ya Allah..betapa kerdilnya aku bila aku baca artikel nie...sama seperti aku, bila di uji, bila diperlakukan mcm tu, aku selalu salahkan org lain..membenci mereka yg menyakiti hati aku. smpy kdg2 tu membenci mereka. dan yg paling aku takuti, mendendam. Subhanallah... berdosanya aku...
yg x mampu aku elakkan, membenci insan2 di sekeliling aku...
tapi, akhirnya.aku sedar. dendam, kebencian, prasangka buruk, iri hati. semua itu bukan jalan yg harus aku pilih untuk menghukum mereka. sedangkan Allah yg lebih berhak ke atas semua itu. biarlah dosa mereka itu, Allah yg membalasnya. dan bagi aku, aku mulai sedar yg kebencian, marah, dendam aku hanya akan buatkan diri aku sendirir yg x tenang. bukan untuk membangga diri, tp sekadar satu perkongsian. bertahun, selepas aku menghapus perasaan benci dalam hati aku, aku merasa hidup aku lebih baik. namun, kadang kala, aku tak dpt nak elakkan bila aku membenci org lain. tetapi, sesaat kemudian, kebencian itu bertukar menjadi suatu kemaafan. kerna aku x mahu hidup dalam kebencian org lain sebagaimana org lain x mahu berterusan hidup dalam kebencian aku..
maafkan lah org yg menyakitimu hari ini, sebelum kamu menutup hari kamu. kerna kamu tidak tahu apa yg akan terjadi pada esok hari. adakah masih ada waktu untuk kamu memaafkan kesalahn org lain andai hari esok sudah tiada bagimu?


No comments:
Post a Comment