Hello April!! :)
13 days before Professional exam. Dup dap,dup dap. Kalau Mak ada, mesti Mak yang lagi risau pasal aku nak exam ni.
Allah.
Rindunya. Rindunya dengan Mak.
2014. 3 bulan pertama dah dilepasi. Ya, 2014 dimulai dengan kisah duka dan air mata. Seawal 33 hari di tahun 2014, berita duka kami terima. Redha. Ikhlas. Pasrah. Semua mudah diucap. Penerimaan dari hati, itu yang sukar.
Betapa aku berharap dia ada disisi aku saat aku lelah dalam menuntut ilmu, saat aku bertarung dengan peperiksaan, saat aku senyum menggenggam sebuah kejayaan, saat aku tersenyum bahagia dengan sebuah gelaran. Tetapi, di penghujungnya, dia pergi.
Perit. Sedih.
Hingga saat ini, sukar bagi aku menerima. Tapi, takdir ALLAH. Siapa aku nak pertikaikannya.
Redha.
Ya, moga aku terus redha.
Moga aku kuat. Dia insan tersayang. Yang menyayangi aku sebelum melihat wajahku, sebelum tangannya menyentuhku, sebelum mendengar suaraku, dia yang pertama menyayangiku.
Dialah ibu.
*********************************************************
Menjadi seorang pelajar perubatan. Bakal doktor.
Apakah sukar untuk mereka diluar sana melihatnya.
Seorang Muslimah, bergelar doktor, apakah mereka tidak mampu menjadi seorang isteri dan ibu yang baik? Apakah kelak, nasib anak-anak dan suami mereka akan terabai kerana mereka seorang doktor?
Itu persoalan yang bermain difikiran apabila melihat 2 risikan terbatal selepas mengetahui status seseorang itu adalah doktor atau bakal doktor.
**********************************************************
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment