Takdir itu ketetapan Allah dan tidak boleh diubah. Yang mampu kita lakukan ialah bagaimana kita nak mengatasi dan menghadapi takdir itu dan menyelesaikannya. - Imam Muda HassanPembuka bicara sebelum Kuliah Bulanan "Sebelum Aku Bernikah", daripada Imam Muda Hassan. Tajuk yang penting katanya. Sememangnya topik ini amat penting kerana permulaan satu komuniti atau masyarakat bermula dari sebuah perkahwinan. Andai elok didikan sebelum perkahwinan, maka akan menghasilkan ibu bapa yang indah akhlaknya dan seterusnya anak-anak yang soleh dan solehah yang nantinya akan membina sebuah masyarakat yang hebat.
Topik yang dikupas semalam adalah berkaitan Ikhtilat. Apa itu ikhtilat? Ikhtilat dari sudut bahasa ialah menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain manakala dari sudut istilah ialah percampuran antara lelaki dan perempuan sama ada dalam bentuk kumpulan atau sendirian. Hukum asalnya adalah haram tetapi sesetengah pendapat mengatakan ianya harus dalam beberapa keadaan. Keadaan macam mana ye? Ini dia:
1) transaksi jual beliDalam situasi sekarang, banyak sebenarnya perkara melibat ikhtilat ini. Contohnya study group, bersukan, mesyuarat dan lain-lain lagi. Ada yang cakap, "Kami kawan ja. Kami study sama-sama ja, kami tak buat apa-apa pun." Maka, Imam Muda Hassan mengajukan 2 soalan.
2) urusan kerja
3) penyaksian di mahkamah
4) melayani tetamu (ditemani suami)
5) keperluan yang mendesak
1) Siapa lebih hebat, Nabi Adam atau kita?
Sudah tentulah Nabi Adam. Sedangkan Nabi Adam yang lebih hebat dari kita juga akhirnya kecundang dengan godaan syaitan apatah lagi kita manusia biasa. Apabila bersendirian dua anak Adam (lelaki dan perempuan) maka yang ketiganya itu pastilah syaitan. Jadi, apakah kita merasakan kita lebih teguh menahan godaan syaitan?
2) Siapa lebih hebat, sahabat Nabi atau kita?
Apabilanya wafatnya Rasulullah, maka para sahabat menjadikan isteri-isteri Nabi sebagai rujukan dalam permasalahan dan bertanya tentang peribadi Rasulullah semasa baginda masih hidup. Sedangkan para sahabat yang begitu dekat dengan Rasulullah berkomunikasi dengan isteri Nabi menggunakan tabir.Sebenarnya, banyak isu yang dikupas semalam. Mungkin dalam keadaan sekarang ini perkara ini suakr untuk kita atasi. Ikhtilat sekarang susah dengan bertambah banyak cabang komunikasi seperti facebook, whatsapp, twitter, instagram dan sebagainya. Saya sendiri rasa terpukul dengan apa yang yang dibincangkan. Sebagai manusia biasa, yang masih lagi berusaha menjadi lebih baik terkadang sering juga bermesej-mesej, berfacebooking, bertweeting dan sebagainya dengan lelaki. Mendengar apa yang dibincang saya merasakan hinanya diri ini. Tanpa saya sedar, banyak dosa yang saya buat. *sebab tu la kot hati ni keras ja, belajar pun susah nak masuk. Allah dah hijabkan hati ni dengan hidayahNya sebab banyak titik hitam. nauzubillah.*
Bahagia sebelum berumahtangga,
1) perbaiki diri sendiriBenar jodoh itu ketentuan Allah. Kita tidak tahu bila jodoh kita, siapa jodoh kita dan bila kita akan berkahwin. Semua itu rahsia Allah. Tetapi kita juga mesti berusahah mencari jodoh. Tapi, apakah kita perlu mencari dengan bercouple, putus cinta dan cari cinta baru, mengorat mana-mana lelaki/perempuan? Bagi saya mencari jodoh adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah, berdoa padanya moga didekatkan jodoh dan mendapat jodoh yang baik.
2) jaga adab dan batas syariat
3) cinta Allah
Berusaha menjadi hamba yang Allah sayang, insyaAllah, Allah akan berikan kita orang yang Dia sayang sebagai jodoh kita.Andai dirimu tertarik dengan insan yang baik pekertinya dan ingin kau miliki hatinya, serahkan hatimu kepada Allah dan merisiklah dia melalui orang tengah yang paling adil dan paling kau percayai. Andai keduanya masih belum berpunya dan memilih untuk disatukan, seeloknya biarlah kedua orang tuamu berbincang tentang aturan seterusnya untuk kamu melangkah ke gerbang perkahwinan. Mungkin itu lebih baik untukmu. InsyaAllah.
Kita dari tanah, akan jatuh cinta pada insan yg tercipta dari tanah juga & akhirnya kembali ke tanah sedangkan roh itu asalnya dari Allah dan kembali kepada Allah. - Imam Muda HassanPesan buat wanita di luar sana, andai ada lelaki yang mengatakan padamu "Aku suka kau. Aku nak kahwin dengan kau." dan kamu mengatakan "Okay" maka disitu kamu dikatakan sudah pun bertunang dengan lelaki itu. Syaratnya, keduanya mestilah waras. Dan, saya rasa kalau lelaki cakap macam tu, mestilah lelaki tu waras dan perempuan tu pun mestilah waras untuk menyatakan ya. Kan? :)
Hai manusia…
Yang hidup di dalam dunia ini
Jangan kita lupa… pada godaan dunia
Hidup ini adalah kurniaan dari Tuhan
Dan hidup ini janganlah dibuang percuma
Yang hidup di dalam dunia ini
Jangan kita lupa… pada godaan dunia
Hidup ini adalah kurniaan dari Tuhan
Dan hidup ini janganlah dibuang percuma
Jalan yang sempit
Yang membawa kepada kehidupan
Jalan yang luas
Yang membawa kepada kehancuran
Ramai orang yang melalui jalan yang luas itu
Sedikit orang yang melalui jalan sempit itu
Yang membawa kepada kehidupan
Jalan yang luas
Yang membawa kepada kehancuran
Ramai orang yang melalui jalan yang luas itu
Sedikit orang yang melalui jalan sempit itu
Hai manusia
Yang hidup di dalam dunia ini
Jangan kita lupa… pada godaan dunia
Hidup ini adalah untuk sementara waktu
Apa yang ditanam
Itulah nanti yang dipetik
Yang hidup di dalam dunia ini
Jangan kita lupa… pada godaan dunia
Hidup ini adalah untuk sementara waktu
Apa yang ditanam
Itulah nanti yang dipetik
Perbaiki diri, jaga hubungan dengan Allah dan cintai Allah..InsyaAllah, Dia akan hadiahkan orang yang terbaik sebagai jodohmu.


No comments:
Post a Comment