Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan. - Imam Syafie"Penatnya belajar."
"Kenapalah banyak sangat kena baca ni?"
"Ala, asyik lupa saja bila baca, malas la nak belajar macam ni."
"Study penat-penat pun asyik gagal aja, baik tak payah belajar macam ni."
"Banyaknya lagi tak baca. Exam dah tak lama dah ni. Penatnya."
Bila penat, letih, pastinya syaitan akan mencuri ruang untuk menghasut dan meracuni hati kita supaya putus asa. Sedangkan Islam tidak mengajar kita berputus asa.
Penat, letih dan lelah dalam menuntut ilmu. Pasti ada ganjaran yang telah dipersiapkan-Nya untuk hamba-Nya yang berusaha.
Andai berjaya. Berbahagialah. Kamu telah mencapai apa yang kau inginkan.
Tetapi, andai gagal, berbahagialah jua. Kerana Allah sedang mendidik dirimu dengan cara-Nya.
Ya. Gagal. Bukan mudah untuk hati terima dan redha. Tapi, tetaplah dengan janji Allah.
Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirimu sedangkan dirimu tidak mengetahui. Pasti, ada hikmah mengapa kau diuji dengan kegagalan itu. Pasti, ada hikmahnya kenapa kau berjaya. Setiap itu, tetap jua ujian.
Iqra.
Bacalah.
Wahyu pertama yang diturunkan. Iqra.
Iqra.
Bacalah.
Wahyu pertama yang diturunkan. Iqra.
1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. 2. Dia yang telah menciptakan manusia dari segumpal darah. 3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. 4. Yang mengajarkan manusia dengan kalam. 5. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.Bacalah. Kerana hanya dengan membaca akan membentuk individu hebat, yang mampu membangunkan agama, bangsa dan masyarakat.
Beri kami kekuatan Ya Allah dalam menuntut ilmu dan jadikan ilmu ini ilmu yang bermanfaat buat kami, bukan yang akan membinasakan.


No comments:
Post a Comment