglah, aku penat sangat ni. jangan kacau aku. aku tak pernah cuba yang bukan-bukan lagi dekat sini, jangan sampai aku mula buat yang bukan-bukan pula. 

kalau aku cakap aku penat, tak mau cakap, tolonglah faham.