Terlalu.
Tak tertanggung oleh hati.
Perit. Perit rasa di hati saat rindu itu hadir.
Sakitnya menanggung rindu ini. Bila rindu ini tak mampu dilepaskan.
Kerana dia yang dirindui kini telah pergi menemui pencipta-Nya.
Semoga tenang dikau di sana wahai ibu. Ampunkan dosa-dosaku dari saat aku lahir hingga akhir hayatmu. Maafkan aku jika tak mampu menjadi anak yang solehah buatmu, jika tak mampu menjagamu dengan baik. Maaf jika aku tak mampu tunaikan permintaanmu.Rindu. Terlalu dalam.
22 hari Mak pergi buat selamanya, rindu ini semakin kuat. Semakin hari semakin rindu.
22 hari aku tidak mendengar suara Mak. Rindunya nak dengar suara Mak. Rindu Mak.


No comments:
Post a Comment