"Kau tu dulu sama ja jahatnya dengan aku, tak payah lah nak berlakon alim pula."
"Kita sama ja. Dulu kerja melepak. Sembahyang pun jarang-jarang sekali. Pakaian kita sama aja. Tak payah lah nak nasihat aku."
"Kau tu dulu lagi jahat dari aku. Lagi teruk dari aku, ada hati nak nasihat aku."
"Alah, baru berubah sikit. Baru belajar nak pakai tudung, ada hati nak nasihatkan aku."
"Kau nak berubah ke, nak pakai tudung ka, buat sorang-sorang cukup lah. Tak payah la nak sibuk-sibuk ajak orang lain."
Bila sahabat kita nak berubah, kenapa perlu diungkit kisah silamnya?
Bila sahabat kita ingin menjadi lebih baik, kenapa perlu ditahan langkahnya?
Bila sahabat kita ingin kembali pada fitrahnya, mengapa perlu dikeji usahanya?
Siapa tahu, Allah dah ampunkan dosa dia yang lampau.
Yakinkah kamu yang kamu itu lebih baik dari dia?
Apakah amal kamu itu pasti membawa kamu ke syurga?
Adakah kamu yakin amalan kamu itu tidak menghalang kamu ke neraka?
Mengapa perlu sombong dengan nikmat yang Allah berikan?
Apabila dia berusaha kembali kepada fitrah seorang hamba, pastinya Allah yang mencampakkan Nur hidayah itu ke dalam hatinya.
Pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hamba-Nya. Dan, Allah Maha Mendengar doa hamba-Nya. Allah Maha Pengampun. Allah Maha mengasihani.
Ya, dia yang dahulu jahil dengan dosanya, tetapi hari ini bila dia sudah kembali pada fitrahnya, usah diungkit kisah lalunya.
Ya, dia dahulu tidak faham apa itu dosa dan pahala, tetapi hari ini dia bangkit untuk menebus dosanya, lalu usah ditahan langkahnya.
Ya, dia dahulu jauh dari hidayah Allah, tetapi hari ini hidayah itu menjadi milik, jangan ditarik hidayah itu darinya.
Dia ingin kembali.
Dia ingin menjadi hamba.
Dia ingin menjadi pencinta Yang Maha Pencipta.
Pimpin lah dia.
Bantulah dia.
Berikanlah dia sokongan.
Kerana jalan hijrahnya itu masih terlalu panjang untuk dia tempohi. Banyak dugaannya. Banyak halangannya. Banyak yang perlu dikorbankannya. Bimbinglah dia.
:')
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment