CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 28, 2011

ujian Allah bukan sia-sia

di sebalik ujian Allah, terkandung hikmahnya yang hanya Dia tahu. hari ini, kita di beri nikmat sihat, udara ynag kita hembus, tubuh badan yang sihat untuk menggerakkan setiap anggota badan, melangkah ke seluruh pelusuk alam ciptaanNya. tidak kita ketahui bila nikmat itu akan di ambil semula.


hari ini, kau diuji. nikmat sihat yang Allah pinjamkan untuk engkau, telah di ambil olehNya. tetapi, itu bukan penghujung jalan hidupmu. masih ada yang Allah tinggalkan untukmu. mungkin kau berasa sedih, kecewa, terluka,dan berbagai-bagai lagi. namun, kau lebih tahu yang setiap yang Allah berikan ada hikmahnya. kau pernah berpesan, jangan putus asa. Allah berada pada sangkaan hambaNya. jadi, janganlah kau bersangka yang tidak baik pada Allah. kerna Dia tetap berada denganmu.


wahai sahabat, hari ini, selepas hampir 20 tahun, nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan padamu telah diambil olehNya. bukan kerana Allah membencimu tetapi kerana Allah sayang padamu. kerana Allah rindu padamu. rindu mendengar suaramu memujiNya, rindu mendengar rintihanmu, rindu pada tangismu di sepertiga malammu.


wahai sahabatku, Allah telah mengambil nikmat yang selama ini menjadi kemgehan bagi insan. tetapi kini, ia telah diambil semula. janganlah kau bersusah hati, kerna pastinya Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih berharga. pasti Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. insyaAllah.. :)


wahai sahabatku, lihatlah disebalik apa yang berlaku. kini, kau temui semula kasih sayang keluarga yang kau dambakan selama ini. mereka kini telah kembali. apakah itu lebih baik untukmu?


wahai sahabatku, lihatlah sekelilingmu, masih ramai yang setia disisimu. kami, teman-temanmu, tidak akan pernah meninggalkanmu hanya kerna kau tidak lagi seperti dulu. kau masih insan yang sama yang setia disisis kami dahulu. kini, kami akan tetap di sisimu seperti mana yang pernah kau lakukan pada kami dahulu.


wahai sahabatku, sekin lama kau menantikan dia yang kau dambakan dalam hidupmu. pendamping dirimu, imam dalam solatmu, pelindung bagimu. lihatlah, kini, Allah telah temukan kau dengannya. masihkan kau bersangka yang Allah tidak adil padamu?


mungkin hari ini kau di uji, tetapi tak siapa tahu bila masanya akan tiba bagi diri kami.


disebalik segalanya, pandanglah ke langit.
kau akan merasakan betapa luasnya nikmat Allah
langit sentiasa berada di atasmu, takkan pernah tinggalkamu
begitu juga Allah. Dia tak pernah tinggalkan hambaNya :)

No comments: