CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 18, 2011

kenapa nak tolak pahala free?

petang tadi buka facebook..jalan-jalan kat wall orang (tapi bukan stalk orang eh..hehe). tiba-tiba ternampak satu status yang dipostkan oleh seorang kawan, sangat-sangat bermakna kata-katanya. insyaAllah, saya mohon share dari dia.. :)

"Orang kata amik bidang perubatan ni orangnya pandai, skema, rajin, smart, handsome, cantik n seumpamanya..Bangga kan?

Saya tak rasa mcm tu pun..

Sbb bg saya....

Amal saya x banyak, sbb tu Allah tentukn saya amik medik

Ibadah saya kurang, sbb tu Allah tentukan saya jd student perubatan

Knp sy ckp mcm tu? Sbb amalan sy kurang, so Allah nak bg pahala free..Sbb ibadah saya seciput je, so Allah nak bg ganjaran tiap-tiap hari..

“Sesungguhnya seorang Muslim yang menziarahi saudaranya yang sakit akan berada di dalam kebun buah-buahan syurga sehinggalah ia pulang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a.:
“Apabila seorang muslim itu menziarahi saudaranya yang sakit pada waktu pagi, 70 000 malaikat akan mendoakan keampunannya hingga ke petang. Dan apabila dia menziarahinya pada waktu petang, 70 000 malaikat akan mendoakan keampunannya hingga ke pagi, dan akan dikurniakan kepadanya sebuah taman di syurga.” (Hadith Riwayat Abu Dawud & Tirmidzhi)

Jadi, bila amalan dan ibadahnya kurang..saya xtau kenapa saya harus bangga bila jadi student medic?"
bila baca post dia ni, aku mula terasa apa sebenarnya niat kita untuk belajar perubatan ni? seorang guru aku pernah berkata, "apabila sesuatu perkara tu tidak dipelajari oleh sesuatu masyrakat, ia menjadi fardhu ain. seluruh anggota masyrakat itu bertanggungjawab atas perkara yang tidak dikerjakan itu. dan apabila seseorang dari kelompok itu mengerjakannya, maka ia menjadi hanya fardhu kifayah."
jadi, aku mula terfikir, aku belajar ni ikhlas kerana Allah atau sebab aku terpaksa? mungkin sekarang aku dah jumpa jawapan yang aku cari selama ini. kenapa aku belajar medic sedangkan bukan ini yang aku nak. sebab amalan aku masih banyak yang kurang, jadi Allah menjadikan apa yang aku belajar sekarang ini sebagai satu ibadah yang berterusan untuk aku. insyaAllah :)
moga dengan ketentuan aku belajar medik ni, aku menanggung satu tuntutan dalam kelompok masyarakat yang aku tinggal. berapa ramai doktor dah dihasilkan di negara ini. tapi, dalam ramai tu, berapakah bilangan doktor itu adalah doktor Islam yang memperjuangkan agamaNya dalam bidang perubatan ni? aurat saudara kita dilihat oleh orang lain, sedangkan kita sendiri mampu untuk melindungi nya.. 
sekadar perkongsian dari aku, betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai pelajar perubatan dan doktor.. :) 

No comments: