hari ni sekali lagi aku on call. dah 2 hari berturut-turut aku on call. penat memang penat tapi di sebalik penat tu, ada sesuatu yang aku dapat. semalam clerk seorang uncle ni. datang sebab difficulty in swallowing (dysphagia) for 3 months duration. that make him loss of appetite and loss of weight about 4 kg within this 3 months. but, despair his condition, that he had so many past illnesses, he still a good condition. even his movements is restricted about 50% than usual, he keep smiling talking and energetic. what i am going to talk is what i got from him. we spent about 1 and a half hour talking to him. this uncle had been studying in Singapore college and graduate in year 1982. and, at that time, he had to survive with his own fund to pursue his study.yet, he never give up. he even worked while studying as the fee was too expensive. luckily, on his 3rd and 4th years, his lecturer were willing to pay for him (it was the funding given by others for the lecturers to help poor students).that make him through the whole years and graduate. dan sekarang ni dia membantu orang lain atas alasan dia di bantu semasa dia susah dan itu dah jadi tanggungjawab dia untuk tolong orang lain. rumah dia sendiri dah di jadikan tempat perlindungan untuk mangsa dera, imigrans yang di tipu dan berbagai lagi regardless what religion you are, what race you are. semangat dia buatkan dia terus berdiri walaupun dia sendiri ada masalah tulang belakang.
dan hari ini, aku jumpa seorang patient yang bagi aku semangat dia untuk hidup terlalu kuat. lebih dari sepuluh tahun dia menderita, tapi dia tetap kuat. yang tinggal hanya dia dan mak ayah dia yang dah tua. they all support each other. ayah dia ada kanser dan ada masa beberapa tahun sahaja untuk hidup dan dia sendiri bergantung pada ubat setiap hari. penyakit dia dah buatkan pergerakan adia terbatas, kadang-kadang dia tak boleh jalan pun. terpaksa guna tongkat. bila kakak dan abang dia tinggalkan dia dan parents dia, dia terpaksa tanggung beban tu semua. betapa hidup dia penuh liku, penuh perasaan bersalah, penuh rasa sedih, hiba. malah duit kini menjadi satu masalah. dengan keadaan dia, dia tak kerja; hanya bergantung pada duit yang kakak dia bagi. bagi dia, parents dia adalah tanggungjawab dia, sebab dia sakit parents dia kena jaga dia. semua tu salah dia.
betapa aku sedar yang masih ramai yang lebih menderita. betapa ramai yang hidup di abai. betapa mereka ini tetap semangat teruskan hidup dengan semua dugaan itu. semoga insan-insan ini tetap tabah..
akhir sekali, buat yang telah pergi buat selamanya, semoga roh mu dicucuri rahmat. buat keluarga mereka, moga kalian tabah mengadapi kehilangan insan yang sangat kalian sayangi. seseungguhnya Allah lebih menyayangi mereka. dari Allah kita datang, kepadaNya kita di kembalikan. al-Fatihah..
p/s: melihat dengan mata sendiri saat-saat terakhir pemergian pesakit dan rasa kehilangan orang tersayang. melihat bagaimana keluarga mereka mengiringi perjalanan insan tersayang. moga mereka tabah. 2 hari yang begitu menguji ketabahan hati aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment