CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 27, 2014

Wahai wanita

Biar dirimu tidak dipandang penduduk bumi tetapi dipandang mulia oleh penduduk langit. 
Wahai wanita,
Letakkanlah dirimu serendah mutiara di dasar lautan.
Tidak terlihat tetapi dicari.
Jauh di dasar tetapi mahal harganya.
Terlindung dari dicemari.

Wahai wanita,
Letakkanlah dirimu seperti mawar yang segar berkembang.
Dipandang tetapi terpelihara.
Cantik mekar tapi durinya bisa menusuk tiap yang ingin mendekati.
Hanya dia yang benar-benar layak mampu menyuntingmu.

Wahai wanita,
Dirimu itu mahal harganya.
Padamu terletaknya syurga seorang anak.
Padamu letaknya kekuatan dunia.
Padamu lahirnya seorang pejuang, seorang khalifah, seorang pemimpin.
Padamu terletaknya masa depan suatu bangsa.

Jadi, mengapa harus kau rendahkan martabatmu?
Mengapa harus kau jual harga dirimu?
Mengapa kau biarkan dirimu dijadikan santapan mata seorang Adam?

Wahai wanita,
Sedarlah.
Lahirnya kita bukan suatu kesalahan.
Lahirnya kita sebagai perjuang.
Lahirnya kita untuk membangun bangsa dan negara.
Di tangan kita terciptanya suatu bangsa yang kuat.
Di tangan kita lahirnya seorang khalifah yang agung.
Di tangan kita lahirnya sebuah masyarakat yang hebat.
Kerana ianya lahir dari didikan kita dari dalam rahim.
Kerana ianya lahir dari didikan kita dari dalam buaian.
Kerana ianya lahir dari didikan kita di madrasah baiti.


No comments: