CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 22, 2011

bila org berilmu ditolak ke tepi, nafsu di dada dianggap raja

hari ni agak stress sikit (actually banyak sebenarnya). dengan logbook untuk this week and last week yang kosong, seminar isnin nanti, nota yang tak siap lagi, PE yang banyak sangkut2, study pun banyak yang tak; tambah2 lagi dengan kerenah manusia. sedih bila tengok maruah wanita yang diangkat darjatnya oleh Allah bagaikan di pijak-pijak oleh kaki wanita itu sendiri. rasa malu dalam diri wanita tu ditolak ke tepi. sedih, bila wanita sendiri tak menjaga adap sebagai seorang wanita. aku pun insan yang lemah, banyak kurangnya, ilmu agama masih banyak yang lopong. tapi, bagi aku, apa yang aku tengok tadi, tak patut di tunjukkan oleh pandangan lelaki-lelaki ajnabi. bersukan baik untuk kesihatan. tapi, ada adapnya bila nak bersukan. bukan bergaul mesra lelaki perempuan, berteriak. ada adap pakaian untuk bersukan. tahu di mana patut kita sembunyikan. sedih sangat2, sedih bila aku tak punya bersuara untuk ubah segalanya. sedih bila orang yang berilmu hanya mampu melihat tanpa mampu berbuat apa2 kerna tak punya kuasa dan bagai ditolak ke tepi. moga Allah bukakan jalan bagi mereka yang berkuasa untuk berbicara mengubah segalanya..insyaAllah.. :)

p/s: malu dengan Allah kerna aku tak mampu ubah dengan tangan, dengan mulut tapi hanya mampu ubah dengan hati..lemahnya imanku.. :((

No comments: