perjalanan sebagai pelajar perubatan ni banyak cubaan dan ujiannya. bergelar doktor, banyak lagi dugaannya. sebagai pelajar perubatan, kena marah dengan pensyarah, MO, staff nurse, doktor pakar dan sebagainya menjadi lumrah bagi kami. walaupun baru bergelar pelajar perubatan, kadang kala kami di lihat sebagai doktor. kami wajib tahu semua perkara walaupun hakikatnya kami masih lagi terkial-kial mencari ilmu sebagai bekalan untuk kami melangkah ke alam pekerjaan nanti.
namun, kadang kala, semua itu terubat apabila bersama-sama pesakit. aku ingat lagi, sewaktu di wad O&G, kena marah dengan MO depan pesakit dalam labour room. memang sedih sebab itu adalah minggu pertama aku di clinical year tapi aku di layan seperti pelajar tahun akhir yang harus tahu semua yang doktor lain tahu. tapi, Allah lebih tahu, di saat aku betul-betul sedih dengan apa yang berlaku, aku terubat bila pesakit itu dan suaminya begitu menghargai apa yang aku lakukan walaupun hakikatnya apa yang buat tak membantu kakak tu. mungkin ya aku yang temankan kakak tu dari saat dia masuk labour room, bagi sokongan pada dia, ada dengan dia sampai saat dia melahirkan. tapi, yang membantu dia adalah doktor-doktor di situ, staff nurses, dan diri dia sendiri. ucapan terima kasih yang aku terima buat aku betul-betul terharu. (ucapan terima kasih ke-2 sepanjang aku di labour room, yang pertama daripada seorang pesakit Chinese yang deliver petang sebelumnya.)
di wad paediatrics, ucapan terima kasih dari ibu bapa pesakit, ucapan selamat tinggal bila adik-adik tu dah boleh keluar bagi aku saat manis. cuma dengan berborak dengan keluarga pesakit, layan anak-anak diorang yang sakit dan berada di wad sudah cukup menggembirakan pesakit dan membuatkan diorang tersenyum. ada seorang pesakit di wad paediatrics. sampai saat ini aku ingat lagi seorang lelaki Chinese, anak dia masuk sebab AGE (acute gastroenteritis, iaitu cirit-birit dan muntah), dan dia yang temankan anak dia di wad. dia ada 2 lagi anak di rumah dan wife dia jaga anak-anak dia yang lain. 2, 3 hari lepas tu, anak dia yang sorang lagi masuk wad. sebab febrile fit @ demam sawan. dan anak dia dapat attack banyak kali, even dah masuk wad still dapat attack. dan aku dapat lihat yang dia berubah dari seorang yang periang kepada seorang yang murung. depan aku, dia menangis cerita pasal anak dia. tapi, dia masih lagi berterima kasih pada kami sebab ambil berat pasal anak-anak dia. then, bila anak dia yang kena sawan tu keluar, wife dia pulak masuk wad, and lastly sorang lagi anak dia masuk wad. masa anak dia yang kena sawan tu keluar, dia nampak ceria sikit walaupun masih risau. dan bila wife dia dan anak dia yang mula-mula masuk wad tu keluar, which means tinggal sorang ja lagi anak dia dalam wad, dia totally kembali pada diri dia yang aku jumpa awal-awal dulu. dia dah boleh senyum, gelak-gelak. dan dia dah boleh cerita pasal anak-anak dia tanpa perasaan sedih lagi. waktu tu aku happy sangat-sangat tengok dia. bila aku tengok dia hadapi semua ni sorang-sorang dekat wad, aku rasa sedih. aku macam dapat kongsi apa yang dia rasa. semua family dia masuk wad within 2 weeks time dan dia terpaksa cuti. mujurlah dia kerja sendiri. beberapa hari sebelum dia keluar, aku jumpa dia masa aku on the way nak p wad, dia cakap terima kasih banyak-banyak. anak-anak dia semua dah sihat, wife dia pun dah sihat. anak dia yang last tu dah boleh keluar anytime ja, dia dah tak risau apa-apa dah. even dia terpaksa cuti kerja, dia tak kisah, sebab family dia lagi penting. tiap-tiap hari aku jumpa dia kat wad sepanjang 2 minggu tu, rasa apa yang dia rasa. walaupun berlainan bangsa dan agama, tapi aku dapat kongsi apa yang dia rasa. mungkin itu perasaan seorang doktor yang rapat dengan pesakitnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment