gonna miss this..
and, this little cute boy too.. i believe, he will miss me too..
sebelum bergelumang dengan yang ni...hehe ;)
*peace, no war* XD
berbicara dari hati....
*peace, no war* XD
Takdir itu ketetapan Allah dan tidak boleh diubah. Yang mampu kita lakukan ialah bagaimana kita nak mengatasi dan menghadapi takdir itu dan menyelesaikannya. - Imam Muda HassanPembuka bicara sebelum Kuliah Bulanan "Sebelum Aku Bernikah", daripada Imam Muda Hassan. Tajuk yang penting katanya. Sememangnya topik ini amat penting kerana permulaan satu komuniti atau masyarakat bermula dari sebuah perkahwinan. Andai elok didikan sebelum perkahwinan, maka akan menghasilkan ibu bapa yang indah akhlaknya dan seterusnya anak-anak yang soleh dan solehah yang nantinya akan membina sebuah masyarakat yang hebat.
1) transaksi jual beliDalam situasi sekarang, banyak sebenarnya perkara melibat ikhtilat ini. Contohnya study group, bersukan, mesyuarat dan lain-lain lagi. Ada yang cakap, "Kami kawan ja. Kami study sama-sama ja, kami tak buat apa-apa pun." Maka, Imam Muda Hassan mengajukan 2 soalan.
2) urusan kerja
3) penyaksian di mahkamah
4) melayani tetamu (ditemani suami)
5) keperluan yang mendesak
1) Siapa lebih hebat, Nabi Adam atau kita?
Sudah tentulah Nabi Adam. Sedangkan Nabi Adam yang lebih hebat dari kita juga akhirnya kecundang dengan godaan syaitan apatah lagi kita manusia biasa. Apabila bersendirian dua anak Adam (lelaki dan perempuan) maka yang ketiganya itu pastilah syaitan. Jadi, apakah kita merasakan kita lebih teguh menahan godaan syaitan?
2) Siapa lebih hebat, sahabat Nabi atau kita?
Apabilanya wafatnya Rasulullah, maka para sahabat menjadikan isteri-isteri Nabi sebagai rujukan dalam permasalahan dan bertanya tentang peribadi Rasulullah semasa baginda masih hidup. Sedangkan para sahabat yang begitu dekat dengan Rasulullah berkomunikasi dengan isteri Nabi menggunakan tabir.Sebenarnya, banyak isu yang dikupas semalam. Mungkin dalam keadaan sekarang ini perkara ini suakr untuk kita atasi. Ikhtilat sekarang susah dengan bertambah banyak cabang komunikasi seperti facebook, whatsapp, twitter, instagram dan sebagainya. Saya sendiri rasa terpukul dengan apa yang yang dibincangkan. Sebagai manusia biasa, yang masih lagi berusaha menjadi lebih baik terkadang sering juga bermesej-mesej, berfacebooking, bertweeting dan sebagainya dengan lelaki. Mendengar apa yang dibincang saya merasakan hinanya diri ini. Tanpa saya sedar, banyak dosa yang saya buat. *sebab tu la kot hati ni keras ja, belajar pun susah nak masuk. Allah dah hijabkan hati ni dengan hidayahNya sebab banyak titik hitam. nauzubillah.*
Bahagia sebelum berumahtangga,
1) perbaiki diri sendiriBenar jodoh itu ketentuan Allah. Kita tidak tahu bila jodoh kita, siapa jodoh kita dan bila kita akan berkahwin. Semua itu rahsia Allah. Tetapi kita juga mesti berusahah mencari jodoh. Tapi, apakah kita perlu mencari dengan bercouple, putus cinta dan cari cinta baru, mengorat mana-mana lelaki/perempuan? Bagi saya mencari jodoh adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah, berdoa padanya moga didekatkan jodoh dan mendapat jodoh yang baik.
2) jaga adab dan batas syariat
3) cinta Allah
Berusaha menjadi hamba yang Allah sayang, insyaAllah, Allah akan berikan kita orang yang Dia sayang sebagai jodoh kita.Andai dirimu tertarik dengan insan yang baik pekertinya dan ingin kau miliki hatinya, serahkan hatimu kepada Allah dan merisiklah dia melalui orang tengah yang paling adil dan paling kau percayai. Andai keduanya masih belum berpunya dan memilih untuk disatukan, seeloknya biarlah kedua orang tuamu berbincang tentang aturan seterusnya untuk kamu melangkah ke gerbang perkahwinan. Mungkin itu lebih baik untukmu. InsyaAllah.
Kita dari tanah, akan jatuh cinta pada insan yg tercipta dari tanah juga & akhirnya kembali ke tanah sedangkan roh itu asalnya dari Allah dan kembali kepada Allah. - Imam Muda HassanPesan buat wanita di luar sana, andai ada lelaki yang mengatakan padamu "Aku suka kau. Aku nak kahwin dengan kau." dan kamu mengatakan "Okay" maka disitu kamu dikatakan sudah pun bertunang dengan lelaki itu. Syaratnya, keduanya mestilah waras. Dan, saya rasa kalau lelaki cakap macam tu, mestilah lelaki tu waras dan perempuan tu pun mestilah waras untuk menyatakan ya. Kan? :)
"Kita tidak akan menghargai apa yang kita miliki selagi kita tidak kehilangannya.."Mungkin kata-kata itu sering kita dengar. Seorang anak tidak akan tahu betapa berharganya ibu bapanya selagi mereka masih ada disisi, seorang suami/isteri tidak akan menghargai pengorbanan isteri/suaminya selagi dia masih di depan mata, seorang sahabat tidak tahu betapa beruntungnya memiliki seorang teman yang baik selagi sahabatnya itu tidak meninggalkannya dan kita tidak akan pernah menghargai apa milik kita selagi mana kita terus memilikinya. Lumrah manusia, sukar menghargai miliknya tetapi menginginkan bukan miliknya.
"Jangan ditangisi apa yang bukan milikmu tetapi hargai apa yang ada di depanmu.""Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran." Pepatah tua ini banyak maknanya untuk kita. Mengapa nak dikejar sesuatu yang pastinya bukan ditakdirkan untuk kita sedangkan apa yang kita miliki itu adalah anugerah terbaik yang telah Allah takdirkan untuk kita. Pernah ke terfikir mungkin apa yang kita inginkan itu adakalanya sesuatu yang buruk bagi kita?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu. ALLAH mengetahui segalanya sedangkan kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 216)Kadang kala, apa yang kita benci itu adalah cara ALLAH mengajar kita dan tanda ALLAH sayangkan kita. Sedangkan kita tidak sedar kesenangan dan hiburan yang kita suka itu adalah pemusnah/buruk buat diri kita. Ujian ALLAH, penderitaan, kegagalan dan kesakitan itu pastinya dibenci. Malah, ada yang menyatakan,"Mengapa aku diuji? Apakah ALLAH membenciku? Apakah tidak layak untukku bahagia di dunia ini? Apakah tiada ruang untuk aku di bumi ALLAH ini?" suatu masa dahulu, saat aku hilang pedoman hidup inilah yang sering aku katakan. moga saat itu tidak akan berulang lagi. Sedangkan itulah tanda cinta, kasih dan sayang ALLAH.
"Dan KAMI pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan berita gembira kepada orang-orang yang bersabar." (Surah al-Baqarah, ayat 154)
ALLAH tidak akan membebani sesorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mandapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari (kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa), "Ya TUHAN kami, janganlah ENGKAU hukum kami, janganlah ENGKAU hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan.Ya TUHAN kami, janganlah ENGKAU bebani kami dengan beban yang sebagaimana yang ENGKAU bebani ke atas kaum sebelum kami. Ya TUHAN kami, janganlah ENGKAU pikulkan kami dengan apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. ENGKAU-lah perlindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir." (Surah al-Baqarah, ayat 286)Benarlah janji ALLAH, tidak akan DIA bebanimu dengan sesuatu yang tidak mampu untuk kamu pikulkan. Pernah ke terfikir yang setiap kali diuji, pasti ada cara kita menyelesaikannya, pasti ada yang membantu menolong. Ibarat satu soalan Matematik yang paling sukar untuk kita selesaikan di berikan oleh guru kita. Apakah sehingga ke akhirnya kita akan terus menerus berada di soalan itu tanpa kita mampu selesaikannya. Pastinya kita akan mencari sesorang untuk menolong, merujuk buku atau bertanya sendiri kepada guru kita dan akhirnya berjaya menyelesaikan soalan itu. Itulah analoginya dengan ujian dunia. Pastinya ALLAH telah mentakdirkan ujian buat kita dan DIA telah menyediakan kunci kepada ujian itu. Hanya bergantung kepada kita untuk menyelesaikannya.